Sunday, 12 June 2016

La Herbal spa

La Herbal Spa merupakan salah satu spa yang menjadi pilihan Dila dimana Dila telah membuat rawatan facial untuk menghilangkan Blackhead dan jerawat diwajah. Istimewa buat anda yang penggemar melakukan facial boleh mendapatkan service ini di Le Apple butik         Hotel , La Herbal Spa , Jalan Ampang     (Berhadapan KLCC dan bersebelahan avenue k)


La Herbal Spa
La Herbal Spa
     Spa ini sangat menarik kerana ia bertemakan "seasonal cottage facial saloon" ditambah lagi dengan suasana yang santai dan nyaman dengan warna lampu yang memain peranan untuk rasa lebih relex. Selain itu, yang sangat menarik ialah pemilik spa tersebut telah berkongsikan tips penjagaan kulit muka. Kalau korang nak tahu di La Herba Spa juga terdapat produk jenamanya sendiri yang diasaskan oleh pemilik spa tersebut iaitu Ms Jacklin . Hmm.. sangat bermanfaat sekali... Ditambah lagi dengan layanan istimewa sehingga abis sesi spa tersebut.


La Herbal Spa
Sesi menjalankan rawatan Spa
Pada anda yang baru mengamalkan rawatan muka di spa Dila sarankan anda mengulanginya untuk mendapat hasil yang lebih baik... Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan di la Herbal spa...


La Herbal Spa
Bersama pemilik Spa Miss Jacklin
Miss Jacklin selaku pemilik spa juga berkongsi pendapat untuk menjaga kecantikan diri. Miss Jacklin amat menitik berat soal kecantikan luar dan dalaman .  Sebelum ini , Miss Jacklin juga mengalami masalah pada wajah yang teruk . Oleh itu , beliau nekad untuk mengasaskan produknya sendiri.
Hasil selepas membuat facial.
Cakkk !!! hasil selepas berfacial ... See ...??? muka dila tampak lebih flawless bukan dengan rawatan facial La Herbal ... Ianya sangat menarik kerana selepas itu Dila tidak perlu lagi memakai cream muka atau alat solek ... Seronoknya lepas berspa !!! Dila rasa lebih yakin sangat kerana muka tak nampak kusam lagi selain tu lebam bawah mata pun dah nampak agak tidak malap lagi.... Korang boleh nampak hasil dia...

Untuk mengetahuan kalian , La Herba Spa diasaskan oleh  Ms Jacklin dan ramuan produknya sendiri yang dikilangkan dari Jepun. kelebihan produk ini mendapat kesan hebat seawal 7 hari..kaya dengan ekstrak Green Tea yang bermutu tinggi dikombinasikan dengan kulit apple dan herba semulajadi yang bertindak secara natural dan cepat untuk kulit pigmentasi, jeragat, black/brown spot dan parut di  muka...Spa ini juga ada di Pulau Pinang di sunway carnival dan queensbay mall.... 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :-
FB :
La Herballe SKIN Care & Wellness Specialist
Phone number  :+60 16-410 9048
Website : http//m.laherballe.com/
Read More...

Saturday, 11 June 2016

Koleksi Baju Raya 2016 by Yaya Rosly

Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang   tiba hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Pasti semua sudah membuat perancangan untuk mengenakan fesyen apa, baju warna apa kan?

Untuk pengetahuan semua, di musim perayaan ini koleksi baju raya by Yaya Rosly telah menawarkan koleksi baju raya yang curluzzz dengan fesyen trend terkini seperti baju kurung moden , jubah , peplum kurung dan turban yang dijual dengan harga yang mampu milik bagi semua yang telah bekerja...

Ehh apa lagi jum kita cuci mata tengok2 koleksi baju raya... Pasti gadish gadish ni rambang mata bila tengok koleksi baju yang sangat cantik dan sangat sesuai dipakai bila-bila masa...

Jum cuci mata...Dila nak share gambar koleksi baju raya. Mana tahu ada yang berminat korang boleh beli :)

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly

Ini antara Collection baju raya by Yaya Rosly yang berharga RM380.
Selain itu Yaya Rosly juga mempunyai collection Turban estadonna . Turban tersebut berharga RM95.

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Antara Collection baju raya Yaya Rosly 2016 yang berharga RM380.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Yaya Rosly Baju Raya Collection yang berharga RM380.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Yaya Rosly Baju Raya Collection yang berharga RM380.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Yaya Rosly Baju Raya Collection yang berharga RM350.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM350.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM380.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM380.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM380.00 | TURBAN RM95.00
Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM350.00 | TURBAN RM95.00
Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM350.00 | TURBAN RM95.00

Koleksi Baju 2016 by Yaya Rosly
Collection Baju Raya 2016 by Yaya Rosly yang berharga RM350.00 | TURBAN RM95.00


Untuk maklumat lanjut sila hubungi hotline | 012 259 8815


Read More...

Monday, 6 June 2016

Jangan lupa tonton iklan raya di RTM TV 1 & 2





Hai korang jangan lupa tonton iklan raya di RTM Tv 1tau...Kalau dalam iklan nampak pompuan tengah buat ketupat saye lah yang berbaju hijau  tu... yang gambar ramai-ramai tu kami satu keluarga nak sambut hari raya.... nanti bila dah dapat link dila akan share ye... jgn lupa tonton di RTM tau...

Tq guys... btw blog dila xleh komen sbb taktahu setting macam mana
Read More...

D'Saji Menawarkan 11 Lokasi Berbuka Puasa

D'Saji menawarkan 11 Lokasi Berbuka Puasa

Felda D'Saji Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik koperasi Permodalan FELDA dan FELDA telah menganjurkan Bufet Ramadan sejak tahun 2008.Untuk tahun 2016 D'Saji menawarkan beberapa venue terkemuka di Lembah Klang untuk Bufet Ramadhan Kepada pelanggan berbanding sebelumnya.

Felda D'Saji Sdn Bhd

Pada tahun ini D'Saji menawarkan 5 lokasi berbuka puasa harian yang boleh ditempah secara berkumpulan atau individu yang dilengkapi dengan pelbagai juada istimewa. Dimana setiap lokasi menawarkan pilihan bufet yang berlainan dan bermula dengan harga RM45.00 per pax.

1.Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak.
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa , Tasik Titiwangsa
3. Restoran Felda Villa , Jalan Maktab.
4. Asmara Penchala ,Kg. Sg. Penchala
5.Kajang Perdana Avenue, Kajang.

 Kepada sesiapa yang inginkan privasi atau majlis tertutup , tempat tersebut menawarkan 6 lokasi serta ditawarkan untuk majlis korporat bermula dengan harga RM 75.00 per pax.

1. Dewan Merak Kayangan , Jlan Gurney
2.Dewan Besar Tun Rahah , Jalan Bukit Bintang
3.Casa Heliconia , Jalan Maktab
4. Dewan Rafflessia , Tasik Titiwangsa
5 Dewan Bankuet Menara Felda , Persiaran KLCC
6. Orchard Villa, Batu 10 1/2 Gombak.

Felda D'Saji Sdn Bhd
Appetizer Salad
Felda D'Saji Sdn Bhd
Steamboat



Kerabu & Urap

A video posted by nurulfadhilayz🍇 (@dillasygs) on

D'Saji Sdn Bhd
Air Zam-Zam turut disediakan


D'Saji menawarkan Masakan Timur Tengah oleh Chef Selebriti

Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini D'Saji bekerjasama dengan Chef Ammar Ali, Chef Selebriti Masakan Timur Tengah untuk membawakan masakan da  pencuci mulut popular Timur Tengah sengan menggunakan bahan-bahan Premium. Pelanggan berpeluang menikmati masakan yang diselia daripada proses penyediakan ramuan oleh Chef Ammar seperti Nasi Mandy Kambing, Nasi Briyani Arab, Nasi Kabsah Ayam, Baklaya, Kanafah , Mamdul , Luqmat Al- Qadhi, Basbudah
Ohh Seriously , korang  wajib untuk cuba masakan Timur Tengah . Semua sedap-sedap belaka :)

D'Saji menawarkan hidangan Melayu warisan ala Kampung

Chef Ismail Jaafar yang menyediakan masakan warisan ala Kampung yang mengenakan msakan cara bakar (Live) menggunakan konsep warung,Masakan cara bakar yang berkonsepkan BBQ, Aneka Sup, Italian Corner, Aneka Bubur . Yang paling menarik perhatian Dila , D'Saji menyediakan Air Zam Zam serta Kurma iaitu makanan sunah sebagai makanan asas untuk berbuka puasa.

Untuk pengetahuan semua, D'Saji menawarkan Ganjaran Pelanngan Awal (Early Bird)  bagi pelanggan yang membeli dan membuat bayaran penuh Bufet Ramadan sebelum 05 Jun 2016. Antara harga yang ditawarkan adalah :-

1.Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak
  Harga Promosi 'Early Bird': RM79.00 nett ( Harga Asal: RM96.00 nett)
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa
   Harga Promosi 'Early Bird': RM59.00 + (Harga asal : RM125.00+)
3. Restoran Felda Villa , Jalan Maktab
   Harga Promosi 'Early Bird': RM59.00 + (Harga Asal: RM90.00 +)
4. Asmara Penchala , Kg Sg Penchala
   Harga Promosi " Early Bird': RM55.00 nett (Harga Asal : RM69.00 nett)
5. Kajang Perdana Avenue , Kajang
   Harga Promosi ' Early Bird': RM35.00 (Harga Asal : RM45.00 nett)



A photo posted by nurulfadhilayz🍇 (@dillasygs) on







FELDA D'Saji Sdn Bhd
Sewaktu upacara Sidang Media

FELDA D'Saji Sdn Bhd


Untuk maklumat lanjut :
Tel : 03 2698 8302 |
Email : salesdsaji@felda.net.my|
 Facebook : FeldaDsaji |

Read More...

Sunday, 5 June 2016

The Crazy Bites @ ss15 Subang Jaya


The Crazy Bites merupakan makanan segera yang menawarkan hidangan seperti Burger , Pasta dan Pizza . Selain itu , The Crazy Bites juga menyediakan makanan tradisional seperti Nasi Lemak .Sesiapa yang singgah sini boleh tengok-tengok menu yang sangat menarik . Pasti korang boleh jadi 'crazy' sebab terdapat pelbagai menu-menu best dan unik.




The Crazy Bites telah beroperasi selama 9 bulan Di subang Jaya  SS15. Di sini merupakan cawangan pertama sekali yang dimiliki oleh seorang lelaki muda yang berdedikasi dan mempunyai impian besar dalam memajukan perniagaannya iaitu Mr Johan Lee yang berasal daripada Sumatera Barat , jambi , Indonesia.

Restoran ini mudah dicari kerana terpampang signboard besar bersama patung pinky yang paling mudah restoran ini terletak dibahagian corner dua tingkat.

Tempat yang sangat sesuai untuk student membuat kerja atau meeting kerana Restoran ini juga menyediakan kemudahan wifi . Selain itu , yang paling menarik Restoran ini sangat santai dan deko yang sangat menarik .



The Crazy Bites
Untuk mendapatkan Patung Kirikuru hanya dengan membuat pembelian sebanyak RM19.90

Dila selfie bersama Kirikuru . Macam mana korang ingin dapatkan patung ini mudah sahaja dengan membuat perbelian sebanyak RM19.90 keatas okay ? So , beli cepat tau sebab takut kehabisan stok.

Dila sarankan kepada sesiapa yang inginkan makan bersama keluarga atau nak buat surprise birthday boleh pergi kerestoran ini kerana suasana yang santai dan tenang, serta restoran ini mempunyai dekorasi dalaman yang menarik dan ceria.Restoran ini turut menyediakan kawasan outdoor bagi pengunjung yang menyinginkan udara luar . Juga menyediakan kawasan merokok.
The Crazy Bites
Suasana Di Crazy Bites , terdapat dekorasi yang cantik dan santai
The Crazy Bites
" The Crazy Bites" outdoor area
The Crazy Bites
Suasana yang santai dan Dekorasi yang menarik Di "The Crazy Bites"

Ramai pengunjung
Jika makanan kedai rantaian yang cepat dengan hanya burger atau ayam goreng adalah sedikit membosankan kepada anda, maka anda perlu menyemak The Crazy Bites, yang hanya baru dibuka di bandar.

Terdapat pelbagai menu yang dihidangkan ketika para bloggers di Restran The Crazy Bites. Antara menu yang paling popular di sini ialah

Crazy Hawaiian Chicken RM14.80 a la carte
The Crazy Bites
Jacket Potato RM 13.80

Ini antara menu yang sangat digemari ramai. Jacket Sweet potato dijual dengan harga RM13.80 .
Cara dihidangkan sangat menarik dan mudah untuk kita

The Crazy Bites
Teriyaki Rooster Bites chicken RM16.80 a la carte
"Teriyaki Rooster Bites" ini merupakan pertama kalinya Dila rasa hidangan yang sangat unik. Hidangan ini sangat menarik perhatian Dila kerana rasanya yang sangat enak harga juga berpatutan hanya RM16.80 sahaja. Dengan menambah RM4.80 anda boleh mendapatkan makanan ringan serta Sweet Potato Fries. 

The Crazy Bites
Johan's Nasi Lemak RM13.80
Johan's Nasi Lemak yang berharga RM13.80 merupakan menu makanan Tradisional Di Restoran
 "The crazy Bites".  Nasi Lemak Resepi daripada Mr Johan Lee telah menarik pertahian Dila kerana Nasi Lemak terasa aloma pandan serta Lemak dilengkapi dengan sambal yang cukup rasa serta ayam rempah dan keropok.
The Crazy Bites
Clam Vongole RM14.80
The Crazy Bites
Chicken Fire RM12.80
Chicken fire.... Waaa ... dah nama pun chicken fire dah sah-sah pedas kan ? Okay dila challange makan chicken fire ni .. Sebab Dila memang kuat makan pedas... :) Cili dan rempahnya pun di import daripada Indonesia ... Memang berapi uolsss... Rempah-rempahnya terasa macam kuah kari sikit dan menepati citarasa Dila. Semuanya cukup rasa. Korang mesti cuba juga :)
The Crazy Bites
Hot Chocolate and Ice Chocolate
Hot Chocolate dan Ice Chocolate antara menu yang dihidangkan . Rasa Chocolate yang pekat pasti membuatkan korang nak cuba lagi sebab rasa macam kat old town harga juga murah .
The Crazy Bites
Softdrink and mocktail

Drink jus daripada "The Crazy Bites" . Terdapat pelbagai softdrink dan moxhtail yang ditawarkan. Korang mesti cuba yer (^^)

The Crazy Bites
Antara makanan yang dihidangkan
The Crazy Bites
Dila bersama Cik Iena Selfie bersama KIrikuru :)

The Crazy Bites
Selfie bersama rakan bloggers selepas menikmati hidangan :)
The Crazy Bites
Selfie bersama rakan bloggers :)


Terima kasih yang teramat kepada Mr Johan Lee kerana memberi layanan yang amat baik kepada kami daripada pihak bloggers. Kepada anda diluar sana jangan lupa singgah The crazy Bites kerana makanan disini sedap -sedap dan terdapat pelbagai menu yang ditawarkan


Waktu beroperasi Restoran The Crazy Bites
Isnin - Jumaat : 10.00 AM - 11.00 PM
Sabtu / Ahad :08.00 AM - 11.00 PM

Alamat :A13, Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya.

Untuk Maklumat Lanjut :-
Website : http://www.thecrazybites.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/thecrazybites/
Instagram : @thecrazybites



Read More...