Tuesday, 2 August 2016

Asianic CSR Program bersama Reen Rahim di Sekolah Jalinan Bimbingan Kasih ,Chow Kit


Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Reen Rahim bersama Anak gelandangan

Wonderland Primary Sdn bhd dibawah jenama Asianic telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit dengan mengadakan program untuk menceriakan dan memberi motivasi kepada anak-anak gelandangan dan yang kurang bernasib baik di sekolah tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik diadakan untuk menghiburkan hati mereka.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Aktiviti memberi duit raya kepada pelajar Bimbingan Jalinan Kasih
Puan Leny Adam selaku pemilik syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd amat berbesar hati untuk mengadakan rogram ini dengan matlamat dan tujuan untuk mengadakan sesi suai kenal dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut supaya sentiasa cekal dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat masa depan yang lebih cemerlang. Pada majlis itu juga, celebriti Asianic Reen Rahim iaitu artis muda yang sedang meningkat naik juga telah bersama-sama dengan kanak-kanak disekolah tersebut untuk memberi inspirasi dan semangat untuk mereka terus positif, rajin dan tekun dalam pelajaran.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Team Wonderland Primary Sdn Bhd yang menjayakan program
Pada program itu juga, pihak Wonderland juga telah menyumbangkan produk penjagaan diri dari jenama Asianic dan juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak disekolah tersebut. Diharap dengan sumbangan produk ini, kanak-kanak ini akan dapat menjaga dan sedikit sebanyak akan berkongsi dengan keluarga dan orang sekeliling tentang kepentingan dalam menjaga kebersihan diri dan keluarga. Diakhir acara, kanak-kanak ini juga telah dihiburkan dengan persembahan badut. Jelas terpancar kegembiraan mereka walaupun dengan masa yang singkat, mereka bukan sahaja dapat berjumpa dengan celebriti kegemaran mereka malah juga telah mendapat jalinan kasih dari setiap tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Reen Rahim dan pemilik syarikat Wonderland Primary S/B Puan Leny Adam
Guru besar sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow kit, Tuan Zukernai Fauzi  juga amat berbesar hati dengan kunjungan dari pihak Wonderland dan menurut beliau, sekurang kurangnya kanak-kanak yang berada disekolah ini akan dapat menyesuaikan diri dan  bergaul dengan lebih ramai masyarakat diluar.  Dengan cara ini akan dapat menambahkan keyakinan mereka untuk membesar seperti kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Wajah anak gelandangn
Diharap dengan adanya Sekolah Bimbingan dan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit ini akan memberi sinar baru kepada anak-anak gelandangan di sekitar ibu Negara. Pihak Wonderland juga berharap akan dapat kembali lagi pada lain masa yang bersesuaian untuk bersama-sama dengan anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

Marilah kita melawat dan memberi sedikit perhatian kepada anak gelandangan di sekolah bimbingan Jalinan Kasih di Chow Kit.Saya amat rasa bertuah kerana diberi peluang ini untuk melawat mereka. Rasa amat bersyukur sekali bila kita rasa kita susah. Namun , Diluar sana ada yang lebih susah dari kita.

Untuk pengetahuan semua, Sekolah bimbingan jalinan kasih merupakan sekolah yang amat istimewa untuk kanak-kanak gelangan. Kerana sekolah itu diberi oleh kerajaan untuk kanak-kanak gelandangan yang berumur sekitar 4 hingga 19 tahun. Serta diberi makan sekali 4 hari. Sekolah ini hanya ada di Kuala Lumpur , Chow Kit sahaja. 

Produk Asianichalal

Antara produk asianic yang semakin berkembang dipasaran.
Boleh dapatkan produk ini di Pasarraya besar seperti di Aeon Big , Guardian , Kk Mart.
Akan datang ! Aeon Wellness dan Giant. 

Terdapat pelbagai produk penjagaan diri dibawah nama Asianic. Seperti Shampoo, Conditioner, mandian, body skrub,Spa salt, Ginger cream dan feminine wash. 

Untuk yang melayari atas talian, boleh juga melayari FB & Instagram Asianic Halal untuk maklumat dan aktiviti terkini yang telah diatur.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Web          : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : Asianichalal



                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment