Tuesday, 13 September 2016

Misteri Gadis Berbaju Putih Di Bukit Ampang

Kejadian ini berlaku pada setahun yang lepas.... Dimana waktu tu kami merancang untuk mandi di kolam air panas diwaktu malam di Hulu Langat... Waktu pun dah agak lewat...  Disebabkan lepas mandi masing-masing terasa lapar kami berhenti makan disebuah gerai.. Sedang rancak bercerita ! dah tiba masa untuk balik kerana jam dah menunjukkan 12.10 malam.

Menara Tinjau

Dalam perjalanan nak balik kerumah nak taknak kami terpaksa lalu di Bukit Ampang kerana hanya disini jalan yang dekat sampai kerumah... Huarggghhh malapnya boleh kata sepanjang melalui jalan tu cuma ada 2 buah lampu jalan sahaja..jalan sunyi sepi pulak tu... Memasing senyap je hanya dengar lagu di radio... Masa dalam perjalanan nak balik kerumah tetiba ada Babi lintas! haa time tu kami relex lagi memang rasa tak sedap hati, bulu roma meremang! nak tunggu Babi lintas ni... Aih...dah lah 3 orang perempuan memang rasa insaf taknak lagi pergi sini malam-malam! Okay time ni relex lagi Dila drive slow-slow baca selawat dalam hati... memasing dalam ketakutan masa tu lagi sorang ni dok celupah cakap  "Ada Hantu...ada Hantu". 



Bikin kecut perut je waktu tu... kawan dila masa tu tengah tak bersih so dia punya lemah semangat tu sampai tak boleh nak control! Haaa tapi memang tempat ni agak keras sikit dah macam-macam kejadian berlaku kat Bukit Ampang ni...perjalanan pulang kerumah rasa begitu lama sekali.
ermmm.. seram sejuk weh! lepas incident babi lintas masing-masing-masing buka cerita seram! antara kisah yang dibukakan antaranya adalah kisah seorang wanita mengilai dipokok sehinggakan kereta tersebut accident disebuah selekoh menghala ke menara tinjau... Ada juga cerita terlihat penampakan "hantu pocong" yang sedang melompat-lompat ditepi jalan raya lalu melintas dijalan raya sehingga pemandu tersebut accident sehingga jatuh ke gaung...



Cerita seram diBukit Langat sememangnya banyak menjadi buah mulut orang ramai... Sehingga setiap malam jumaat wajib kes kemalangan berlaku ada yg sehingga meragut nyawa!  Tatkala sampai disebuah selekoh yang banyak kes kemalangan tersebut berlaku.Tiba-tiba jalan begitu penuh dgn kabus yang tebal sehingga mengaburi pandangan mata kami diikuti suhu yang amat sejuk serta dikelilingi hutan yang tebal!  Masa ni Dila buka lampu kereta yang agak tinggi untuk menyuluh jalan yang berliku-liku! 

Setibanya di puncak bukit ampang dengan suasana yang begitu suram serta kawasan bangunan tinggal yang usang..kami dikejutkan dengan kelibat seorang wanita berpakaian serba putih dengan rambut yang menggerbang berlumuran darah..dengan tak semena-mena dila terpaksa membuat satu break emergency sehingga menyebabkan kereta berpusing..kemudian enjin kereta terpadam..dengan perasaan takut amat sgt kami bertiga menjerit ketakutan..serta salah seorang dari kawan  melaungkan kalimah syahadah sekuat hati..

Dila cuba utk menghidupkan kembali enjin kereta namun gagal..tangan masih menggigil serta muka kami kelihatan pucat..nak dijadikan cerita lagi..tiba-tiba ada bunyi mencakar dari atas bumbung kereta..membuatkan kami lagi panic. .sehinggakan salah seorg rakan ingin keluar dari kereta dan lari sejauh yg mungkin...masa tu dila cuma mampu pejamkan mata dan berdoa tanpa henti...dan kami memegang erat antara satu sama lain supaya kami tidak berpisah. .hampir 5 minit namun tiada sebuah kenderaan pun yang melalui jalan tersebut. .setelah itu kami cuba memberanikan diri untuk keluar dan periksa apa yang ada di ats bumbung kereta pada waktu tu. .

Alhamdulillah kami berjaya keluar dan kami dapati tiada apa pun diatas bumbung pada waktu itu,kemudian kami terlihat kerdipan cahaya kereta datang dari arah bertentangan. .lalu kami cuba menahan untuk meminta pertolongan.. .pemandu itu memberhentikan kereta nya lebih kurang 5 meter dari jarak kereta dila. .namun dia tidak keluar dari kereta nya..pelik dgn keadaan itu kereta itu memberi isyarat high beam lalu memecut kembali kereta nya dan meneruskan perjalanan. .kami berasa amat kecewa dengan pemandu tersebut yg langsung tidak memberi pertolongan kepada kami... 

Kami kembali kedalam kereta untuk menhidupkan enjin kereta. Enjin kereta boleh hidup seperti sediakala dan kami pulang dengan selamat kerumah! 

Keesokan harinya, Dila pergi kerumah rakan dila yang semalam dikawasan perumahan di Taman Mulia Jaya untuk mengetahui keadaannya... Setelah kami bercerita tentang kejadian berlaku malam tadi abangnya beritahu mengenai ada sebuah kereta kemalangan diBukit Ampang semasa turun menghala ke Simpang tiga trafic light... Dengar khabar angin kemalangan berlaku disebabkan penampakan wanita berbaju putih lintas ditengah jalan dan menurut cerita tersebut dia nampak tiga orang gadis ditepi jalan tersebut dan ingin berhenti untuk memberi pertolongan... Tapi malangnya dia tidak berhenti kerana dia sendiri nampak penampakan seorang wanita diatas pokok...

Menurut daripada cerita abangnya tentang 3 orang perempuan... Terlintas difikiran kaimi perempuan bertiga itu adalah kami.. Kini baru kami faham kenapa lelaki tersebut tidak berhenti untuk memberi pertolongan kepada kami... Kami berasa simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap lelaki tersebut.. Kami berharap keadaannya akan pulih sepeti sedia kala...


Ehh saat mengimbas kembali kejadian tu tak boleh nak tidur pulak... Demam seminggu tak.keluar rumah weh masa tu! Jangan salah faham! Cerita ini merupakan kisah benar yang pernah terjadi tetapi telah diolah untuk menambah kesan seram bagi contest blogger!   

Walau apa pun semangat ni tetap kuat kalau nak berjalan lagi kat sana pun on je! Jum pergi kolam air panas...  Balik tu layan kerang bakar! Erm sebenar nya saje nak buat cerita seram ni sebab tak lama lagi filem Volkwagen Kuning bakal ditayangkan pada 22 September 2016... Baca sinopsis memang nampak seram ! 



Sinopsis Volkswagen Kuning

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Jum Tengok sikit Official Trailer ni.. Untuk korang lebih excited nak tengok...

'

Ni pulak the Making the making filem :)



Eh Bro saje buat dila tak tidur malam eh lepas tengok the making movie ni... Hahaha... Korang nak tahu Ini merupakan contest yang dianjurkan oleh Bro Framsestone dengan bekerjasama pihak MIG Picture Sdn Bhd. Selaku penerbit Filem Volkwagen Kuning.

Pada blogger yang berminat untuk join contest filem ini - Filem Volkswagen Kuning boleh klik http://www.broframestone.com/2916/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/
Untuk pengetahuan semua! Jika korang join contest blogger ni korang bakal memenangi smart fon Oppo F1s... Waw! Siapalah bakal pemenang ni ya? Excited pulak rasa... Good luck guys!



14 comments:

  1. Hoho cerita bukan2 kat tempat mcmtu mmg ada harapan la menda alah tu nak muncul 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Kalau dah perempuan dgn perempuan macam ni lah... Hahah.. Time ni insaf kjap... 😂

      Delete
    2. kan? Kalau dah perempuan dgn perempuan macam ni lah... Hahah.. Time ni insaf kjap... 😂

      Delete
  2. Hoho cerita bukan2 kat tempat mcmtu mmg ada harapan la menda alah tu nak muncul 😁

    ReplyDelete
  3. haaaa... menakutkan jgk...

    ada contest rupanya..jap lg terjah blog bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... terjah jangan tak terjah banyak lagi cerita yang menyeramkan :)

      Delete
  4. Replies
    1. apa lagi time malam kan kakak? hahaha...tak sanggup sebenarnya nak tulis cerita ni...

      Delete
  5. Tak tau nak ckp cerita ni betul atau tak..sbb rumah betul2 dekat dgn kolam air panas..duduk dari kecik lagi kat sini..dan bukit ampang tu dah jemu tgk..dari takde menara tinjau..smpai skrng..bkn tak pernah nmpak mcm2..pernah..tapi niat kita masa tu..selama niat sy baik ulang alik bkt ampng..tak jadi ape pon..tapi kalau niat krng baik..balik ke langat mesti jumpa...hahaha..itu je lah nk ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro, sama la kita .. tinggal kat apartment kat langat tu jugak, dari kecik sampai laa besar panjang ni.. takde lagi la jumpa benda2 tu.. sebab selalu jugak la ulang alik ke ampang tengah malam antara 11 sampai 3 mcm tu. Lalu mmg lalu tempat tu.. dia asal kuat semangat and jangan terlalu taksub sangat dgn benda2 mcm tu sudah laa kan?hihihi

      Delete
  6. Wuu. serius ke? seram gila cerita dilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah seram mana... Hahah... Macam lawak je...😂

      Delete
  7. Mengarut...aku dlu slalu tido atas sana xde ape pn..slalu lalu tgh mlm kt atas tu...dr kcik smpi besar x penah lak dgr ape2 cite psl bkit ampang ni..pepandai je buat cite...

    ReplyDelete