Monday, 24 October 2016

Restoran Rasamas | Food Review

Salam semua... siapa disini pernah rasa Rasamas? Ini merupakan kali pertama untuk Dila merasai keenakan rasamas berupa hidangan utamanya adalah berasaskan ayam. 

Pertama sekali Dila nak perkenalkan sikit latar belakang tentang Restoran Rasamas ni ya! Rasamas Restoran telah ditubuhkan sejak tahu 1996 dan cawangan pertamanya adalah di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Ini merupakan dibawah jenama Ayamas Deli, dan kemudia ditukar kepada Rasa Gourmet Restoran.

Konsep restoran pertama Malaysia untuk menjual Roasters dengan gabungan pihak Asia dan Barat hidangan. Nama itu ditukar kepada Rasa Ayamas Restoran 2003 untuk mengukuhkan hubungannya dengan syarikat induk Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Untuk naik ke atas nama baik jenama Ayamas yang dipercayai.

Restoran perdana Rasa Ayamas pertama memulakan operasi pada Mei 2003 di Sunway Pyramid. Ia menawarkan perkhidmatan meja penuh dan tempat di mana Ayamas Roasters terkenal dan lazat dan pelbagai makanan ayam boleh dialami dan dinikmati.

Perubahan nama itu juga berfungsi untuk meluaskan rayuan secara tempatan oleh suai menu dan menawarkan hidangan Tempatan dan Asia. Ia juga disasarkan untuk loncatan ke pasaran luar negara dan dikenali sebagai jenama Malaysia , Maka diberi Jenama Ayamas.

Bulan Jun 2016, Rasamas mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang kita ada 4 kedai, Nothern 2 cawangan & Pantai Timur 3 cawangan.

Antara cawangan Restoran Rasamas:-
1.Warta Bangi Utama
2.Giant Batu Caves
3.Sunway Carnival
4.Tesco MergongAlor Star
5.East Coast Mall
6.Megamall, Kuantan
7.Giant Kuala Terengganu
8.Kpj Tawakal
9.Aeon Bukit Tinggi

Mana yang dekat tu boleh lah singgah okay :)

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal

Di Restoran Ayamas, terdapat pelbagai menu yang menarik telah dihidangkan buat kami rakan blogger yang hadir ke Restoran Rasamas bagi merasai lagi keenakan hidangan tersebut. Antara menu yang dihidangkan adalah Rasamas Percik yang ada dua rasa iaitu Percik Roaster dan Pepper Roaster yang sangat sedap kerana rempah ratus lagi membangkitkan selera makan... Lagi-lagi masa yang tepat untuk disajikan iaitu masa lunch.

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Percik Roaster
Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Pepper Roaster
Nikmati Percik Roaster dan Pepper Roaster ini dengan sepinggan Nasi dan kuah sup... Serious memang sedap malah bagi Dila harganya pun murah juga iaitu hanya RM19.90 untuk seekor ayam siap dimasak lagi. Berbaloi sangat harga dibandingkan dengan beli seekor ayam yang bum dimasak.

Menu ala Cart

Seperti yang Dila telah nyatakan perenggan atas Nikmati Percik Roaster & Pepper Roaster dengan sepinggan nasi putih. Di Restoran RasaMas juga turut menyediakan set Ala Cart  dan simple.

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Ala Cart Pepper Roster

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Ala Cart Percik Roaster
Rasamas Restaurant Kpj Tawakal

Set Ala Cart yang disediakan sesuai untuk seisi keluarga yang hadir hagra untuk set ini hanya RM13.90. Semuanya lengkap dengan harga yang sangat murah cukup dengan air dan hidangan ayam juga besar, Makan sampai lebam lah siapa yang datang. Dila datang sini pun macam nak tambah lagi sebab hidangannya sangat  memikat hati kita ni yang selera tengah naik. hee^^

Tak cukup lagi dengan set Ala Cart... Ditambah lagi dengan Laksa & Mee Kari yang sangat kaw-kaw rasa dia... okay jangan cakap Dila ni membela ye memang nampak je badan ni kecik tapi memang suka makan ... Hee ni rezeki namanya... Memang semenjak dua menjak ni teringin sangat nak makan laksa.End up dapat juga lahap :)

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Mee Kari 
Mee kari tak lengkap rasanya tanpa fish ball dan kuah karinya secukup rasa ditambah lagi makan bersama orang tersayang... hehe... Harga untuk semangkuk kari ini dalam lingkungan RM9.40.
Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Asam Laksa
Asam Laksa ditambah lagi seekor ikan sardin menambah lagi penyedap rasa Asam Laksa ya! Asam Laksa yang dihidangkan dengan mangkuk yang besar. Memang puas kalau dimakan. Setahu Dila ramai juga pencinta makan Laksa ya... So sesiapa yang keinginan nak makan Laksa boleh singgah ke Restoran Rasamas harga semangkuk Asam Laksa sekitar RM9.40.

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Brownie with Ice Cream
Rasanya tak lengkap jika selepas makan tiada pencuci mulut. Brownie with Ice Cream merupakan hidangan pencuci mulut di Restoran Rasamas. Brownie bersama Coklat cair ditambah lagi dengan ice Cream Vanilla sangat mencairkan hati ini... Cehhh... Jum lah pergi Restoran Rasamas pasti semua sangat puas hati dengan rasa yang sangat memuaskan ditambah lagi servis yang laju di Restoran Rasamas.



Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
We Love Rasamas

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal



Rasamas Restaurant Kpj Tawakal


Rasamas Restaurant Kpj Tawakal

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Picture hanny abdullah



Selamat membaca & Selamat menikmati Rasamas!

1 comment:

  1. Nampak sedapnya.. suka jugak makan nasi2 ayam ni.. salam perkenalan dr mamajue.com

    ReplyDelete