Monday, 28 November 2016

Enchanteur Paris menjadi wangian pilihan




Assalamualaikum

Hi... hi semua!!!

Dah sebulan pun guna  Enchanteur Paris. Best sangat pakai Echanteur Paris.... Jum lah kita berangan jadi dewi remaja sebentar dengan Enchanteur Paris... Sebelum ni pergi mana-mana pasaraya kita usha  and tester je mampu nak beli belum dapat gaji lagi... Sekarang baru dapat pakai... 

Well... wanita dan wangian semestinya tidak dapat dipisahkan kerana wangian juga merupakan salah satu kecantikan untuk wanita... Oleh itu Dila memilih Enchanteur Paris sebagai wangian asas harian Dila sewaktu bekerja kerana produk ni sangat sesuai digunakan ketika waktu bekerja dimana dapat mengubah mood seseorang... 

Malah produk ini terdapat tiga kategori produk yang lengkap wajib digunakan iaitu Lotion Belle Amour , Perfum  Deo Mist & Deodorant Mon Amie.


Enchanteur Paris Parfum Anti-Perspirant Deodorant (Mon Amie)

Deodorant Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehinggan 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.


Enchanteur Paris Parfum Lotion (Belle Amour)

Kulit gelap dan tidak setaka sangat sesuai untuk memakai lotion Belle Amour kerana masalah ini paling sukar untuk dihadapi oleh setiap wanita.Masalah ini biasa berlaku dibahagian belakang leher, lutut & siku.

Losyen wangian Pencerah (Triple Whitening Lotion) Enchanteur Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerah. Ekstrak likouris , Ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Ekstrak Likouris dan sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.

Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegahkehilangan kelembapan Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini mampu memberikan 5x manfaat pencerahan.Dengan menggunakan lesyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberi seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.


Enchanteur Paris Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist)

Semburan pewangi Deodorant (Parfum Deo Mist) merupakan bauan segar kombinasi daripada buah-buahan dan bunga yang segar mampu membangkitkan keajaiban saat romantis .kepada yang dilamun cinta korang pasti merasakan saat-saat romantis korang bersama pasangan... Sesuai dipakai sebelum nak pergi dating dengan pasangan korang okay... 


Losyen wangian dalam botol yang berharga RM16.95

Losyen RM7.50 | 85ml

Deodorant wangian RM8.70 | 50ml


Sekarang percaya atau tidak Enchanteur Paris mampu mengubah mood anda yang tak teratur perpanjangan kepada mood positif... Dengan wangiannya sendiri mampu memikat hati dan menambah momentum diri anda untuk bekerja dengan baik...


 Mana nak dapatkan produk ni boleh dapatkan di pasaraya besar atau di farmasi berdekatan di Aeon Big atau Guardian , Watsons,.. Produk ni femes juga tau... kat mana-mana pasti nampak Enchanteur Paris jadi tak rugi kalau korang pakai...


Harga ENCHANTEUR PARIS :
Losyen Wangian dalam tiub : RM7.50/RM7.90 (85ml/100ml)
Losyen Wangian dalam botol : RM16.95/RM18.00 (275ml/300ml)
Deodoran Wangian Anti-peluh : RM8.70 (50ml)
Semburan pewangi Deodoran : RM10.10 (100ml)

Sila layari untuk maklumat lanjut,
Website :www.ENCH.com.my | Facebook : ENCHANTEUR | Instagram : enchanteurmy



Read More...

Saturday, 26 November 2016

The Cosry Butik Sponsor baju Bridemaid

Assalamualaikum...
Hi2...

Semalam dila & bestie blogger kita cik Ina pergi "The Cosry" butik untuk dapatkan baju Bridesmaid sempena majlis Pra Wedding rakan blogger pada 12/12/2016...



Haa cantikkan baju Bridesmaid yang warna biru ... Kami panggil baju tu baju dress ikat tepi...sebab ada ribbon ikat tepi pada baju tu...Memang curlazzz sangat baju Jenama "The Cosry" siapa tak kenal rugi lah ada 3 cawangan kalau tak silap Dila... Nanti Dila akan update untuk next enrty...


Ni lah designer yang reka baju Bridesmaid untuk kami.
Hai abang jimmy kita suka baju abang ni... Paling best cepat je siap memang servis terbaik....
Memang laju sebab kmai plan tak sampai pun sebulan masa tengah cari sponsor dari abang jimmy tak sampai 2 minggu baju dah siap then tinggal nak datang fitting je...


Tak sabar nak tunggu 12 December 2016 ni bersama 5 orang bridesmade perempuan & 2 bridesmaid lelaki... Siapa ya bakal pengantinnya? Okay surprise!!!



Apapun Thank you The Costry Butik sebab sudi sponsor baju bridesmaid untuk kami... In Sha Allah kami akan bagi publicity kat blog kami terbaik punya...

Tunggu 12 December nanti ya? Opsss Siapa bakal pengantinnya...
Read More...

Sunday, 13 November 2016

Teratai Spa & Beauty Center @ Spa untuk muslimah


Teratai Spa & Beauty Center

Assalamualaikum & Salam sejahtera....

Bakal pengantin perlulah memanjakan diri bagi menaikkan seri wajah dan aura diri untuk ratu sehari.... Harini Dila menemani kakak saudara Dila ke Spa kerana seminggu sahaja lagi bakal akan melangsungkan majlis perkahwinannya. 

Teratai Spa & Beauty center merupakan Spa yang menjadi pilihan kakak Dila kerana pakejnya yang murah dan sangat berbaloi iaitu full pakej yang berharga Rm100 ke Rm200...

Antara servis yang ditawarkan untuk ratu sehari  adalah Rm188:

Teratai Spa & Beauty Center


Wow bebaloi kan? Buat anda yang bakal bergelar ratu sehari boleh lah datang kesini untuk memanjakan diri... Hihihi

Yang tak kahwin nak buat Spa untuk memanjakan diri pun boleh juga murah je harganya iaitu Rm100 antara pakej yang ditawarkan adalah :

Teratai Spa & Beauty Center


Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Amacam? Ok sangat kan harganya? So datang lah sini... Mana nak dapat harga macam ni uols...

Dengan suasana di Spa yang sangat santai dan tenang merupakan masanya untuk merehatkan diri.

Yang paling bestnya di sini yang berkonsepkan ala-ala seperti dibali gituuuu... Dengan diiringi alunan lagu tradisional Jawa... 

Servis disini juga sangat memuaskan kerana servisnya yang teratur dan rapi... Malah pekerja disini juga peramah dan banyak berkongsi tips tentang kecantikan dan penjagaan diri...  

Spa disini juga dikhaskan untuk muslimah sahaja bagi mementingkan penjagaan tata tertib... Khas buat Spa muslimah disini juga menyediakan tempat solat :)

Buat orang ampang yang ingin spent time untuk diri sendiri uols boleh kesini kita ber spa yer... Memang sangat berbaloi untuk korang... 

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
017 3185 5852

Instagram : teratai_beauty_Spa
Facebook : Teratai beauty spa center

Lokasi : Teratai Beauty & Spa Center
No-1B Jalan Wawasan 2/8 Bandar Baru ampang, Selangor.


Read More...

Tuesday, 8 November 2016

Shah Mumtaz Perfume tahan lama & jenama mahal


Shah Mumtaz Parfum

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

First time jumpa perfume yang awesome... Means Dila ni bukan lah penggemar pakai perfume... Before ni pakai perfume yang biasa-biasa je takde lah yang berjenama asalkan pakai perfume then bau wangi sekejap dan boleh jalan ... hehe

Baru-baru ni Dila jatuh cinta sangat dengan perfume yang berjenama Shah Mumtaz Parfum kerana ia membuatkan diri lebih berkeyakinan bila nak jumpa orang bau wangi je sana sini.. Yelaa Dila kerja as assistant bos perfume juga menjadi keutamaan sebab nak jumpa orang untuk orang lebih selesa dengan bauan kita. Malah perfume juga dapat menarik daya tarikan seseorang.

Shah Mumtaz Parfum


Selama hampir sebulan Dila pakai SM Parfume ramai yang tegur bauannya sangat wangi dan tidak memeningkan kerana setengah perfume bila pakai ada yang bau tidak menyenangkan dan semestinya baunya tak tahan lama...Tapi SM Parfum ni betul2 dah tackle dila dan tak mengecewakan dan dila suka sangat dengan bauannya yang sesuai untuk dipakai kemana-mana dengan bauannya yang setanding dengan  yang mahal.

Gambar DhiaVivadea
If korang nak tahu Shah Mumtaz Perfume merupakan perfume yang berjenama dan setanding dengan perfume yang original. Malah bauannya tahan dalam sekitar 8 jam dan harganya juga mampu milik (boleh dimiliki oleh semua orang) Shah Mumtaz Parfum terdapat dua kategori iaitu Adam for him & Eve for her.

Packaging yang tampak eksklusif sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang and sesuai untuk dijadikan barang hantaran tak perlu susah2 nak balut lagi sebab SM Parfum sekali set dengan packaging nya yang cantik dengan peranan warna , kotak dan design yang nampak begitu eksklusif. 


Shah Mumtaz Parfum Collection for Adam : 

1. Black by agnier
2.Extreme by Bvlgari
3. 1 Million by Paco Rabanne
4.212 Sexy Men by Carolina Herrera
5.Armani Code by Gorgio Armani
6.Brit by Burberry
7. Polo Black by Ralph Lauren
8.Desire Red by Dunhill
9.Allure Sport by Chanel
10. Fuel For Life by Diesel

Shah Mumtaz Parfum Collection for Eve :

1. Bombshell by Victoria Secret
2.Heiress by Paris Hilton
3.Midnight Fantasy by Britney Spears
4. 212 Sexy Vip by Carolina Herrera
5. Romance by Ralph Lauren
6.Lady Million by Paco Rabanne
7.Coco Mademoiselle by Chanel
8.Light Blue by Dolce Gabbana
9.Still by Jlo
10.Flora by Gucci
11.Jadore by Dior
12.Guilty by Gucci
13.Omnia by Bvlgari
14.Miracle by Lancome
15.Be Delicious by DKNY


Untuk maklumat semua, minyak wangi Shah Mumtaz Collection ni hasil inspirasi kisah cinta Taj Mahal, Shah Jahan & Interinya ,Mumtaz. Cinta yang sampai sekarang masih dalam ingatan dengan harum mewangi.
Antara Testimoni


Antara Testimoni



Oh ya! Lagi satu Shah Mumtaz Parfum ni merupakan Parfume mesra solat and korang tak perlu risau untuk dibawa ketika solat.

Dengan harga yang mampu milik korang juga boleh dapatkan SM Parfum ni dengan harga yang sangat rendah iaitu RM69 (35ml) sekali dengan postage uols... Mana nak dapat kan dengan harga yang murah ni dah lah tahan lama, packaging cantik , banyak pilihan bauan untuk korang pakai!

So mana nak dapatkan Shah Mumtaz Parfum ni mudah ja ! Korang boleh terus contact 012 5566 949/ 017 3344 818. Untuk testimoni tentang Shah Mumtaz Parfum boleh lah usha-usha Facebook Shah Mumtaz Collection and Instagram Shah Mumtaz Collection.

Eh mana yang nak buat bisness tu juga boleh tau untuk yang nak jadi dropship, Agen or stokist korang boleh dapat keuntungan yang lumayan... Haa dila juga dah cuba promote sambil buat testimoni. Dengan membuat testimoni ada juga yang dah beli.

Ada sesiapa nak beli untuk dila tak?

Untuk keterangan lanjut sila layari www.shahmumtaz.com
Facebook : Shahmumtazcollection
Instagram : Shahmumtazcollection
Contact : 012 5566 949/ 017 3344 818

Read More...

Monday, 7 November 2016

Sambut Majlis perkahwinan saudara Pekan Baru, Indonesia & Luangkan masa bersama keluarga


Selamat Pengantin Baru Kak Elin
With My Big Family 
Assalamualaikum...

Belum puas rasanya untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta... Okay ini lah keluarga besar Dila berasal di Indonesia... Kalini pergi ke Pekan Baru, Riau sebab attend Wedding kat sana... Ramai keluarga jauh yang hadir.. Ada yang dari Jakarta, Padang , Jambi .. Ehh Dila lagi jauh sebab dari Malaysia..Tercampak jauh sesorang ... Lokasi di Pekan Baru , Indonesia Riau...

Selamat Pengantin Baru Kak Elin
Congrats kak Elin & Abang Amin :)

Btw, Congratulation buat Kakak ku Kak Elin & Abang Amin... 04 November 2016 adalah hari perkahwinan kakak & Abang... Semoga kakak & abang bahagia sehingga ke anak cucu. Cepat-cepat dapat baby ok :)

Oh ya ,So lepas ni turn siapa ya?

Selamat Penganti Baru Kak elin
With Kak Elin



Actually , Mama & Ayah dila asal daripada Minang Kabau but dah lama menetap kat Malaysia. Lepas mama & ayah kahwin je mama ayah terus berhijrah ke Malaysia sampai sekarang dan sampai lah dila dah besar ni... Mama ayah kata kat kampung masa tu susah nak dapat peluang pekerjaan sebab tu mama ayah nak ubah nasib berpindah kat Malaysia. Alhamdulillah bila dah berhijrah tu murah rezeki mama ayah semua cukup. Walau apa pun mama ayah tak pernah lupakan Kampung dan asal usul mereka... haha event  kat rumah pun dorang komunikasi guna bahasa Padang. Dila faham je bahasa Padang but bila nak cakap loghat macam kelakar siap orang bahan lagi... Hahaha nak cakap untuk bergurau tu ok lah kot,, atau kene dok kampung sebulan atau dua bulan dah boleh dah cakap.

Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang Amin
Pengantin bersama dayang-dayang

Sambutan kenduri yang santai disambut meriah oleh saudara-mara yang dekat mahu pun jauh ... Ada yang datang dari singapore , medan, Jakarta ,padang heee termasuk dari Malaysia sekali iaitu Dila dengan mama tercampak jauh pulak...Sanggup datang nak jumpa saudara-mara and rasa tak sabar nak jumpa mereka sebab bukan senang nak berkumpul ramai-ramai melainan time raya tu pun belum tentu lagi...

Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang Amin
With my Family
Baju Dila tak sama sebab plan last minutes... Erm,,, Btw Dila nak kenalkan dengan saudara Dila yang paling kanan sebelah baju pink tu nama Dia Kak Ines , baju pink is my auntie , Ante Efa, tengah bakal pengantin , Kak Elin, sebelah pengantin tu nama dia Echa,,, ehh Dia t single tu... psstttt and yang paling depan tu Dila... Single ke tak eh? Rasanya? hahaha
Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin
Me with Echa
Haaa.. Dila dengan Echa dulu ada sejarah masing-masing... Kami masa kecik dulu pernah rapat masa tu kami berumur 4 tahun dila pernah stay kat kampung sekejap sebab time tu mama buat rumah untuk arwah atok kat kampung... masa kecik-kecik Dila pandai cakap bahasa Minang tau then main-main dengan echa,, main pasir mandi sama-sama.. n ada lagi lah yang lain tak boleh cter,, sebab malu... then Dila balik Malaysia balik sebab nak sekolah tadika time tu...  Bila dah besar baru jmpa balik tak silap masa dua tahun lepas (tahun 2013) ..lama sangat tak jumpa sebab dah lama tak balik kampung.
Bila dah besar baru kenal saudara dekat , jauh hahaha yang paling best baru kenal kampung.

Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin


Yang 2 orang dari kiri tu nenek saudara Dila dari Jambi (Adik beradik nenek... sebelah mama tu nenek dila... Nenek dah tua pun tetap nampak cantik.. Yang paling hujung tu muka dia macam mama.. so bila mama dah tua mesti muka mama nampak macam nenek kan? cantik je... hehe


Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin
With adik kakak hensem boy Dian
Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin
Bersama adik kakak hensem boy adik alfi
Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin
Bersama kakak cantik kak ines

Bersama adik kakak adik tesya.. Thank you dik urutkan akak :)


With kak ines & bude hakak jadi macam ppengantin tau tukar baju 3, 4 kali..hahaha

With kak hanum
Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin
Acah acah model rina & Echa
Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin


Psttttt.....

.

.

.

.

.

.

Selamat Penganti Baru Kak elin & Abang amin

Read More...

Wednesday, 2 November 2016

Bandoru Store tawar barangan "Preloved" berkualiti tinggi



Assalamualaikum ...

Rasanya macam dah lama tak bershooping untuk membeli barang keperluan sendiri... Macam beli baju kerja gitu... Kalau bershooping pun hanya beli dari online kerana ia mudah , menjimatkan kos & masa... Tahu-tahu lah kalau perempuan bershooping kat luar boleh lari bajet mesti rambang mata punya nak beli itu ini... Erm macam diknon yang menulis ni... Hihi...

Okay lah Dila nak berkongsi cerita sikit semalam rasa macam havoc sangat sebab dapat cuci mata kat Bandoru Store sempena soft launch Bandoru Store yang terletak di Shah Alam , Batu Tiga.

Nak tahu Bandoru Store tu apa? 

Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan  preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangannya dijamin sertajual dengan harga mampu milik untuk semua golongan.

Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari jepun yang mana telah menjalani proses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store "Better Than new".

Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, kemeja, jeans, kasutb, sweater , bag tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki , wanita & kanak-kanak.

Tidak ketinggalan , bagi penggemar atau peminat koleksi barangan 'rare & vintage' juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang mampu milik.

Dari konsep butik, Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan ketika membeli belah.

Sempena pembukaan rasmi pada 5 November 2016, pelanggan boleh mendapatkan tawaran terhad iaitu baucee diskaun sebanyak 20% dengan mengikuti cara-cara yang dimuatnaik dilaman sosial media rasmi facebook , twitter & instagram.

Pada hari kejadian tersebut turut mengadakan penjualan 'Food Truck' san aktiviti-aktiviti menarik bagi memeriahkan majlis pelancaran rasmi nanti.

Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Canverse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton , H&M , Timberland, Dr Martens, Lecis, Edwin, Raplh Lauren, dan pelbagai jenama tempatan serta antarabangsa.

Amacam best kan Bandoru Store? Pada 5 dan 6  November 2016 pada hari sabtu & Ahad ni boleh lah datang ke Bandoru Store sempena majlis pelancaran pembukaan Butik... Heee datang tau sebab nanti dapat 20% Diskaun setiap 1 pembelian... 

Selain tu, korang boleh turut serta untuk join Contest yang diadakan macam entry Dila sebelum ni... Iaitu korang berpeluang untuk memenangi Hand Bag Lv , Ipada & Macbook... 

Ehhh... Dila dah join korang jum lah join sama2... Belum terlambat lagi... Korang Cuma click link dibawah ni dan isi form je...

Mudahkan? So lepas tu boleh share dengan kawan2 rapat & saudara mara pastj dorang happy kan?


Bandoru Store terletak di Shah Alam Batu 3, Land mark bersebelah dengan Federal Highway Butik tersebut betul-betul bersebelahan Al- Ikhsan.


Kamj selaku wakil daripada blogger turut hadir untum mengmyambut majlis tersebut. Untuk pengetahuan semua, Bandoru Store merupakan nutik terbesar yang pertama diMalaysia berkonsepkan barangan "Preloved". Bandoru diasaskan oleh seorang anak muda tempatan bumiputera , iaitu Wafi Shari yang mempunyai pengalaman yang.luas selama 15 tahjn dalam.industri pakaian "Preloved" di Malaysia. Produk yang dijual di Bandoru dibawa khas melalui kontena secara terus dari Jepun.







Read More...