Saturday, 24 December 2016

Ikhlaskan membuat sesuatu perkara


Gambar tiada kaitan dengan tajuk ^^„


Assalamualaikum...

Mengapa mereka tidak fikir apa yang kita fikir ya?

Mengapa sedikit tak rasa serbasalah dan bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan?

Bila aku dah masuk alam pekerjaan kebanyakannya aku lebih banyak keluar ikut bos meeting jumpa orang... Macam macam orang bermacam lah ragamnya kan?

Kenapa tidak permudahkan kerja orang ya? Kan kalau kita permudahkan kerja orang, Allah akan permudahkan kerja kita? Bagi aku mudah saje untuk permudahkan kerja orang! Anggap je mudah dan terus berfikir positif malah belajar untuk menjadi profesional.

Selain itu juga aku banyak belajar erti kesabaran... Sabar dari segi apa ya? Sabar lah nak monitor semua benda... Macam nak monitor kerja staff , client kerja dan macam-macam lagi.... Banyak benda aku belajar... Yes ia pengalaman yang sangat berharga....

Bukan mudah untuk kita lakukan semua tu... Memamg memerlukan kesabaran yang tinggi... Lagi2 nak monitor orang... Monitor orang bukanlah perkara yang mudah... Ada yang tak jujur dengan kerja, ada yang tak bertanggungjawab & tahu nak menipu je...

Aku hanya mampu perati dan cuba untuk menilai mana betul dan tak betul... Dan berfikir secara logik untuk melakukan apapun.

Hmmm tak boleh ke nak jujur ye? Kan kita sama-sama nak naik? Nak cari rezeki halal untuk bagi anak bini makan? Nak bagi mak ayah... So jujur lah... Kenapa nak kena tipu-tipu... In sha Allah jika jujur pasti kehidupan seharian kita diberkati olehnya....

#Akuhanyamampuperati #Logicalthinking
Read More...

Tuesday, 20 December 2016

Rambang mata berbelanja di Bandoru store dengan harga yang murah




Assalamualaikum...

Macam biasa kalau dah nama pun esok cuti  Dilla pasti ada planning nak pergi sana sini nak cari mood lepas kerja katanya... Walla! So lepas balik kerja Dilla terus je pergi Bandoru Store untuk beli sedikit cenderahati buat diri sendiri..saje nak hilangkan stress selepas bekerja... Naseb lah Bandoru Store ni tak jauh dari office... Sekitar 15 minit dah sampai... Jadi rambang lah mata saya lepas tu.... hehe

Ingat tak bulan lepas Dilla ada up entry mengenai Bandoru Store semasa openning ? Masa tu dapat voucher bernilai RM100.00... Haa masa g sini tak ingat pasal ada voucher tahu nak beli je.. Masa upload gambar Bandoru store naseb ada rakan blogger mention pasal voucher tu... bukak email cari-cari naseb lah jumpa... hahaha... lalu mata pun melilau sampai tak terpejam,,, banyak gila baju yang lawa-lawa kat sini... Dah lah ori pulak tu... 

Masa kita sampai kat Bandoru Store kita g cashier untuk bagitahu nak claim voucher cakap kita blogger... Hehe... pastu abang & kakak ni pandang je cakap kenal sebab tengok video shoot openning haritu... Dilla cakap yeke malunya... haha... dah lah masatu asyik tukar-tukar baju je.... Btw suka lah dengan orang kat sini.. Dorang ni sporting gila layan je Dilla sorang ni... Siap ada gambar sama-sama lagi tau... Hmm...

BANDORU STORE 

Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangannya dijamin sertajual dengan harga yang mampu milik uuntuk semua golongan.

Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari Jepun yang mana telah diproses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store "Better Than new"

Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, Kemeja, Jeans, kasut, sweater, bag tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki, wanita & kanak-kanak.

Tidak ketinggalan , bagi penggemar atau peminat barangan 'rare & vintage' juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang mampu milik.

Dari konsep butik , Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan  ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa keselesaan pelanggan ketika membeli belah.

Antara koleksi di Bandoru Store

Bandoru store


Ada jual kasut yang berjenama
Bandoru Store

Baju Kanak-Kanak




Test2
Selepas bershopping
Dila bersama staff Bandoru... Dorang ni sporting betul... 


Meh tengok sikit ni video haritu!

 


Untuk maklumat lanjut sila layari:-

Facebook | Bandoru
Instagram | @Bandorustore


Read More...

Saturday, 17 December 2016

Berbelanja di Times Square pada hujung minggu

Assalamualaikum!


Selamat berhujung minggu kepada pembaca semua.... Apa aktiviti u guys pada hujung minggu ni? Heee... Mesti lah mood tengah nak bercuti kan tengah hujung tahun ni bersama keluarga tercinta...


Dilla pulak pada hujung minggu ni berjalan di Times Square , KL. Bawa mama jalan-jalan bershooping... Memang bahaya sangat kalau dah nama pun perempuan then mak bertemu dengan anak keluar bershooping bersama haaa abis lah 1 Times Square ni kami pusing...

Nama pun jalan-jalan cuci mata... Okay duit pun tersesat juga lah sikit-sikit kat sini.... Mana taknya baju kat sini banyak gila yang cantik-cantik harga pun murah juga... Macam tak caye harga baju semurah macam ni... Kain nya dilla tengok pun sangat berkualiti dan berbaloi rasanya!


Aip aip... Control sikit... Hehe... Gini lah bila mak dan anak bershooping tak ingat dunia nya ! Tapi end up beli 3 barang je kat sini banyak menghabiskan masa dengan cuci mata...urm... Sekali sekala nak chill macam ni! Hehe...

Macam mama boleh tersesat kat sini eh?
Mama kata pagi tadi " Esok mama ada event dengan Celcom, baju apa yang cantik mama pakai ? Mama dah lama tak shooping". Lalu dengan pantasnya aku terus ajak mama berjalan... Mama pun suka tau ! Haha... Sebab kebiasaannya pada hujung minggu macam ni aku lebih suka meluangkan masa dirumah...

Bila sampai je kat Times Square masing-masing macam tak sedarkan diri sebab banyak baju cantik & murah... If usha kat online harga smua rm30 keatas bhai... Belum kira postage lagi... Berbanding kat sini memang harga murah gila... Paling murah Dilla jumpa ada yang berharga RM15... Bukan bundle ok! Haaa nak ajak Dilla shooping tak? I on je... Cewah... :)


Harini kami naik public transport naik keretapi... Huhuhu... Dah lama juga tak naik Lrt ni... Rupanya banyak juga perubahan KL ni... Haaa nampak tak sebenarnya dah lama tak berjalan... Iyelah sape nak bawak orang takde Boy Friend ni... Hehe... Ok itu saja dari saya... Orang harap mama happy... Dah lama sangat tak berjalan macam ni...
Love you...



Read More...