Shoplinks Asia

Beauty, Lifestyle, Food & Travel

Sunday, 5 February 2017

Malam Diva bersama Ilham Qaseh

Assalamualaikum hi...

Masa itu mahal dan tak boleh dijual beli...Pada minggu pertama dan ketiga Dila kerja half day pada hari sabtu. Tapi hari ni schedule Dila memang padat dan memang kene bijak untuk membahagikan masa dan dahulukan mana yang penting. Pagi bekerja sampai jam 1  untuk hari sabtu , Lepas bekerja ada sambutan Tahun Baru Cina yang diundang oleh KK Group, sepatutnya lepas tu ada majlis sanding kawan dila tapi memang betul-betul tak sempat nak hadir, sorry guys! 

Penat drive punya pasal semalam abis terlanggar kereta orang naseb naik owner ok sebab kereta cuma calar sikit. oh krem nya kaki macam nak pergi massage je tapi nak kene tunggu gaji masuk... hihi...

Lepas tu pula ada event bersama Ilham Qaseh di Seri Kembangan bertempat di Siti Hadijah Hall @ Mines Event start jam 6 kita keluar rumah pun dah jam 6... Ya Allah this is bad attitude untuk hadir ke majlis orang tapi nka buat macam mana benda tak boleh nak dielakkan. Naseb lah bukan Dila sorang je yang lambat...



Glam Diamond Night Bersama Ilham Qaseh


Ini merupakan tahun kedua untuk Dila diundang ke majlis Ilham Qaseh yang bertempat di Seri Kembangan, Siti Hadijah Lovely Touch Hall @ Mines turut dihadiri oleh beberapa rakan blogger bagi meraikan majlis Glam Diamond Night bersama Ilham Qaseh.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi atas undangan untuk tahun 2017 dan juga selaku founder Hai Blogger Halim Nadzeri.



Sampai je di event dah register nama Dila dapat seat depan sekali terserempak pula dengan blogger Fatin Bella dan Halim.

Sementara menunggu majlis bermula untuk menunngu kehadiran founder Ilham Qaseh dalam setengah jam Dila ambil kesempatan untuk bergambar di sekitar majlis yang sangat santai suasananya sesuai dengan tema malam tu yang bertemakan Diva.

Sampai je founder Ilham Qaseh pelbagai aktiviti diadakan antaranya para hadir dijemput kedepan untuk menyanyi... Hihi siapa yang sporting lah semalam abang blogger kita juga menyanyi lagu anuar zain...

Apa yang menarik majlis tersebut terdapat banyak hadiah yang ditaja oleh pelbagai pihak untuk pemenang cabutan bertuah. Antaranya Dila dapat produk Secret Desire cosmetic skin care... Ya Allah rasa bertuah sangat sebab tengok macam mahal je hadiah ni... Nanti Dila buat review ye.. Yang best dapat juga Soft Lip Matte dalam 5 batang dalam tu...

Bagi pendapat Dila, Majlis ini sangat sesuai diadakan bagi meraikan usaha pekerja dan para stokis serta agen-agen. Boleh juga berkenalan dengan semua stokis & agen-agen diseluruh malaysia termasuk disemenanjung Malaysia Sabah & Sarawak. Malah majlis ini diadakan bagi membakar semangat semua bagi membuat sales jenama tudung Ilham Qaseh.

Memang best kalau orang menghargai kita. Ini adalah cara terbaik... Kalau Dila juga suka. Semoga Ilham Qaseh terus maju.

Gambar di seanjang Majlis



Bersama blogger Fatin Bella & Halim Nadzeri

Disekitar majlis




8 comments:

  1. dielaaaa...syoknyaa majlis..cntik diela dan aten.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear... Zaza pun cantik juga . :)

      Delete
  2. Kenapa diela cantik sgat mlm ni !!! Omg !!!

    ReplyDelete
  3. Omg..diva.
    Cantik2 :)
    P/S
    Jana pendapatan LUMAYAN dengan Uber. Sistem Uber menjadikan anda sebagai boss.
    Ini yang ANDA cari-cari selama ini.
    Daftar sekarang !!!

    http://uber.mydiscussion.net/ <<- masuk sini

    ReplyDelete