Friday, 31 March 2017

Peluang pekerjaan melalui platform QWORK

Hello & Assalamualaikum...Kebanyakan kini golongan fresh grade ramai yang masih menganggur. Adakah korang ada masalah untuk mencari kerja? dengan zaman sekarang yang penuh dengan cabaran kini pasti yang ramai bersaing untuk mendapat peluang pekerjaan...Jadi Dila akan kongsikan platform yang mudah bagi korang mendapat peluang pekerjaan. 


Baru-baru ini Dila diperkenalkan dengan satu platform mudah bagi carian pekerjaan dengan Qwork. Masih tak berapa clear lagi ? Ok Qwork ni adalah platform pengambilan pekerja yang bersesuaian mengikut skill dan bidang yang korang minat. 

Qwork tak semestinya nak kena apply secara full time nak apply part time or free lance juga boleh... Kira korang nak cari duit tepi dengan menggunakan platform Qwork pun boleh...Memang sangat bagus sebab sekarang ni kene buat kerja lebih betul? Menarik dengan sistem Qwork ni... Cara ni korang boleh pilih mengikut kerja yang korang minat... Terdapat banyak kategori yang Qwork tawarkan... haaa sama ada nak dalam mingguan atau harian korang boleh pilih....



Untuk pengetahuan korang di Qwork terdapat 4 kategori pekerja iaitu Hustler, Hipster , Hacker dan Hospitelier... Korang boleh pilih mana yang korang minat... Seperti contoh kalau nak buat free lance untuk Graphic designer korang boleh pilih kategori hipster... 

Ok yang part paling menarik kan? Qwork juga telah mencipta cara baru iaitu Qwork Visume untuk korang hantar resume dalam bentuk video... cara ini dapat menjimatkan masa majikan  dan mudah untuk majikan membuat penilaian terhadap pekerja...


Memang mudah dengan menggunakan platform Qwork... Korang boleh cepat-cepat apply menggunakan platform Qwork... Ia sangat bagus buat yang masih fresh grade yang masih belum mendapat temuduga. Untuk pengetahuan korang , buat kepada yang sudah kerja lama dan banyak pengalaman tapi kalau korang pertama kali daftar Qwork status korang adalah Newbie.Ini untuk berlaku adil kepada semua calon berdaftar,. Selepas permohonan korang akan dinilai oleh majikan dengan baik jadi status korang tadi akan dinaikkan kepada Renown dan level seterusnya adalah Ace.


Cara ini adalah mudah untuk korang sentiasa akan meningkatkan prestasi kerja. Untuk pengetahuan semua... setiap level adalah berlainan gaji... Contoh gaji Renown adalah lebih tinggi berbanding Newbie... dan Ace lebih tinggi gaji yang ditawarkan berbanding Renown... So apa lagi cepat-cepat apply kerja dengan menggunakan platform Qwork.sama ada pekerja atau majikan boleh guna Qwork untuk menambah bilangan pekerja . 

Disini Dila akan guide juga macam mana untuk korang guna platform Qwork...

1. Pergi ke web www.qwork.my


2. Then korang boleh Sign Up untuk register Qwork


Sama ada pilih antara Become a Qworker or Become an employer... 


Korang boleh pilih scope yang bersesuaian dengan korang....


Mudah je untuk register Qwork... Selamat bekerja ye? Boleh cuba mana tahu rezeki korang kan? Mudah

Untuk maklumat lanjut tentang Qwork :

Website : www.qwork.com

Facebook : www.facebook.com/qwork.my

Twitter : @qwork.my

Instagram : @qwork.my


Read More...

Wednesday, 29 March 2017

Rahsia kecantikan dengan Merolz Skincare Beauty


Hai... Terasa sangat nak share tentang produk Merols Skincare ni...Sebab tengok testimoni pengguna rasa macam terpengaruh nak update... Oh yala... sebagai wanita yang makin meningkat dewasa  ni dila memang sangat menitik berat soal kecantikan luaran & dalaman... Produk yang amat baik sangat diperlukan oleh semua wanita untuk nak cantik betul?  Cerita pasal produk Merolz Skincare ni ia memang terbukti berkesan dan berkualiti tinggi... Jadi perlu atau tidak korang memang harus cuba juga pakai produk ni..

Dila akan terang satu persatu tentang produk Merolz Skincare. Sebagai permulaan Dila nak cerita sikit latar belakang mengenai syarikat dan pengasas produk Merolz Skincare... Heee... Produk Merolz Skincare ni dihasilkan melalui syarikat Merolz Resources yang dibawah naungan pengasasnya , Puan Nor Syariza Othman...Nak tahu Puan Syariza ni sangat peramah tau... kalau nak kenal beliau kene beli produk ni dulu... Tapikan produk Merolz ni memang sangat famous di sekitar Negeri 9 kat Nilai... ramai orang sana dah cuba dan dapat tindakbalas positif tentang produk Merolz dan akhirnya berleluasa mengikut negeri-negeri...

Meh Dila nak bagitahu sikit tentang produk Merolz Skincare sape yang belum tahu tu korang kene dengar Dila ngomel sikit pasal produk ni... kira yang dari zero belum tahu, atau dah pernah dengar tapi macam ingat-ingat lupa je kan... boleh lah baca kat blog saya ni haaa....


Merolz Skincare beauty adalah :

Produk kecantikan yang ada tiga rangkaian iaitu Cleanser , Toner & Moisturiser... Korang pernah dengar Cendana tak? tahu tak kelebihan cendana ni? Ok Pohon cendana ni berasal dari negara india banyak manfaat pada ekstrak cendana ni malah ia sangat bagus tahu untuk dijadikan bahan kosmetik dan aromatik.Ia sangat elok kalau digunakan bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit. Terbukti bahan-bahan pada produk ni memang sangat bagus. haa nenek moyang kita pun dulu mengamalkan cendana sebagai bahan untuk kecantikan... Memang terbukti kaedah tradisional antara tips yang berkesan untuk nak jadi cantik... Walaupun zaman dah moden Dila pun still mengamalkan lagi bahan-bahan tradisional..Lagi-lagi bila dah jumpa produk Merolz ni lagi rasa macam nak lompat sebab excited sangat nak pakai yelaa produk ni adalah antara produk yang mengandungi bahan-banhan tradisional... Selain tu bahan-bahan yang terdapat pada produk ni ada juga ekstrak tebu , ekstrak bunga Rose Hip & rumpai laut.. memang bagus sebab rumpai laut ni terdapat bahan kolegen...


ehh bila cerita pasal nak cantik je mesti perempuan ... Untuk pengetahuan semua produk Merolz ni boleh pakai untuk lelaki...Bagi cleanser Merolz ni kaum lelaki boleh digunakan sebagai shaving foam... Wahhh lepas ni hensem lah lelaki yang dah pakai merolz ni... Nampak segak je,...

Ok... korang kene tahu juga produk Merolz skincare ni adalah produk organic tanpa mercury uols... Merolz ni dijamin halal dan dah dapat lulusan KKM. No KKM korang boleh prefer pada website KKM ... Selain tu masa launching produk ni juga dirasmikan oleh Menteri Negeri Sembilan malah pernah ditemubual oleh radio NEGERIfm dan pernah dapat sambutan daripada Harian Metro TV3 dan RTM... So memang terbukti produk ni memang bagus sebab memang dapat ramai sambutan daripada pengguna dan juga telah dikeluarkan oleh media... Kan memang dah terbukti produk ni memang bagus... Dila pun dah cuba memang kesan dia sangat bagus... Tapi bukan lah terus pakai boleh jadi cantikkan... kene lah pakai cara konsisten dulu... baru korang boleh judge produk ni bagus atau tidak ok... belum cuba belum tahu...

Terdapat 3 rangkaian produk Merolz Skincare iaitu :



1. Cleanser Merolz Skincare (3.38 FL OZ / 100 ML) - Step 1

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah wajah yang berminyak , yang berjerawat , berjeragat, hitam tapi jenis yang tak glowing gitu... Korang boleh amalkan Cleanser setiap pagi dan malam sebelum tidur...bau sleanser ni dila suka sebab wangi bau coconut... Tapiii Amaran buat korang jangan nak memandai cuci muka time berpeluh ye.. Dilarang sama sekali...



Dila ni jarang juga nak pakai produk itu produk ini... memang pakai apa pun semua nak kene konsisten... If korang teringin sangat nak pakai Merolz Skincare ni kalau boleh stop dulu pakai produk selama 3 hari untuk nak tengok kesan yang sangat bagus... Bagi muka korang rest dulu baru tukar produk ye.... Kulit kita ni sensetiif...

Antara kebaikan cleanser ni ia dapat membersihkan wajah dan melembutkan selain tu dapat membuang sel sel kulit mati , merawat kulit kusam...



2. Toner Merolz Skincare (3.38 FL OZ / 100 ML) - STEP 2

Haa yang part ni Dila memang suka lah bab-bab nak spray muka ni... Dila suka sebab sebab dia berangin sangat tau fresh je muka... masa dah seminggu pakai produk ni muka naik jerawat sebab Dila ni paling susah nak keluar jerawat, tapi dila maintain pakai sebab tengan healing proses dimana masa tu tengah nak singkirkan toksin pada wajah korang jangan risau masa pakai produk ni tetiba naik jerawat maintain je ok...





Jangan korang pergi picit-picit jerawat tu pulak... nanti bertambah teruk pula kesan tak hilang... Dengan Dila pakai toner Merolz ni mula-mula spray gatal pada bahagian jerawat... Tapi tahan je tangan ni sebab mengikut testimoni pulak ianya bagus sebab ia dapat mengecilkan jerawat tau...
Pakai produk ni hanya seminggu 2 or 3 kali..

 Antara kelebihan lainnya :

-Dapat mengecutkan liang-liang pori / kulit
-Mengecutkan kendur pada kulit
-Membaiki tisu kulit muka
-Mengecilkan jerawat.



3. Moisturiser Merolz Skincare (1.01 FL OZ / 30g) - Step 3

Akhir sekali korang apply Moisturiser sapu lembut-lembut pada muka nanti dapat lah hasil muka yang lembut... Seriously tak pakai make up pun nampak glowing kan dah jimat duit hanya dengan pakai set Merolz Skincare ...



Antara kelebihannya adalah:

-Anti penuaan
-Melindungi kulit wajah dari sinar UV
-Mencegah kulit daripada kering
-Mengekalkan kulit daripada debu dan kotoran
-Menghaluskan kulit wajah

Amacam menarik tak Merolz Skincare ni? Korang jangan risau produk Merolz skincare ni mesra wuduk dan disahkan halal...

Bercerita pasal Merolz Skincare Beauty je Dila nak share juga Merolz Skincare dah ada testimoni-testimoni yang positif korang boleh tengok muka testimoni ninsebelum dah selepas ya...




video


Yeay hasil selepas menggunakan Merolz Skincare amat memuaskan korang yang masih tercari-cari produk halal serta mesra wuduk ni boleh dapatkannya dengan segera...





Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Merolz Skincare : 019 339 7036

Lokasi : 13-1-2 Block 13,71800 Nilai RPM Taman Semarak Nilai , Negeri Sembilan 71800 Malaysia.

Email : merolzresources@gmail.com

Yang mana dah cuba pakai produk Merolz ni korang jangan lupa share kat Ig & Fb berserta dengan #Hashtag dibawah ni

#merolzbeautyskincareutara 
#merolzbeautyskincare 
#merolzbeauty


Read More...

Saturday, 18 March 2017

Lazada birthday contest Blogger




Siapa yang tak kenal laman web shooping Lazada... Dilla memang suka kalau shooping online ni sebab dapat jimatkan masa, kos dan tenaga untuk kitaberbanding berbelanja di shopping Mall... Kalau dah buka laman web Lazada memang abis juga lah 2 ke 3 jam mengadap pc end up nak beli 1 barang jadi lah 2 ke 3 barang... 

Memang semenjak dua menjak ni Dila memang rajin shooping online di Lazada sebab sales dia tengah gila-gila murah. Baru-baru ni juga Dila ada beli hadiah untuk cousin Dila yang tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinannya. Disebabkan kekangan masa untuk keluar Dila lebih suka untuk berbelanja online tahu-tahu dah sampai kat depan rumah... Pada masa yang sama kawan Dila juga tumpang order nak beli telefon Redmi 4a.. Kita tolong promote sekali... hihihi


Kebetulan pula masa last week Dila ada pergi event Affiliate program & Celebrate birthday Lazada yang ke 5 tahun dorang ada mention mengadakan contest Lazada Birthday dengan blogger so dila amek peluang ni untuk join sekali... 

Buat semua rakan blogger juga boleh kalau nak join contest ni... Last date contest sampai 23 March 2017. Ada banyak masa lagi nak join...Boleh klik Lazada Birthday Blogger Contest untuk maklumat lebih lanjut.

Antara 3 produk yang terlaris di Lazada dan dila juga antara pembeli yang tegar di Lazada...


Kebiasaannya Dila akan cari hadiah untuk wedding ,Birthday , Gift mesti akan cari kat Lazada... Memang wajib beli kat Lazada sebab banyak hadiah yang menarik ... Antaranya Dila akan beli barang make up seperti brand chanel ... Dila suka sebab siap ada box , barang pun berjenama dan harga sangat berbaloi...


Telefon pintar Redmi 4a juga antara satu produk bila Dila promote mesti ada org tanya... Dila suka telefon Redmi beli kat Lazada... Memang murah dan original... Telefon yang lain seperti telefon lenovo , samsung pun ada...



Untuk kamera juga antara barang yang laku dan banyak pilihan yang ada kat Lazada...

Yesss... antara shooping online Dila memang paling suka belanja kat Lazada sebab kat Lazada memang banyak pilihan yang boleh pilih... Dari segi harga juga di Lazada antara harga yang termurah dan memang berbaloi... Paling best selalu dapat voucher dari Lazada tau... Service juga memang terbaik sangat memuaskan hati...

Cuma satu je Dila rasa Lazada patut cepatkan lagi untuk service penghantaran... Servis yang lain semua ok ...

Akhir sekali... Dila nak beri ucapan untuk Lazada Malaysia. Happy Birthday yang ke 5 Lazada... Hope terus menjadi laman web shooping online dan terus menawarkan servis yang terbaik...

Terima kasih juga nak ucapkan kerana selalu memudahkan pelanggan berpuas hati... Yang paling best terima kasih kerana atas kejutan kerana Dila juga antara pembeli tegar di Lazada Malaysia... Bila barang sampai tu rasa macam dapat serprise... Hihihi...

So , yaaa korang apa tunggu lagi , jangan lepaskan peluang berbelanja di Lazada Malaysia ya... Sempena birthday Lazada yang ke 5 ni terdapat banyak sales tau... Btw selamat bershooping... Berbelanja lah dengan cermat... :)

How to join– Lazada Birthday Blogger Contest


1.Contestbruns from 1st March until 23 March 2017

2.Each contestant (blogger) has to write a post until 23 March 2017 (11.59pm)

a.What do you love about Lazada Malaysia?
b.Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favourite products)
c.How do younthink Lazada Malaysia can improve?
d.What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

3. The Article must contain screenshoots for the three products mentioned in point 2 b (the "Top Product Pick" post).

4.Contestants are required to submit the link to their post vis e-mail to contest@lazada.com.my with the subject tittled : Lazada Birthday Blogger Contest

5. Contestants are welcomed to post the article in any language.

6.Winners will be selected at random.
Read More...

Monday, 13 March 2017

D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam , Seksyen 13






Assalamualaikum...

Steamboat adalah antara Dila punya favourite lagi-lagi masa dinner sesuai sangat kalau kita makan steamboat sebab steamboat tak menggemukkan... ewah...Kali ni dah macam jalan-jalan cari makan mari kita ramai-ramai kita serbu Steamboat D'Kayangan , Shah Alam kat Seksyen 13...Tak syok lah kalau kita makan berdua je kan lagi ramai lagi best... 


Bila dah sampai Steamboat tengok menu jadi rambang mata macam masuk kat shooping mall pula... Macam-macam menu yang disediakan semua menarik dan tertarik... Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menawarkan lebih daripada 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Sape lah tak rambang mata kan dengan menu banyak-banyak ni... 





Dila suka sebab d Steamboat D'Kayangan boleh pilih sama ada nak kuah tomyam atau sup untuk rebusan steamboat... Dila pilih tom yam , Dila antara penggemar Tom yam yang rasa nya pedas-pedas gitu...  Kuah Tom yam dengan rebusan makanan laut lagi... memang terbaik ...Antara makanan laut yang disediakan adalah Udang besar, Ketam , Kupang, Kepah, Kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala... Terdapat juga pelbagai bebola , sayur-sayuran, aneka mee, dan fucuk...

Ditambah lagi dengan susasana kedai yang agak santai dan kedai yang luas selesa buat pengunjung yang datang untuk lalu lalang... Korang boleh pilih sama ada nak makan luar atau kat dalam... Kalau korang duduk dalam rasa air cond.Tapi kalau nak lagi amek feel  makan kat luar lah sambil berasap dengan tungku steamboat..hihihi... walaupun berpeluh-peluh macam lepas berlari gigih juga nak tambah lagi kalau boleh semua nak rasa... Sampai bergaduh-gaduh nak kopek ketam...hihihi...


Bukan tu saja ye.... Kat D'Kayangan Steamboat ni juga ada menu menarik di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Dan terdapat juga kuih muih, Buah-buahan , Kuih-Muih, Puding, Ais krim sebagai pencuci mulut... Memang menarik betul lah... Air Batu Campur juga turut disajikan... Nak buat Air Batu campur ke semua buat sendiri tau :)





Kalau korang nak tahu D'Kayangan pernah menjadi pilihan rancangan TV jalan-jalan cari makan (JJM)... Wow terbaik lah... Malah Nasi Lemak Kopi O, Astro dan sinar harian juga dah sampai kat sini tau... so dah terbukti memang D'Kayangan ni memang terbaik...Korang kalau nak cari steamboat Dila recommend korang pergi sini... Dengan harga murah-murah dan pelbagai menu yang disediakan korang makan lah sampai kenyang...

Senarai Harga Steaboat D'Kayangan 

Dewasa:
- Isnin- Khamis    : RM28.90 (Net)
-Jumaat - Sabtu    : RM33.00 (Net)
- Sunday Brunch' : RM24.30 (Net )
- Ahad                  : RM28.90 (Net)

Kanak-Kanak :
- Isnin - Ahad : RM9.90 (Net)

Warga Emas :
-Isnin - Ahad : RM24.00 (Net)

Waktu Beroperasi :
Isnin - Sabtu : 5.00 PM - 12.00 AM
Ahad : 12.00PM - 12.00 AM


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Lokasi-  No.1,Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam , Selangor.

Email - dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

Tel - 03 55234979 | 012 2971091 | 017 507 6274



Read More...

Sunday, 12 March 2017

Beli hadiah hanya di Lazada

 Disebabkan dengan kekangan masa bekerja Dila memang takde masa untuk keluar nak cari hadiah untuk pengantin yang tak lama akan berlangsung pada sabtu ni... Jadi dila lebih preffer untuk belanja di shooping online Lazada... Kerana mudah, jimat masa, jimat minyak ... Heee...

Ada banyak barang di Lazada korang boleh pilih je then add to chart... Hehehe... Tapi kan mesti lah kita nak bagi gift kalau boleh biar lah nampak eksklusif dan menarik...

Dah tu dila memilih untuk mengambil Perfume daripada brand Chanel... Siap ada box dia lagi jadi mudah untuk Dila balut...





Tadaaaa~~~ nah cantikkan? Korang tak semestinya nak bagi kat pengantin je macam ni... Nak bagi untuk orang tersayang pun boleh tau...Banyak lagi hadiah-hadiah menarik dari chanel antaranya macam make up, perfume... ada lagi lah... Tapi Dila tertarik dengan set ni...Harga pun murah je hanya RM79.90 sekarang tengah ada sales 60% harga sebelum RM199.90 ... haaa gila-gila kan dia punya sales....

Ni Dila share link kalau nak beli click je link ni ok :) http://bit.ly/2nd7WSu ...

Selamat bershooping !
Read More...

Tuesday, 7 March 2017

Teringat zaman sekolah , Rindu semua (SMKTP)



Assalamualaikum hai...

Agak-agak apa korang buat sekarang? Lama sangat tak jumpa dah 6 tahun kot... Bila jumpa kita cuma hai hai bye bye je kan? Bila dah tamat SPM semua nya dah berubah, semua dah buat haluan masing-masing... 

Bermula abis je SPM... Aku dah start fikir... aku nak jadi apa lepas ni?
Macam mana aku nak membawa diri?
Aku nak buat apa ek?
Bermula disitu aku plan satu-satu nak buat apa...
Rasa macam berbeza lepas dah tamat SPM...

Hee... korang macam ni tak?
Haa overthinking sangat time tu sebab rasa macam takde masa depan... Tapi biarlah Allah aturkan semuanya... hahaha




Hai korang... Masa ni tahun 2010, berumur 16 tahun... bukan sekarang tau umur 16 tahun ... masa tahun 2010 k..,sekarang dah tahun 2017 lol Ya Ampun cepat je masa ... Masa ni akhir tingkatan 4 ada photoshoot antara kelas-kelas sempena nak masuk SPM kalau tak silap? betul tak? Dila kelas 4 bestari amek course akaun... Rindu nak share balik sebenarnya...Scrool-scrool gambar lama rasa macam rindu sangat nak pergi sekolah... Nak jumpa kawan-kawan , jumpa cikgu, rindu nak study group bila abis sekolah... huhhh...


Ok dulu chubby, berat badan masa form 4 48 kg boleh cecah 50 kg kalau tak boleh control... tapi start abis sekolah masa study berat badan turun mendadak sampai 8 kg... dulu gaya macam apa ni... ya Allah malu tengok gambar sendiri tapi nak share jugak... dengan kulit hitam lagi dulu balik sekolah suka jalan kaki tengah panas, bas masa tu nak tunggu lama end up naik bas sampai kat rumah.. gigih betul dari sekolah tinngi naik bukit... dah sampai depan sekolah kene naik tangga lagi tu... ok sebenarnya tu moment paling rindu nak pergi dan balik sekolah... Dila sekolah dulu kat SMK Tasek permai , Ampang... sekolah dila dulu terkenal dengan sekolah atas bukit.. tinggi weh... belum apa-apa dah berpeluh sampai kekelas... hehehe...


Bersama class mate Dila ... Masa  ni semua comel-comel je... hehehe... Kami semua satu kelas rapat semua satu kepala dan happening je... yang  paling kiri tu  Nabila, Farahika, Belakang Dila Yusratul, Mazraina, Syahida, Ika Malina , sebelah kanan Dila Lina Alfan... Cehh time ni semua nak posing maut kan... Bukan selalu nak acah-acah macam ni... tengok lah sampai sekarang Dila simpan gambar ni... dah bape tahun dok dalam pc...

Semua orang pernah rasa kan zaman sekolah adalah zaman kegemilangan buat semua orang, yang masa tu nak berkawan, study sama-sama, kene denda sama-sama, gossiiiipppp, buat perangai nakal-nakal dengan cikgu, tidur dalam kelas lah... hahaha tak lupa juga  ada nak g sekolah sebab ada crushhhh ekkk...  eh eh lawak betul masa tu... 

Teringat zaman masa zaman cinta monyet, ada yang sampai frusttt menonggeng ... hahaha... dulu kononnya nak sehidup semati, pergi dating lah, janji nak kawen lah... tapi masa tu kita masing-masing tak matang , masing-masing taknak tunjuk kalah zaman tengah hot ramai peminat kan... kalau macam tu memang tak sampai kemana... bila dah break masing-masing frusttt menonggeng menyesal bagai... lepas tu get back... lepas tu break balik banyak lagi lah penyambungannya... end up malas nak fikir baik move on... hahaha... oh kecik-kecik dah pandai berdrama...






Gambar kat atas ni semua gambar class mate Dila... huyaaa masing-masing comot masa ni.... tapi still nampak cute lagi.... hehehe...macam-macam gaya time ni... tapi kalau nak dibandingkan dengan sekarang mesti bergaya dan cantik...



Yang si cantik ni bestfriend Dila kitorang rapat since form 2 lagi  kelas sama... nama Dia Syahirah ... Dulu buat apa semua sama-sama memang macam belangkas lah orang cakap ,,, walaupun masuk form 4 dah tak sama kelas pun still rapat lagi dan bertambah rapat samai orang cakap kitorang ni kembar hehehe... semua nak benda nak sama.. kadang kadang tak plan pun boleh jadi sama... dah ada chemistry kan? hehehe... walaupun dah tak raat sekarang dila still anggap dia bff Dila tapi takde rezeki nak jumpa je sebab kita dah buat haluan masing-masing... 

With Ng Bee Yan

Bersama lengloy Tan Sue Pei...

With Anusha.. Masa nak spm selalu study dengan dia... hehehe... 

Hi Ina... Dari dulu sampai keharini still rapat dengan dia dan 7 orang sahabat... tapi takde gambar dah terdelete kot... Sorry guys...

Bersama cik sofi.. samai sekarang pun still rapat lagi,,, hehehe... Sekarang tengah sambung degree... Good luck dear..

With Yusra & Tan Sui Pei

Cute kan?




Ok ni kira semua gambar dah payung ... Jangan cakap aku tak ingat kat korang.... hehehe... Terima kasih guys untuk masa ni walaupun untuk sekejap je... Terima kasih sebab beri tunjuk ajar, pinjam kan semangat, ada rezeki kita jumpa... Hope semua dalam keadaan baik-baik... hewhewww dah ramai pun dah berumah tangga... 


Ikhlas dari sahabatmu...
Ada rezeki jumpa lagi...
Rindu kat semua...

Korang buat apa sekarang ? jangan lupa share di ruang komen tau :*

Read More...