Tuesday, 4 April 2017

I dah sampai Tangkuban Perahu, Bandung.

Assalamualaikum & Hello semua... Bila kita dah terbiasa dengan suasana bandar kalau nak pergi bercuti Dilla lagi suka dengan nature... Nak udara segar, suasana kampung, pemandangan yang cantik-cantik... haa tenang betul hati ni setenang-tenang laut... cewahhh...

Ok pada hari ketiga di kota Jakarta cousin Dila bawa Dila pergi ke Bandung tak rugi pun pergi tau... walaupun kat sana kota tapi ada tempat yang cantik iaitu di Kawah Putih terdapat Gunung Berapi yang masih aktif... Kali ni Dila bereluang untuk kesana bersama cousin Dila... Masa dari Jakarta nak pergi ke Bandung mengambil masa lebih kurang 8 jam ok guys sebenarnya sekejap je tapi disebabkan jalan kat Kota Jakarta tu jammed giles bercinta lah kami kat jalan raya... Tapi we enjoy!




Bila sampai kat sini Dila rasa macam jakun giler macam orang baru masuk bandar je... hahaha... Kami semua happy bila dapat berkumpul macam ni...

Ok pemandangan kat sini cantik giles macam dekat sangat dengan awan...
Feeling-feeling tengok langit guys...

Pemandangan kawah putih bentuk perahu


Memang aku ni sejenis jakun bila tengok macam ni...haa biasa tengok kat gambar bila dah tengok depan mata semua posisi wajib ambil gambar ... oh ok lah semua layankan je .. im first time to go there... 
Ni pulak nak terbang kemana haa ok feeling-feeling fresh pulak... tahu i dah gemuk tapi jangan nak kecam-kecam i ... memang dah naik 10 kg.. so what... ni kan yang aku nak (sedapkan hati)



kenapa mesti gambar ni aku pos? actually banyak lagi gambar yang senonoh muka tu kan... sorang dah muka berkerut-kerut... hehehe.. bcoz i love this picture... asyik nak pos gambar cantik je....
 bersama abang ipar... abang willy thank you abang... lalala... kami enjoy jalan-jalan dengan abang.... perasan tak adik lebih tinggi dari abang..aku tak tahu kenapa dalam family aku aku paling tinggi 158 cm... haaa tp antara kawan-kawan aku dikira rendah jugak lah...
sama tak muka aku & mereka







Jujur aku cakap aku paling ngeri naik kuda... tapi nak naik jugak sebab kat kl takde kuda macam ni... sebenarnya ni yang aku nak cuma risau kuda bawak aku lari je... memang gayat lah...
I awak yang sebelah tu 


okay time ni Dila memang rambang mata banyak betul barang best-best kat sini... Para peniaga pun sangat peramah... If korang nak beli ole-ole ke boleh beli kat sini... ada baju, bag, haaa macam-macam ada lah nak tahu kene lah datang.... 


Aku dah sampai atas awan sebenarnya



Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik tapi dengan keadaan masa tak mengizinkan kita pergi mana yang boleh je... In sha Allah ada rezeki kita jalan-jalan lagi...

Jauh perjalanan , Luas pengalaman... yesss rindu dengan pengalaman aku ke Bandung ni... walaupun jalan jem tapi ni juga pengalaman Dila hadap jem lama-lama kan... so apa boleh buat kita nikmati je...

Antara gambar-gambar Dila bercuti... Hope dapat share lebih banyak dan kemaskan tulisan dan gambar yang cantik-cantik... hihihi

Terima kasih kerana singgah ke belog saya daun keladi...

Ikhlas dari saya...

I love to know you...

1 comment:

  1. Ada satu lagi tempat di bandung yang leh trerus gi tepi tasik gunung berapi ni .. saya pergi dulu ... lagi best dari yang ni.

    ReplyDelete