Tuesday, 30 May 2017

Steamboat & Grill Kambing di Ngences Giga, Setiawangsa Kuala Lumpur




Assalamualaikum & Hello semua... Steamboat & Grill Kambing di Ngences Giga, Setiawangsa Kuala Lumpur | Buat anda yang menggemari steamboat & grill terutama berasaskan daging kambing korang boleh singgah ke Ngences Giga di AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur... Kebiasaan nya kalau kita dengar Steamboat mestilah daripada seafood macam tu kan? Tapi kali ni dihidangkan daripada Daging Kambing sebagai menu utama... Oh My God memang menarik sangat ni sebab dila suka makan lamb... Kalau bawa ayah pun mesti licin abis ayah suka makan lamb juga... kebanyakan makanan kegemaran kami adalah sama... mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi nya... ewahhh.... gitewww !


Dila sangat cadangkan untuk korang semua mencuba menu  Steamboat & Grill hidangan daging kambing ni pasti korang akan makan sampai senget punya... ha ha ha ni adalah tagline yang diberi di Ngences Giga ... Ok kepala pun jadi senget naseb kami tak senget masa tu...  Tapi yang pasti memang sedap dan  pasti korang tak rugi makan kat sini... Memang berbaloi !






Di Ngences Giga terdapat 4 jenis perapan kambing yang dihidangkan iaitu Kambing Paprico , Kambing Blackpaper, Kambing Gingeria  dan Kambing Garlicano . Dila berpeluang untuk merasakan kesemua jenis perapan kambing ni memang sangat sedap siap makan sampai kenyang lagi... Korang juga boleh cuba... 





Tidak lupa juga dengan menu asas steamboat disini terdapat juga pelbagai jenis bebola yang orang boleh grill or nak rebus dengan kuah... Terdapat dua jenis kuah utama iaitu kuah sup dan kuah tomyam... Dila prefer kalau korang penggemar makan pedas-pedas boleh jamu dengan kuah tom yam... Bila dah siap rebus tu makan dengan kuah dia memang sedap... Dan kalau korang grill boleh cicah dengan sos-sos yang dipelbagaikan...


Untuk pengetahuan semua di Ngences Giga korang boleh makan secara buffet so korang boleh datang sini bersama keluarga or nak makan dengan kawan-kawan memang tak rugi u alls... Kat sini memang meriah je... Selain tu tempat juga selesa dan luas...  


Harga yang ditawarkan di Ngences Giga, Setiawangsa.

Harganya memang sangat berbaloi dan pasti nya tak rugi sebab korang boleh makan sampai senget disini 

RM29.90 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)

Sempena Bulan Ramadhan pula harga di Ngences Giga termasuk buffet 

RM40 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)


Waktu Beroperasi Di Ngences Giga, Setiawangsa.

Waktu Biasa :

Isnin - Jumaat - 4.00 PM hingga 12.00 AM

Sabtu - Ahad - 2.00PM hingga 12.00 AM

Sempena Bulan Ramdhan :

Setiap hari - 5.00 PM hingga 12.00 AM



Untuk Maklumat lanjut sila layari :-

Faceboook Ngences Giga
facebook.com/RestoranNgences

Instagram Ngences Giga
instagram.com/ngencesgiga

Boleh hubungi di talian ini jika ingin buat sebarang tempahan 
011 2668 5187

Alamat Restoran Ngences Giga
No.21, Jalan 24/56 , Setawangsa ,
54200 Kuala Lumpur, Malaysia.




 Enjoy Tummy ! 

Kalau dah cuba jangan lupa kongsikan gambar anda di media sosial berserta dengan
#Hashtag #NgencesGiga #MakanSampaiSenget 

Terima kasih kerana sudi membaca ...


Read More...

Friday, 26 May 2017

First Ramadhan 2017

Pada 27 May 2017 , menunjukkan jam 5.40 am, bila azan Subuh bergema menandakan hari pertama kita berpuasa pada tahun 2017 ni... Hey semua... Dila masih berjaga lagi nak menunggu subuh dan nak siapkan kerja yang untuk diselesaikan... Nak cek email, nak listkan entry mana yang masih tertangguh lagi... Oh kalau boleh nak siapkan awal-awal taknak tangguh-tangguhkan lagi... Semoga bulan Ramadhan ni dapat Dila kongsikan cerita yang lebih bermanfaat untuk semua....

Oh ya.. Btw tadi u ols makan apa?Erm jangan makan ye ye sangat ok kalau boleh makan ikut sunnah makan sebelum kenyang... Jangan lupa amalkan makan kurma dan minum air masak banyak untuk lebih kuat dan bertenaga ok semua.... Jangan sambung tidur sampai lupa subuh... Hihi

Berharap bulan Ramadhan ni adalah bulan paling bermakna untuk kita semua dan sama-sama kita perbetulkan diri ... Semoga dirahmati olehnya... Amin



Read More...

Tuesday, 23 May 2017

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017


Assalamualaikum & Hai semua... Awal Dilla sampai SBB tahun 2017... Sepetang Bersama Blogger dianjurkan oleh Denaihati Network... Tahun ni merupakan tahun kedua Dilla join Sepetang Bersama Blogger... Masa tahun 2016 Dila pergi pun Blogger ienaeliena yang ajak dila dan dia juga memperkenalkan tentang SBB...

Di Sepetang Bersama Blogger merupakan satu majlis dimana semua blogger akan dikumpulkan... Yang menarik dila dapat kenalan daripada blogger Indonesia , owner produk juga turut hadir semasa di SBB...

Di SBB terdapat turut juga dapat perkongsian tentang tips berblogging selain tu banyak tips yang dikongsikan oleh Blogger kita iaitu mahamahu.com & ciklilyputih.blogspot.com

Kali ni dapat jumpa dengan rakan blogger dari pelbagai daerah .... Yang paling best dapat juga kenal dengan blogger daripada Indonesia... Malah yang hadir juga bukan daripada kalangan  blogger produk owner juga ada yang hadir tau... Untunggg nya dapat join SBB kali ni...

Yang paling best bila dapat kenal-kenal dengan blogger sambil tukan-tukar bisness card tu... sambil tu kita kembang kan networking... 

Dimana sebelum ni kebanyakannya kita tegur dialam maya tapi kalini kita jumpa realiti... Ok seronok kenal dengan mereka semua...


Sambil tu sempat juga dila bergambar dengan rakan blogger... 
























Read More...

Asam pedas Hipster


Hipster tak hipster... Haaa jangan main-main ye biasa korang makan asam pedas kat warung or Restoran kan? Yang best tadi Dila masuk Kafe Asam Pedas yang berkonsepkan hipster... Kedai tu di bersebelahan Tesco Ampang , kat sebelah Kk Home Deco... Dila saje nak try makan kat sini... Masakan dia memang best Asam pedas dia...


Ok aku begitu teruja bila masuk tadi... dengan suasana santai chill ok makan kat sini... 







Happy Tummy ok...
Read More...

Monday, 22 May 2017

Selamat pengantin baru Aiin Azlan aka Evi

Dari kiri ... Dilla , Tasha . Evi & rara

Selamat pengantin baru Evi & suami... Akhirnya kahwin juga kawan aku sorang ni... Tahniah Evi... 

Kami memang rapat walaupun jarang jumpa aku rajin je nak call.. Kadang-kadang aku yang macam biskut...  Sekejap ada sekejap ada...

Citer dia dulu kan ramai orang ingat aku akan kawen dulu, lepas tu tasha then avi or rara... End up orang yang tak disangka-sangka akan kawen dulu... Oh hebat kan kuasa Allah... Jodoh tu semua rahsia dia... Apa pun aku doakan kawan-kawan aku sentiasa happy bersama orang tersayang... Amin ... semoga kekal sampai ke anak cucu ye korang semua...

Citer dia minggu ni aku dah plan taknak pergi mana-mana... nak spend time dengan korang je... rara pulak dah stay rumah aku nak g wedding evi,,, tetiba kawan aku si comel tasha ni pergi buat hal pulak.. haa dia ingat wedding evi tu Ahad minggu depan dia pun punya excited amek cutti minggu depan... Ok itu sangat comel... tak dapat nak spend time lama sikit... 

Tak apa next time k haa tunggu lah i punya date... 




Read More...

Sunday, 21 May 2017

Aku tak kisah

Aku seorang jenis yang tak kisah,
Aku sejenis tak kisah orang nak cakap aku ni tak ada perasaan,
Aku tahu siapa diri aku,
So aku tak kisah,

Kadang-kadang orang suka ambil kesempatan disebabkan aku ni sejenis tak kisah,
Aku perasan , Tapi aku buat tak kisah,
Aku berpura-pura tak tahu & tak ambih kisah,
Sampai orang tegur aku tak boleh ambil tak kisah orang ambil kesempatan kat aku,
Tapi aku buat tak kisah...
Aku bukan bodoh sebab tak ambil kisah,
Aku cuma nak nak belajar daripada pengalaman,
Tapi mungkin disebabkan aku jenis tak kisah orang senang nak memperbodohkan aku,
Tapi aku perati je dan sambil buat tak kisah,


Bagi aku in Sha Allah ada hikmahnya sebab aku nak belajar dengan gelagat orang... Macam-macam orang ada... 

Its ok, im flexiable person... Enjoy life

Read More...

Saturday, 20 May 2017

Persiapan Sempena menyambut Hari Raya dengan Dettol dan Air Wiks


Persiapan Sempena Menyambut Hari Raya dengan Dettol dan Air Wiks. Assalamualaimum & Hallo semua... Tak sabar kita nak sambut bulan puasa ni... Dah buat preparation hari raya ke belum tu? Dila nak share kepada semua pembaca berkenaan dengan persiapan raya dengan pembersih dettol & Air Wiks yang mengekalkan harum di Hari di mulia nanti...

Sempena bulam Ramadhan ni pasti semua sangat sibuk dengan persiapan hari raya , nak hias rumah, baju raya, persiapan berbuka puasa tak lupa juga dengan kuih raya... Korang kalau nak jimat pasti akan buat kuih raya sendiri dan pastinya sibuk untuk mencari menu-menu terbaru yang pasti nya lah nak cari menu yang menarik untik dihidangkan untuk tetamu....

Haaa bukan tu saje korang jangan lupa untuk layari Facebook Dettol Malaysia juga bagi peluang untuk mendapatkan Resepi koleksi khas daripada Chef Anis Nabilah,


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3.


Dettol dan Air Wick
Kekal Bersih dan Harum di Lebaran Ini

Selangor, 20 April 2017 – Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.

Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri!

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia.

Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3.

Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka  kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.    

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,”  kata Tang.

 Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”

Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.

*Nota kepada para blogger: Kongsilah pertandingan ini di blog anda dan berpeluang untuk membuat kuih raya dengan Chef Anis Nabilah! Dua blogger bertuah akan dipilih.


Mengenai Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baharu dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.


Mengenai Air Wick

Air Wick mula menawarkan produk wangian rumah pada tahun 1943 di Amerika Syarikat. Jenama tersebut kemudiannya berkembang pada tahun 1953 sehinggalah ke Eropah, Kanada, dan Australia. Kini, produk Air Wick boleh didapati di lebih daripada 60 buah negara termasuklah Malaysia. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis wangian rumah, termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera, gel aroma, dan banyak lagi. Wangian rumahnya juga merangkumi pelbagai jenis, dari wangian bunga hinggalah ke wangian segar, lavender, sitrus dan banyak lagi. Air Wick memastikan rumah anda sentiasa segar, wangi, serta melambangkan personaliti tuan rumah.

Read More...

Wednesday, 17 May 2017

Asianic Bersiaran Di Radio Bernama FM 93.9


Assalamualaikum & Hallo guys... Buat followers page Asianic Halal... Untuk pengetahuan semua Asianic Halal telah bersiaran Di Radio Bernama FM 93.9  pada 15 May 2017 ... Asianic Halal telah mengadakan contest pemenang hari ibu dan telah dipromosikan di Radio Bernama... Ramai juga tau yang dah join...




Dila sebagai pihak marketing di syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd sangat bangga dengan yakin produk Asianic boleh pergi jauh... Alhamdulillah pihak media juga sangat yakin dengan produk Skin Care Asianic Halal...

Selama Dila bekerja bersama syarikat sekarang ni berpeluang juga untuk memasuki ke station radio... Kalau sebelum ni Berpeluang masuk ke Asyik FM untuk kali pertama... Pernah juga jejak ke Trax Fm buat kali kedua... Genap tahun kedua dila jejak ke Radio Bernama untuk mempromosikan produk penjagaan diri Asianic yang dipromosikan oleh Puan Leny Adam selaku Pengarah  pemasaran Syarikat Wonderland Primary S/b... Minggu lepas juga Asianic Halal telah bersiar di Bernama TV... 

Kepada pengikut setia Asianic Halal yang terlepas siaran radio Bernama boleh tengok secara live juga ya bagi mengikuti perkembangan Asianic Halal...:) Lepas ni akan ada lagi contest :)




Kepada yang ingin mencuba produk skincare Asianic Halal boleh dapatkan di Aeon Big, Aeon wellness, Guardian, Giant. Untuk dapatkan di talian boleh dapatkan di Lazada , 11 street & Aladdin Street...

Selamat berspa ye.. Jangan lupa mengikuti perkembangan Asianic Halal...

Terima kasih kerana membaca....

Read More...