Friday, 12 May 2017

Masakan Thailand tanpa MSG di Restoran Rong Seri Bangi



Assalamualaikum & Hallo peeps...Masakan Thailand tanpa MSG di Restoran Rong Seri Bangi.  Pasti ramai pembaca disini suka dengan masakan Thailand kan? Antara masakan Thai paling popular mesti lah Tomyam betul? Haaa memang terliur lah dengar makanan Tomyam dengan rasa masam-masam pedas dia gitew... Memang terbaiklah...  Dila bersama rakan blogger berpeluang untuk merasakan masakan Thailand yang enak di Restoran Rong Seri Bangi yang terletak di Kajang...  So Dila akan ceritakan sikit pengalaman Dila masa makan kat sana.... 

Suasana Restoran Rong Seri Bangi
Selamat menjamu Selera

Macam ada kat Thailand je

Bersantai bersama rakan blogger di Restoran Rong Seri Bangi
Masa sampai je di Restoran Rong Seri Bangi Dila suka dengan suasana kampung dengan bunyi cengkerik ditengah-tengah malam memang tenang je dengan suasana kat sana... Sesuai sangat untuk kita dinner bersama keluarga dengan suasana santai dan restorannya yang luas... Masa sampai je kami diberi layanan yang baik oleh staff-staff di Restoran tersebut...

Restoran Seri Bangi merupakan salah satu Restoran yang menghidangkan masakan Thailand khas daripada Chiang Mai. Di Chiang Mai adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong Okay mula-mula sampai disana rasa macam banyak benda Dila nak order nak itu nak ini... Ha ha... Tapi yang pastinya menu Tom Yam tu mesti ada tau... Tu antara Kesukaan Dila dan pastinya menu tu wajib ada... Haraplah Tom Yam nya pedas gitew....

Sementara menunggu menu kami sempat berbual dengan owner Restoran tersebut oh rupanya Restoran Rong Seri Bangi baru lagi beroperasi iaitu pada 15 Ogos 2016 pada tahun lepas... Tapi macam dah lama ye ramai betul pengunjung yang hadir meriah je... Hmm of course lah mana nak dapat rasa masakan pure Thailand ni... Huuu tak sabar nak makan perut dah berdendang dah time tu... Seriously Dila suka dengan masakan Thailand... Kami menunggu dengan tak sabarnya...

Restoran Rong Seri Bangi merupakan masakan pure Thailand Utara yang berasal daripada Chiang Mai... Kalau di Chiang Mai susah nak dapat makanan halal korang tak perlu risau kerana di Restoran Rong Seri Bangi antara masakan Thailand Utara yang dijamin halal dan bersih... Semasa makanan dah sampai terdapat pelbagai menu yang dihidangkan kami pun menjamu hidangan tersebut... Yesss rasa dia sama seperti di Thailand... Tak perlu pergi jauh-jauh untuk merasakan masakan pure Thailand next time boleh pergi di sini lagi... Buat semua pembaca yang teringin nak makan masakan pure Thailand Dila cadangkan boleh datang ke Restoran Rong Seri Bangi di Sungai Ramal , Kajang ni ye.... Memang rasa dia mantap... Semua makan dengan berselera...

Dila nak kongsikan sikit antara makanan yang dihidangkan....



ButterPrown 

Sotong Telur Masam



Tom Yam Chiang Mai

Ikan Siakap Rong Seri



Untuk pengetahuan korang semua, di Restoran Rong Seri Bangi antara masakan yang bebas MSG (Monosodium glutamate)... Haaa tahu tak apa dia bebas MSG tu? MSG adalah perasa tambahan untuk penambah sedap masakan... Kalau korang pergi ke Restoran lain terdapat penambah sedap masakan tapi disini antara masakan yang asli tanpa penambah sedap... Seperti bahan penambah sedap adalah ajinamoto... Untuk pengetahuan semua ... Kalau kita kerap letak penambah rasa sedap pada makanan tidak elok buat kesihatan kita.... Contohnya penambah sedap boleh mengakibatkan kita ada sakit kepala, keguguran rambut selain tu ia tidak elok buat IQ kita... So memang makanan kat Restoran Rong Seri Bangi antara masakan yang bagus dan berkualiti . Selain tu ia betul-betul masakan yang original tanpa bahan MSG  ... Amalkan lah makanan bebas MSG dalam kehidupan kita.. Kerana makanan sihat minda cerdas... hihihi...

Btw, totally dila memang puas dengan masakan di Restoran Rong Seri Bangi, memang masakan dia semua sedap-sedap yang paling Dila suka adalah Ikan Siakap Rong Seri memang sedap sangat semua cukup rasa... Dengan kuah Tom Yam dia Tip Top pedas dan kuah dia masam-masam memang sama macam kat Thailand u alls tak perlu pergi jauh-jauh lagi... Kalau di Restoran lain Tom Yam dia banyak sayur kan? Tapi kat sini penuh dengan Udang, Ketam , Lala semua... Ehhh memang puas hati lah... Anggaran harga makanan dalam gambar ni semua adalah start daripada RM70 keatas... Memang berbaloi u alls... Semua lengkap dengan ada Sotong Telur Masam , Butter Prawn... dengan lengkap ada sayur-sayur lagi...Nanti singgah k...

Siput Laut Rebus
Okay... kenapa tetiba gambar ni bawah sekali ek? Untuk pegetahuan semua ini adalah Siput laut Rebus yang dihidangkan di Restoran Rong Seri Bangi... Huuu... memang rasa macam rare je makan siput laut ni. Ni antara makanan ekzotik.. Macam tak percaya je dila makan , biasa kita makan siput tanah masak lomak... hehe yang tu saiz dia kecik je,,, first time makan siput laut ni rasa dia memang not bad... sedap kalau cicah dengan sos...Korang boleh try ye... haha masa ni failed betul nak keluarkan isi siput keluar dari cengkerang tu...

Haha... ada peristiwa disebalik tabir masa makan siput tu...Apa yang ada kat tangan kitorang tu Siput laut... Nanti boleh tengok video daripada blogger www.khairuliskandartajuddin.blogspot.com ... Hehe...




Nanti boleh singgah sini ye...


Happy Tummy :)

Untuk maklumat lanjut :

Operation 12pm-11 pm (Setiap hari)

Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan ABIM, Sg Ramal Dalam, Kajang.

Fb : rong seri bangi. 
IG : rong_seri bangi

Terima kasih kerana membaca... Kalau suka boleh share entry ni mana tahu next time nak pergi Restoran ni boleh rujuk ada blog Dila :)

Kredit picture blogger www.ienaeliena.com nanti boleh baca experience dia masa makan kat Restoran Rong Seri Bangi k...

1 comment:

  1. bagusnya masakan restoran ni sbb xde guna ajinamoto..yang paling menarik Tom Yam Chiang Mai tuu..aummm

    ReplyDelete