Monday, 1 May 2017

Rawatan facial di Beauté Library Complimentary , My Town



Assalamualaikum & Hallo peeps....

Tahukah anda? Kulit muka yang normal adalah terdapat 30% minyak dan 70% air...Inilah yang dikongsikan oleh beauty consultance semasa Dila membuat facial di Beaute Library Complimentary yang bertempat di pusat membeli belah My Town... Semenjak dua menjak ni muka Dila amat sensetif dengan kulit kering dan naik jerawat mujur diberi peluang untuk membuat facial di pusat spa Beaute  Library Complimentary... 

Dalam keadaan kulit yang kering ni adalah kerana dila kurang minum air suam... Air sangat penting dalam kehidupan seharian kita untuk kekal sihat dan bertenaga... Malah untuk mengekalkan kecantikan air suam juga sangat penting bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan bermaya...

Yes Dila memang sangat menitikberat tentang penjagaan kulit sebab tu dila lakukan rawatan facial... Pentingnya kita melakukan rawatan facial kerana kita dapat mempelajari cara kulit bagaimana ia bereaksi dengan stress atau pun hormon... Haa buat korang yang memang bermasalah dengan kulit muka disarankan untuk melakukan facial at least sebulan sekali . Dengan ber facial kulit kita akan menjadi seimbang dan membantu untuk membuangkan segala kotoran dan kulit mati yang terdapat pada kulit muka....

Ok... Dila nak kongsikan pengalaman Dila semasa melakukan rawatan facial di Beaute Library Complimetary. Kenapa kena buat rawata facial kat sini?

Haaa semasa sampai je kat sini disambut mesra oleh staff-staff.. Masa sampai mereka meminta ic untuk pendaftaran... Sementara menunggu sesi pendaftaran marilah kita berfoto dulu... Sambil tu boleh tahu bagaimana suasasa di sini...


Dengan suasana santai beraircond dengan dihidangkan dengan teh boh panas sambil mendengar sesi penerangan tentang pentingnya penjagaan muka... Kemudian dipanggil untuk ke bilik konsultasi untuk analisis wajah... Dari situ kita boleh tahu apa masalah kulit muka kita... haaa muka nampak macam cantik bersih kan? bila dah scan semua kotoran boleh nampak... macam dila ada masalah blackhead & white head dengan kulit muka kering sekali... jadi dila disarankan untuk melakukan treatment facial bagi membersihkan kulit muka dan membuang segala kulit mati... Memang tip top service kat sini... Bukan main excited masa nak buat facial...


Selepas scan muka ... Dila dibawa ke bilik rawatan... Memang cantik dan selesa sangat bilik di Beaute Library Complimentary ni... Ok get ready nak mulakan facial.... 



Ok firstly Dila akan bercerita secara lanjut semasa Dila buat facial,,, mula-mula menyeramkan juga lah sebab jerawat tengah naik semalam pun ada jerawat yang dah letup secara tak sengaja... (ha ha ha) ish tak senonoh betul tapi tu lah nak taknak memang kene buat facial sebab muka memang tak bersih berapa lama dah tak ber facial...

Kali ni berpeluang juga buat rawatan facial di Beaute Library Complimentary... Memang Dila suka layanan mesra staff kat sini memang ramah je... masa ni lak kita dua-dua hyper talk dan layan je perangai Dila ni ... Sambil tu Dia terangkan step by step nak buat rawatan apa... Dengan suasana yang santai dan tiada gangguan beza lah buat facial kat rumah,,, hahaha.. Selain tu  Dila untung sangat sebab dapat staff yang picit-picit muka Dila sebab sangat mahir  takde nya nak nervous-nervous masa Dila terjerit masa picit nak keluarkan kotoran... haaa memang puas kau ! semua kotoran dah dikeluarkan,,, lagi-lagi pada bahagian hidung tu memang bersih sangat. semasa buat facial tu sempat juga tengok kotoran-kotoran yang dikeluarkan tu... nampak luaran muka je bersih... Tapi dalaman  tu sebenarnya banyak lagi kotoran-koran degil tu disebabkan hari-hari kita make up kan? 


Ok selepas picit-picit dan keluarkan segala kotoran juga kita ada sesi nak rest kan muka... time ni Dila tertidur pulak dah... haa nasib lah terlampau selesa sangat hakak ni sampai terlajak tidur ni... 
Dila suka selain rawatan facial ada juga service massage bahagian bahu dah tangan memang terbaik lah... sampai bahagian leher dibersihkan... 


Alhamdulillah setelah selesai membuat facial hasilnya sangat memuaskan memang dila bagi 9/10 servise disini... Buat semua pembaca dila memang cadangkan untuk yang mencari rawatan facial boleh dapatkan di Beaute Library Complimentary.... Memang sangat bagus dan sesuai buat facial disini... Nak tahu best macam mana boleh cuba servise disini ... In Sha Allah nanti nak facial kat sini lagi :)

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi :-

 Lot L2-09, Level 2 of MyTOWN Shopping Centre, 55100 Kuala Lumpur.

Hehe sambil tu boleh bershoping sekali kat sini ye :)

Boleh hubungi talian :-

Phone: +603 58911314 | HP: +6012 9261838 

Untuk maklumat lanjut mengenai service boleh klik pada link dibawah :-


8 comments:

  1. Thank ya rekomendasinya, in sha allah di bawa istri ke sana,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay nanti bisa bawa isteri kamu buat Facial :)

      Delete
  2. Happy tengok muka lepas buat facial hehehe.

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay memang happy sangat ! Tiada lagi kotoran pada muka...:)

      Delete
  3. Bestnya buat facial tx. Mak pun dah lama taktadah muka ni.

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak nanti sila tadah muka kat sini tau... Besut makkkk

      Delete
  4. macam best. boleh la try bwk wife ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nanti bawak lah Wife datang buat Facial kat beaute libraty di shooping mall maytown Cheras :)

      Delete