Tuesday, 30 May 2017

Steamboat & Grill Kambing di Ngences Giga, Setiawangsa Kuala Lumpur




Assalamualaikum & Hello semua... Steamboat & Grill Kambing di Ngences Giga, Setiawangsa Kuala Lumpur | Buat anda yang menggemari steamboat & grill terutama berasaskan daging kambing korang boleh singgah ke Ngences Giga di AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur... Kebiasaan nya kalau kita dengar Steamboat mestilah daripada seafood macam tu kan? Tapi kali ni dihidangkan daripada Daging Kambing sebagai menu utama... Oh My God memang menarik sangat ni sebab dila suka makan lamb... Kalau bawa ayah pun mesti licin abis ayah suka makan lamb juga... kebanyakan makanan kegemaran kami adalah sama... mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi nya... ewahhh.... gitewww !


Dila sangat cadangkan untuk korang semua mencuba menu  Steamboat & Grill hidangan daging kambing ni pasti korang akan makan sampai senget punya... ha ha ha ni adalah tagline yang diberi di Ngences Giga ... Ok kepala pun jadi senget naseb kami tak senget masa tu...  Tapi yang pasti memang sedap dan  pasti korang tak rugi makan kat sini... Memang berbaloi !






Di Ngences Giga terdapat 4 jenis perapan kambing yang dihidangkan iaitu Kambing Paprico , Kambing Blackpaper, Kambing Gingeria  dan Kambing Garlicano . Dila berpeluang untuk merasakan kesemua jenis perapan kambing ni memang sangat sedap siap makan sampai kenyang lagi... Korang juga boleh cuba... 





Tidak lupa juga dengan menu asas steamboat disini terdapat juga pelbagai jenis bebola yang orang boleh grill or nak rebus dengan kuah... Terdapat dua jenis kuah utama iaitu kuah sup dan kuah tomyam... Dila prefer kalau korang penggemar makan pedas-pedas boleh jamu dengan kuah tom yam... Bila dah siap rebus tu makan dengan kuah dia memang sedap... Dan kalau korang grill boleh cicah dengan sos-sos yang dipelbagaikan...


Untuk pengetahuan semua di Ngences Giga korang boleh makan secara buffet so korang boleh datang sini bersama keluarga or nak makan dengan kawan-kawan memang tak rugi u alls... Kat sini memang meriah je... Selain tu tempat juga selesa dan luas...  


Harga yang ditawarkan di Ngences Giga, Setiawangsa.

Harganya memang sangat berbaloi dan pasti nya tak rugi sebab korang boleh makan sampai senget disini 

RM29.90 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)

Sempena Bulan Ramadhan pula harga di Ngences Giga termasuk buffet 

RM40 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)


Waktu Beroperasi Di Ngences Giga, Setiawangsa.

Waktu Biasa :

Isnin - Jumaat - 4.00 PM hingga 12.00 AM

Sabtu - Ahad - 2.00PM hingga 12.00 AM

Sempena Bulan Ramdhan :

Setiap hari - 5.00 PM hingga 12.00 AM



Untuk Maklumat lanjut sila layari :-

Faceboook Ngences Giga
facebook.com/RestoranNgences

Instagram Ngences Giga
instagram.com/ngencesgiga

Boleh hubungi di talian ini jika ingin buat sebarang tempahan 
011 2668 5187

Alamat Restoran Ngences Giga
No.21, Jalan 24/56 , Setawangsa ,
54200 Kuala Lumpur, Malaysia.




 Enjoy Tummy ! 

Kalau dah cuba jangan lupa kongsikan gambar anda di media sosial berserta dengan
#Hashtag #NgencesGiga #MakanSampaiSenget 

Terima kasih kerana sudi membaca ...


4 comments:

  1. peminat kambing wajib cuba ni. nak repeat lagi nanti dengan family hehe

    ReplyDelete
  2. boleh try ni, nak ajak kawan-kawan p la

    ReplyDelete
  3. nyummy sedapnya..bila nk pergi lg ni :D

    ReplyDelete
  4. amboih.. sedap2 belaka aih makanan dalam gambo tu.. huhuhu

    ReplyDelete