Monday, 26 June 2017

Raya Kedua masih mood raya | Syawal 2017

Assalamualaikum & Hai semua... Harini kita rasa macam excited sangat nak pergi beraya wak... Ermm apa boleh buat kata hari raya... Haaa hari ni terasa macam balik kampung je walaupun masih didalam Malaysia... Layan lagu raya sambil drive lalu di laluan kelok-kelok bhai... Feeling-feeling sangat macam nak jalan jauh walaupun perjalanan lebih kurang 1 jam... Erm nak pergi kemana tu? Haaa sebenarnya kita nak pergi rumah sedara kita kat Batang Berjuntai kat kuala selangor tu... Dah lama tak jumpa sebenarnya sebab tu terasa sangat excited... 


Cantik tak awek kat sebelah kita tu nama di Fizah... Harini hakak betul-betul excited nak beraya rumah Fizah dah lama sangat tak jumpa sekarang semua dah besar dah... Fizah pun makin cantik tau... Macam tak abis borak lagi kan? ha ha ha... Yang best boleh pulak kita tersama tema harini warna gold sekali dengan cadar-cadar belakang tu... hehehe...


Btw nanti apa-apa keep in touch tau kalau datang KL roger-roger hehe,,, semoga sillaturrahim kita berpanjangan... Take care semua...

Dah besar makin cantik dan makin encem... 


Nah akak belanja gambar OOTD satu adik kat belakang tu tukang photoboom... hehehe...

Ni je untuk hari ni...

Mat ari aye cume... 
Read More...

Sunday, 25 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017


Assalamualaikum & Hi all... Meriah Dila tengok kawan-kawan buat preparation nak celebrate Hari Raya Aidilfitri... Dah 2 Syawal pun kan? Nak buat blogpost pun jadi macam krik krik je sebab busy buat itu ini banyak benda nak kene settel...Hope semua okay kan... So macam mana 1 syawal semalam? Haa mesti lah berkumpul dengan family dan keluarga tersayang ... Kirim salam kat semua tau cakap kita kirim salam...

Tahun ni kita beraya kat Ampang je pergi rumah saudara terdekat... Ampang jalan betul clear wak... KL pun sama... hihihi...Nak balik beraya kampung, kampung jauh... huhuhu sobs sobs... Hope next year dapat lah balik berkumpul kat sana... Tahun ni beraya dengan family kecil je... Rasa juga lah berhari raya entah kenapa tahun ni semangat betul nak beraya mungkin sebab lebih shooping... Tapi bukan lah untuk hari raya sangat sebenarnya... Semua beli untuk keperluan kerja... Almaklumlah orang jarang nak bershooping... Tak salah pun berbelanja untuk diri sendiri dan setahun sekali je...

Awak semua beraya mana tahun ni? Balik kampung mana? Harap semua ok ok tau semua semoga selamat jalan pergi balik awakkk... Safety drive...Raya-raya jugak jaga makan tau... Dila pun tengah nak pantang makan sikit sebab takleh nak makan daging masa hari raya lah susah nak buang air .. Hmm annoyong betul penyakit ni time time raya lah kena... Orang makan rendang kita kena makan sayur, sup dan buah-buah lebih... Tak apa lah dah Allah nak bagi sakit redha jelah...


Btw , ni baju dari Ariani beli kat Jakel masa dila cover event kat Jakel dila terus jatuh hati nak beli baju ni... Kali kedua g Jakel KL dila beli je tanpa berfikir panjang...huhuhu... Tak banyak gambar OOTD tahun ni... sebab takde orang nak amek kan gambar buah hati dok jauh... hahaha nak harapkan mama ayah amek gambar memang nampak kabur lah , senget lah...ni pun minta adik sepupu amek kan... lalala~~~ 

Haaa Btw jemput datang beraya kat rumah tau kite ada je ni kat rumah wak jemput datang tau nanti kita kasi duit raya.... In Sha Allah...

Dila nak minta maaf kalau kalau ada terkasar bahasa, terbuat salah silap, tergores hati, dan segala ter lah... Maaf kan tau kita pun doa yang baik-baik je untuk semua pembaca...

Terima kasih kerana sudi membaca,,, Sayang korang semua...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Read More...

Monday, 19 June 2017

Program CSR Ramadhan 2017 bersama Yeos di Teratak Nur Barakah, Shah Alam


Assalamualaikum & Hallo semua... Alhamdulillah di bulan Ramadhan yang mulia ni berkesempatan untuk mengerjakan kerja amal. Terima kasih Yeos Malaysia kerana menjemput Dila menurut serta melibatkan diri dalam Kem Ramadhan Yeos iaitu program Corporate social responsibility (CSR) bersama anak-anak teratak Nur Barakah , Seksyen 2 , Shah Alam. Ini merupakan kali pertama Dila join aktiviti sebegini bersama Yeos Malaysia...



Masa sampai je kami berkumpul di kilang Yeos yang terletak di Shah Alam bersama rakan-rakan blogger yang lain untuk brieffing session... Waaa begitu excited kami semua yelaa first time jejak di Kilang terbesar Yeos sambil tu dapat kenal-kenal staff Yeos... wuuu dorang ni memang sporting abis... 

Kali ni kami rakan blogger dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu dan kumpulan dua... Dimana kami dibahagikan kerja masing-masing mengikut kumpulan yang ditetapkan... 


Yes dah sampai pun kami di kediaman Teratak Nur Barakah, Shah Alam... Terdapat 2 kediaman iaitu lelaki dan perempuan dan seramai 50 kanak-kanak yang kebanyakannya berumur 7 hingga 17 tahun. Mereka disekolah kan disekolah agama... Okay Dila begitu excited sekali nak jumpa anak-anak di Teratak Nur Barakah... Nanti akan ada aktiviti yang akan dilakukan bersama mereka... Haaa tak sabarnya...





Sampai je di Teratak Nur Baraka aktiviti pertama yang kami lakukan adalah mengemas kediaman lelaki dan perempuan disini... Dila dapat kumpulan kedua so group kami mengemas di rumah kanak-kanak perempuan juga berdekatan dengan rumah lelaki... Bukan blogger je yang melakukan aktiviti ni staff Yeos juga turun padang... Walaupun tengah-tengah panas dan penat tapi kami tetap semangat untuk mengemas almaklum lah tengah berpuasa... Lapar dahaga nak pitam semua ada masa ni lah Yeos ada didepan mata... Okay kami tunggu waktu berbuka je...



Aktiviti hari tersebut seua berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan... Selepas mengemas kami turut melakukan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak di sini.. Haa Dila suka tengok mereka mewarna semua kreatif-kreatif sangat... Teringat zaman sekolah dulu buat aktiviti macam ni...hihihi... Selepas melakukan aktiviti mewarna kami menyanyi berjemaah bersama anak-anak iaitu tajuk "Kalau rasa gembira tepuk tangan" ... Memang happy sangat masa ni... lagi-lagi masa lawan dengan team lelaki dan perempuan siap ada veris slow motion lagi...


Selepas tu turut mengadakan aktiviti berlakon sambil bercerita "kisah si burung Pipit" masa ni memang teruja masing-masing mendengar cerita daripada pihak Yeos dan dilakonkan sendiri oleh kanak-kanak disini dan pihak Yeos... Terdapat pelbagai watak... Memang pandai kanak-kanak disini berlakon comel je... 

Alhamdulillah aktiviti hari ni semua berjalan dengan lancar dan mereka semua kelihatan sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan.. Dila harap dengan aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan sillaturrahim dan ukhuwah... Banyak pengalaman yang kami dapat dengan melakukan aktiviti sebegini... Hope coming soon Yeos ada lagi aktiviti menarik bersama Yeos... 

Ok waktu berbuka puasa pun dah tiba... Memang tak sabar nak berbuka puasa bersama anak-anak disini bersama Yeos lagi penambah selera dan hilangkan dahaga waktu berbuka... :) Sebelum tu juga Yeos ada menyumbangkan bantuan Mock Cek bernilai RM1.6k kepada ustazah bagi meringankan beban belanja anak-anak di Teratak Nur dan tidak lupa juga memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak disini... Kelihatan jelas gembira sangat mereka... Alhamdulillah...


Untuk maklumat lanjut mengenai Yeos Malaysia boleh mengikuti perkembangan di media sosial..
Jangan lupa follow :

Website : www.yeos.com.my

Read More...

Friday, 16 June 2017

Promosi produk Shurah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum & Hallo guys... Sebelum tu Dila nak memperkenalkan sedikit tentang produk Shurah..Shurah adalah jenama produk kecantikan dan penjagaan diri. Antara produk dibawah jenama Shurah yang paling dikenali adalah pencuci muka, Shampoo , Pencuci tangan , Gel rambut, pencuci wanita dan terdapat juga minyak rambut zaitun terdapat banyak lagi produk dibawah jenama Shurah ni... Kalau pergi ke hypermarket or supermarket bersepah-sepah produk Shurah ni... Dila juga guna produk Shurah....

Berita baik buat pengguna dan pengikut setia Shurah. Kini Shurah telah mengadakan kempen "Tradisi Diabadi, seikhlas Aidilfitri Bersama Shurah" yang telah pun bermula pada 25 Mei dan kempen ini akan berakhir pada 15 Julai iaitu jatuh pada hari sabtu minggu ketiga bulan 7 ni... So buat pengguna dan pengikut setia Shurah belum terlambat lagi untuk menyertai kempen ni kay... no worries~~(^~^)

Antara kempen yang diadakan adalah para pembeli berpeluang untuk memenangi dua jenis ole-ole istimewa sempena raya dari Shurah dengan hanya membeli produk Shurah bernilai RM20 keatas anda berpeluang memiliki sebuah beg Potpourri secara percuma. 




Manakala bagi pembelian bernilai RM115 pula, anda akan dapat sampul raya istimewa dari Shurah... Rujukan adalah seperti gambar diatas ye guys... hihihi


Selain tu, Shurah juga menawarkan dua jenis pek khas untuk Aidilfitri iaitu Pek berbentuk Eksklusif Raya dak Pek Bonus Raya... Haaa harga nya pasti buat anda semua excited....

Pembersih muka susu kambing
Pembersih muka Shurah Buah Delima dan papaya
Pembersih muka Shurah Gamat dan timun
Pencuci Tangan Shurah
Pek Eksklusif Raya :
  1. Pembersih Muka Shurah 100g (Susu Kambing) dan Shurah Cucian Tangan 30ml
  2. Pembersih Muka Shurah 100g (Buah Delima & Papaya) dan Shurah Cucian Tangan 30ml
  3. Pembersih Muka Shurah 100g (Gamat & Timun) dan Shurah Cucian Tangan 30ml



Pek Bonus Raya :
  1.  Shurah Pembersih Peribadi Wanita  250ml (Ekstra 25%) dan kacip Fatimah / Manjakani
  2.  Shurah Gel rambut 200ml (Ekstra 33%)
  3.  Shurah Minyak Zaitun 200ml (Ekstra 33%)

Amacam menarik sangat kan? Dila pun macam nak join kempen yang Shurah anjurkan ni sebab Dila juga antara pengguna Shurah tapi pakai Shampoo je suka sebab shampoo dia wangi tahan lama buat rambut lembut takde lagi tersekat diskala 6 okay...gitewww!!!

So guys apa tunggu lagi? Cepat-cepat pergi ke supermarket atau hypermarket berdekatan sekarang... Dapatkan produk Yakin dan Suci dari Shurah sekarang okay... 

Untuk maklumat lanjut boleh follow media sosial :

Instagram : @ShurahMalaysia

dan boleh layari Web Shurah Malaysia :-

Klik link ni http://www.jetaine.com

Stay tuned bersama Shurah Malaysia sebab lepas ni terdapat aktiviti-aktiviti yang lebih menarik yang akan diadakan oleh Shurah ...

Lagi satu kalau dah beli produk Shurah jangan lupa kongsikan pengalaman anda mengenai produk Shurah dan letak hashtag 

 #shurahmalaysia #shurahmy #yakindansuci #seikhlasaidilfitrishurah

Btw Happy Shooping u alls dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Terima kasih kerana membaca... 
Read More...

Saturday, 10 June 2017

Jakel Barulah Raya tampilkan 10 Duta dengan Diskaun sehingga 85%

Assalamualaikum & hi semua... Selamat berpuasa semua pejam celik pejam celik bulan syawal pun tak lama lagi menjelang tiba... So korang dah prepare baju raya belum? Okay Dila tahu mesti korang semua rambang mata sebab sekarang dah macam-macam fesyen baju untuk hari raya dikeluarkan... Harga pun memang tak mampu milik sampai baju harga RM300 keatas... Okay Dila nak kongsikan mana nak dapatkan baju raya yang cantik-cantik pastinya harga pun mampu milik untuk semua... Dila pasti korang akan happy lepas baca Dila punya story ni...



Berita baik buat semua ,kini Jakel barulah Raya menampilkan sekali lagi selebriti duta JAKEL bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sembang santai menampilkan juga Duta Raya tahun ini Aaron Aziz , Nabil Ahmad , Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Antara Duta baru Jakel Raya tahun ini Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan ada juga koleksi Upin dan Ipin.


Apa yang menarik tentang Jakel adalah Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk menjaminkan kepuasan pelanggan sentiasa terjaga dan berpuas hati dengan fesyen yang ditawarkan oleh jakel yang sentiasa up to date mengikut fesyen terkini... Yes... dengan pemilihan duta raya 2017 sangat tepat mengikut keadaan semasa... Malah koleksi kain pada tahun ini sangat memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden... Ia sangat memahami keinginan pelanggan dan sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk penggemar fabrik. 


Jualan Murah Sempena Hari Raya

Berita baik sekali lagi ... Sempena meyambut bulan yang mulia ini ada bulan Ramadhan dan Syawal yang tak lama lagi bakal menjelang tiba Jakel menawarkan kepada pelanggan yang ingin berbelanja di JAKEL korang bakal menikmati HARGA RUNTUH. Jakel mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk koleksi baju raya pada tahun ni... Apa lagi cepat-cepat kayh singgah Jakel... Jualan hebat ni akan berlangsung sehingga malam raya akan memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat... Malah ia membantu pelanggan mendapatkan koleksi yang terbaik yang pasti pelanggan semua berpuas hati dengan koleksi-koleksi terkini dengan harga berpatutan... 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan adalah serendah RM89 dan lebih menarik lagi pelanggan diberi samping baju melayu secara percuma berserta butang percuma dengan hanya membeli sehelai baju melayu... Memang menarik sangat kan? Malah tahun ni Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan secara ringkas ketika berhari raya dan nampak lebih segak lagi dengan hanya mengenakan kurta dari Jakel... 

Baju kurung wanita pula dijual dengan harga bermula RM79 sepasang. Sekali gus dengan ada duta kecil iaitu Lara Alana... Pada tahun ni edisi Jakel lengkap dengan duta kecil iaitu Yusuf Iskandar... Menarik juga pakaian raya kanak-kanak menawarkan harga bermula RM39.... Memang menarik betul Dila juga teringin nak menggayakan baju raya daripada Jakel... :)


Koleksi Baju Melayu


Terdapat dua jenis koleksi baju melayu iaitu koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad... Koleksi baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher , poket dan motif bercorak. Keistimewaan koleksi Aaron Aziz sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna.Manakala warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan tahun ni adalah warna pastel. Korang nak feeling2 macam Aaron Aziz tu jangan lupa dapatkan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz tau.... 

Manakala koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden komtemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju yang ditawarkan dengan harga yang yang berbeza bergantung ada rekaan dan kualiti... Bagaimana pun koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad adalah harga mampu milik. 





Koleksi Kurta

Terdapat koleksi kurta dibawah nama Awal Ashaari dan juga Hairul Azreen merupakan keluaran terbaru daripada Jakel. Koleksi Kurta ini sangat selesa dipakai dan mesra wuduk dimana ia boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna yang dihasilkan bagi setiap kurta.

Picture Miszrocker

Baju Kurung Ayda Jebat

Baju kurung Ayda Jebat berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa wanita. Baju ini sesuai dipakai buat golongan remaja dan juga dewasa... Konsep Ayda jebat yang memfokuskan kesederhanaan dalam penggayaan tetapi masih mengekalkan elemen glamourous dan bersesuaian mengikut trend semasa. 


Koleksi Kanak-kanak

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan jenama upin ipin yang diolah dengan rekaan baju melayu bercorak. Untuk pembelian baju melayu buat anak-anak bakal dapat samping dan butang baju melayu secara percuma. Selain daripada Upin Ipin turut juga terdapat baju kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusof Iskandar... Ahha nampak lucu dan comel kalau dapatkan baju kanak-kanak daripada Jakel... 

Berkonsepkan kekeluargaan 

Untuk mendapatkan konsep kekeluargaan , Jakel turut mengeluarkan koleksi tersebut dengan koleksi Schawalara dan koleksi Hanis, Hairul dan Yusof... Koleksi ini direka dengan warna dan design yang sedondon bagi mewujudkan lagi suasana riang dihari raya bersama keluarga tersayang...


Koleksi Schawalara

  1. Awal Ashaari
Buat korang yang menginginkan penampilan ringkas. Kini koleksi kurta dibawah jenama Awal Ashaari direka khas dengan kekemasan pada leher , poket dan motif warna. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan lebih menarik lagi pelanggan boleh mendapatkan sampin dan butang baju melayu secara percuma dengan mendapatkan koleksi Awal Ashaari.\


2. Scha Al-Yahya

Koleksi baju kurung Scha Al-Yahya  , fabrik yang digunakan bagi menghasilkan koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon , lace dan banyak lagi. Koleksi baju kurung Scha Al-Yahya ini terdapat harga yang berbeza dengan harga yang berpatutan bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana Jakel mempunyai beberaa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemas dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik , perincian lace dan pemainan dari segi ''cutting'' supaya dia lebih nampak menarik. 

3, Lara Alana

Bagi merealisasikan kekeluargaan tidak ketinggalan juga Jakel mengeluarkan koleksi buat sikecil dibawah jenama Lara Alana sebagai koleksi kanak-kanak perempuan. 

Koleksi Lara Alana mengeluarkan lebih daripada 20 rekaan dengan menggunakan fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kualiti kanak-kanak... Buat ibu bapa yang ingin anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana boleh dapatkan koleksi ini ya... :)



Koleksi Hanis Zalikha , Hairul & Yusof Iskandar

Istimewa hari raya tahun ini. Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha , Hairul Azreen dan si kecil Yusof Iskandar. Pasti lah ramai yang meminati keluarga ini yang sering mendapat perhatian di laman sosial... Jum Dila perkenalkan pakaian daripada Hanis, Hairul &si kecil Yusof.

1.Hanis Zalikha

Kepada peminat Hanis Zalikha jangan lupa dapatkan koleksi Hanis di Jakel... Koleksi Hanis pasti memberi kepuasan kepada setiap pengguna dengan berkonsepkan elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi ini mendapat keistimewaan tersendiri.  Ia berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi mempunyai warna yang berbeza dengan fabrik yang sangat selesa dan setiap jahitan sangat kemas . Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Dari segi harga juga sangat mampu milik untuk semua.

2. Hairul Azreen

Koleksi baju Melayu Hairul Azreen diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden dan bahagian tepi diberi potongan tepi.Terdapat poket dibahagian dikiri dada. Selain itu keluaran kurta ini bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan.

3. Yusof Iskandar

Keceriaan tahun ini diserikan lagi dengan koleksi pakaian si kecil comel Yusof Iskandar. Buat anda yang ingin mendapatkan koleksi si kecil boleh dapatkan ia dicawangan Jakel.  Baju Yusof ini bercirikan kasual yang dihasilkan bermotifkan potongan leher "round rock" ia sangat selesa dipakai... Selain tu penggunaak fabrik cotton yang bermutu  tinggi ia sesuai buat semua kanak-kanak... 

Cepat-cepat serbu cawangan Jakel berdekatan anda... Pasti anda semua berpuas hati dan enjoy dihari raya tak rugi memilih baju raya dari Jakel... Ok masa dila datang ke  Jakel Shah Alam memang meriah dengan kehadiran artis yang disayangi ramai... 

Cepat-cepat serbu kay...Kini Jakel mempunyai 18 cawangan... Boleh datang dicawangan yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan koleksi baju raya tahu ni...






Apa pun tak lupa Dila nak ucapkan "Selamat Hari Raya " kepada semua pembaca www.dillaleez.com ...  Terima kasih kerana membaca...

Sekian,
Read More...

Wednesday, 7 June 2017

Clozette Tea Party 2017


Hai Hai to all beauty... How are you weekend? By the way Dila nak ceritakan tentang baru-baru ni dila hadir ke event Clozette Tea Party 2017 bertempatkan di Happ Cafe , Damansara. Dila tak lepaskan peluang untuk menghadirkan ke beauty event... Di event tersebut banyak berkongsikan tentang kecantikan diri... Sebagai wanita pastinya Dila sangat menitik berat  tentang kecantikan... Kecantikan juga adalah separuh daripada iman...

Pastinya masa di event tersebut dila jumpa dengan rakan-rakan yang sangat cantik... Oh My God untung sangat dapat kenal dengan mereka pastinya dapat berkongsi tips tentang kecantikan.... Turut ramai juga rakan blogger yang hadir di majlis tersebut... Ramai antara Chinese & Malay beauty blogger yang hadir...

Masa sampai di event tersebut pastinya terdapat makanan yang menarik yang dihidangkan



Untuk menjaga kecantikan di event ini turut memberi penerangan tentang penjagaan kulit muka... Pastinya Produk Senka Skincare turut berkongsi tentang kecantikan...




Masa ni Dila dan rakan blogger dapat produk Senka dalam bos ada bunga tu... wowww semua muka teruja je nak bergambar lah... Boomerang lah... Apa yang menarik sangat tentang produk Senka sangat ni kan... ?




Masa ni tengah nak ceritakan serba serbi tentang penggunaan produk senka dan sedikit tutorial... Semua macam excited sangat ni... Korang ada yang dah guna ke produk Senka?


Masa di Clozette Tea Party bukan terdapat sahaja share tentang produk Senka... masa tu kami ber party satu hari semua tentang kecantikan... Tentang penjagaan diri wanita, dari segala aspek sekali... dalaman, luaran, hujung rambut hingga kehujung kaki... wowww... 


Haaa ada jugak lah nak buat kuku... boleh colour-colour , nak kilat kan sekali pun boleh... 
:) 



Hope next year ada lagi party macam ni lagi :) Kali ni takkan lepaskan peluang lagi... 



Read More...