Saturday, 10 June 2017

Jakel Barulah Raya tampilkan 10 Duta dengan Diskaun sehingga 85%

Assalamualaikum & hi semua... Selamat berpuasa semua pejam celik pejam celik bulan syawal pun tak lama lagi menjelang tiba... So korang dah prepare baju raya belum? Okay Dila tahu mesti korang semua rambang mata sebab sekarang dah macam-macam fesyen baju untuk hari raya dikeluarkan... Harga pun memang tak mampu milik sampai baju harga RM300 keatas... Okay Dila nak kongsikan mana nak dapatkan baju raya yang cantik-cantik pastinya harga pun mampu milik untuk semua... Dila pasti korang akan happy lepas baca Dila punya story ni...



Berita baik buat semua ,kini Jakel barulah Raya menampilkan sekali lagi selebriti duta JAKEL bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sembang santai menampilkan juga Duta Raya tahun ini Aaron Aziz , Nabil Ahmad , Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Antara Duta baru Jakel Raya tahun ini Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan ada juga koleksi Upin dan Ipin.


Apa yang menarik tentang Jakel adalah Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk menjaminkan kepuasan pelanggan sentiasa terjaga dan berpuas hati dengan fesyen yang ditawarkan oleh jakel yang sentiasa up to date mengikut fesyen terkini... Yes... dengan pemilihan duta raya 2017 sangat tepat mengikut keadaan semasa... Malah koleksi kain pada tahun ini sangat memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden... Ia sangat memahami keinginan pelanggan dan sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk penggemar fabrik. 


Jualan Murah Sempena Hari Raya

Berita baik sekali lagi ... Sempena meyambut bulan yang mulia ini ada bulan Ramadhan dan Syawal yang tak lama lagi bakal menjelang tiba Jakel menawarkan kepada pelanggan yang ingin berbelanja di JAKEL korang bakal menikmati HARGA RUNTUH. Jakel mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk koleksi baju raya pada tahun ni... Apa lagi cepat-cepat kayh singgah Jakel... Jualan hebat ni akan berlangsung sehingga malam raya akan memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat... Malah ia membantu pelanggan mendapatkan koleksi yang terbaik yang pasti pelanggan semua berpuas hati dengan koleksi-koleksi terkini dengan harga berpatutan... 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan adalah serendah RM89 dan lebih menarik lagi pelanggan diberi samping baju melayu secara percuma berserta butang percuma dengan hanya membeli sehelai baju melayu... Memang menarik sangat kan? Malah tahun ni Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan secara ringkas ketika berhari raya dan nampak lebih segak lagi dengan hanya mengenakan kurta dari Jakel... 

Baju kurung wanita pula dijual dengan harga bermula RM79 sepasang. Sekali gus dengan ada duta kecil iaitu Lara Alana... Pada tahun ni edisi Jakel lengkap dengan duta kecil iaitu Yusuf Iskandar... Menarik juga pakaian raya kanak-kanak menawarkan harga bermula RM39.... Memang menarik betul Dila juga teringin nak menggayakan baju raya daripada Jakel... :)


Koleksi Baju Melayu


Terdapat dua jenis koleksi baju melayu iaitu koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad... Koleksi baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher , poket dan motif bercorak. Keistimewaan koleksi Aaron Aziz sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna.Manakala warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan tahun ni adalah warna pastel. Korang nak feeling2 macam Aaron Aziz tu jangan lupa dapatkan koleksi Baju Melayu Aaron Aziz tau.... 

Manakala koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden komtemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju yang ditawarkan dengan harga yang yang berbeza bergantung ada rekaan dan kualiti... Bagaimana pun koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad adalah harga mampu milik. 





Koleksi Kurta

Terdapat koleksi kurta dibawah nama Awal Ashaari dan juga Hairul Azreen merupakan keluaran terbaru daripada Jakel. Koleksi Kurta ini sangat selesa dipakai dan mesra wuduk dimana ia boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna yang dihasilkan bagi setiap kurta.

Picture Miszrocker

Baju Kurung Ayda Jebat

Baju kurung Ayda Jebat berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa wanita. Baju ini sesuai dipakai buat golongan remaja dan juga dewasa... Konsep Ayda jebat yang memfokuskan kesederhanaan dalam penggayaan tetapi masih mengekalkan elemen glamourous dan bersesuaian mengikut trend semasa. 


Koleksi Kanak-kanak

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan jenama upin ipin yang diolah dengan rekaan baju melayu bercorak. Untuk pembelian baju melayu buat anak-anak bakal dapat samping dan butang baju melayu secara percuma. Selain daripada Upin Ipin turut juga terdapat baju kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusof Iskandar... Ahha nampak lucu dan comel kalau dapatkan baju kanak-kanak daripada Jakel... 

Berkonsepkan kekeluargaan 

Untuk mendapatkan konsep kekeluargaan , Jakel turut mengeluarkan koleksi tersebut dengan koleksi Schawalara dan koleksi Hanis, Hairul dan Yusof... Koleksi ini direka dengan warna dan design yang sedondon bagi mewujudkan lagi suasana riang dihari raya bersama keluarga tersayang...


Koleksi Schawalara

  1. Awal Ashaari
Buat korang yang menginginkan penampilan ringkas. Kini koleksi kurta dibawah jenama Awal Ashaari direka khas dengan kekemasan pada leher , poket dan motif warna. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan lebih menarik lagi pelanggan boleh mendapatkan sampin dan butang baju melayu secara percuma dengan mendapatkan koleksi Awal Ashaari.\


2. Scha Al-Yahya

Koleksi baju kurung Scha Al-Yahya  , fabrik yang digunakan bagi menghasilkan koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon , lace dan banyak lagi. Koleksi baju kurung Scha Al-Yahya ini terdapat harga yang berbeza dengan harga yang berpatutan bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana Jakel mempunyai beberaa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemas dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik , perincian lace dan pemainan dari segi ''cutting'' supaya dia lebih nampak menarik. 

3, Lara Alana

Bagi merealisasikan kekeluargaan tidak ketinggalan juga Jakel mengeluarkan koleksi buat sikecil dibawah jenama Lara Alana sebagai koleksi kanak-kanak perempuan. 

Koleksi Lara Alana mengeluarkan lebih daripada 20 rekaan dengan menggunakan fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kualiti kanak-kanak... Buat ibu bapa yang ingin anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana boleh dapatkan koleksi ini ya... :)



Koleksi Hanis Zalikha , Hairul & Yusof Iskandar

Istimewa hari raya tahun ini. Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha , Hairul Azreen dan si kecil Yusof Iskandar. Pasti lah ramai yang meminati keluarga ini yang sering mendapat perhatian di laman sosial... Jum Dila perkenalkan pakaian daripada Hanis, Hairul &si kecil Yusof.

1.Hanis Zalikha

Kepada peminat Hanis Zalikha jangan lupa dapatkan koleksi Hanis di Jakel... Koleksi Hanis pasti memberi kepuasan kepada setiap pengguna dengan berkonsepkan elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi ini mendapat keistimewaan tersendiri.  Ia berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi mempunyai warna yang berbeza dengan fabrik yang sangat selesa dan setiap jahitan sangat kemas . Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Dari segi harga juga sangat mampu milik untuk semua.

2. Hairul Azreen

Koleksi baju Melayu Hairul Azreen diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden dan bahagian tepi diberi potongan tepi.Terdapat poket dibahagian dikiri dada. Selain itu keluaran kurta ini bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan.

3. Yusof Iskandar

Keceriaan tahun ini diserikan lagi dengan koleksi pakaian si kecil comel Yusof Iskandar. Buat anda yang ingin mendapatkan koleksi si kecil boleh dapatkan ia dicawangan Jakel.  Baju Yusof ini bercirikan kasual yang dihasilkan bermotifkan potongan leher "round rock" ia sangat selesa dipakai... Selain tu penggunaak fabrik cotton yang bermutu  tinggi ia sesuai buat semua kanak-kanak... 

Cepat-cepat serbu cawangan Jakel berdekatan anda... Pasti anda semua berpuas hati dan enjoy dihari raya tak rugi memilih baju raya dari Jakel... Ok masa dila datang ke  Jakel Shah Alam memang meriah dengan kehadiran artis yang disayangi ramai... 

Cepat-cepat serbu kay...Kini Jakel mempunyai 18 cawangan... Boleh datang dicawangan yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan koleksi baju raya tahu ni...






Apa pun tak lupa Dila nak ucapkan "Selamat Hari Raya " kepada semua pembaca www.dillaleez.com ...  Terima kasih kerana membaca...

Sekian,

3 comments:

  1. Minggu depan nak cari la baju satu dua kat Jakel ni.. cantik2 pula ena tengok.. tapi mesti sesak.. huaaaaa

    ReplyDelete
  2. comei sgt yusuf iskandar..tahun ni xde baju raya pun..uhuk

    ReplyDelete
  3. Tahun ni pakai baju raya semalam je ... Huhuhu

    ReplyDelete