Monday, 19 June 2017

Program CSR Ramadhan 2017 bersama Yeos di Teratak Nur Barakah, Shah Alam


Assalamualaikum & Hallo semua... Alhamdulillah di bulan Ramadhan yang mulia ni berkesempatan untuk mengerjakan kerja amal. Terima kasih Yeos Malaysia kerana menjemput Dila menurut serta melibatkan diri dalam Kem Ramadhan Yeos iaitu program Corporate social responsibility (CSR) bersama anak-anak teratak Nur Barakah , Seksyen 2 , Shah Alam. Ini merupakan kali pertama Dila join aktiviti sebegini bersama Yeos Malaysia...



Masa sampai je kami berkumpul di kilang Yeos yang terletak di Shah Alam bersama rakan-rakan blogger yang lain untuk brieffing session... Waaa begitu excited kami semua yelaa first time jejak di Kilang terbesar Yeos sambil tu dapat kenal-kenal staff Yeos... wuuu dorang ni memang sporting abis... 

Kali ni kami rakan blogger dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu dan kumpulan dua... Dimana kami dibahagikan kerja masing-masing mengikut kumpulan yang ditetapkan... 


Yes dah sampai pun kami di kediaman Teratak Nur Barakah, Shah Alam... Terdapat 2 kediaman iaitu lelaki dan perempuan dan seramai 50 kanak-kanak yang kebanyakannya berumur 7 hingga 17 tahun. Mereka disekolah kan disekolah agama... Okay Dila begitu excited sekali nak jumpa anak-anak di Teratak Nur Barakah... Nanti akan ada aktiviti yang akan dilakukan bersama mereka... Haaa tak sabarnya...





Sampai je di Teratak Nur Baraka aktiviti pertama yang kami lakukan adalah mengemas kediaman lelaki dan perempuan disini... Dila dapat kumpulan kedua so group kami mengemas di rumah kanak-kanak perempuan juga berdekatan dengan rumah lelaki... Bukan blogger je yang melakukan aktiviti ni staff Yeos juga turun padang... Walaupun tengah-tengah panas dan penat tapi kami tetap semangat untuk mengemas almaklum lah tengah berpuasa... Lapar dahaga nak pitam semua ada masa ni lah Yeos ada didepan mata... Okay kami tunggu waktu berbuka je...



Aktiviti hari tersebut seua berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan... Selepas mengemas kami turut melakukan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak di sini.. Haa Dila suka tengok mereka mewarna semua kreatif-kreatif sangat... Teringat zaman sekolah dulu buat aktiviti macam ni...hihihi... Selepas melakukan aktiviti mewarna kami menyanyi berjemaah bersama anak-anak iaitu tajuk "Kalau rasa gembira tepuk tangan" ... Memang happy sangat masa ni... lagi-lagi masa lawan dengan team lelaki dan perempuan siap ada veris slow motion lagi...


Selepas tu turut mengadakan aktiviti berlakon sambil bercerita "kisah si burung Pipit" masa ni memang teruja masing-masing mendengar cerita daripada pihak Yeos dan dilakonkan sendiri oleh kanak-kanak disini dan pihak Yeos... Terdapat pelbagai watak... Memang pandai kanak-kanak disini berlakon comel je... 

Alhamdulillah aktiviti hari ni semua berjalan dengan lancar dan mereka semua kelihatan sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan.. Dila harap dengan aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan sillaturrahim dan ukhuwah... Banyak pengalaman yang kami dapat dengan melakukan aktiviti sebegini... Hope coming soon Yeos ada lagi aktiviti menarik bersama Yeos... 

Ok waktu berbuka puasa pun dah tiba... Memang tak sabar nak berbuka puasa bersama anak-anak disini bersama Yeos lagi penambah selera dan hilangkan dahaga waktu berbuka... :) Sebelum tu juga Yeos ada menyumbangkan bantuan Mock Cek bernilai RM1.6k kepada ustazah bagi meringankan beban belanja anak-anak di Teratak Nur dan tidak lupa juga memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak disini... Kelihatan jelas gembira sangat mereka... Alhamdulillah...


Untuk maklumat lanjut mengenai Yeos Malaysia boleh mengikuti perkembangan di media sosial..
Jangan lupa follow :

Website : www.yeos.com.my

No comments:

Post a Comment