Wednesday, 2 March 2016

Uruskan bos aku kahwin aku yang lebih excited




Dah 2 malam aku tak tidur sebab nak uruskan bos aku kahwin... Aku yang lebih excited ni tolong uruskan homestay, hantar kad kat client, tidur 2 jam je... hmmm its ok aku rasa macam best lak pengalaman ni... yang lawak lupa nak pakai inai aku yang tolong deco siap bukak google naseb lah tak comot ... dah nak lelap mata aku tengok check list masa tu aku kejut kan dia tidur suruh pakai inai... hahaha... Begini lah tugasan Personal Assistant luar dalam aku yang kena belajar handle walaupun benda kecik... tapi ok lah aku rasa macam aku jadi bertanggungjawab lak walaupun diri sendiri ni masih terumbang ambing...

Aku rasa lega bila majlis dah settel... bukan senang sebenarnya nak handle bila org dah bagi kepercayaan macam ni... alhamdulillah bos aku dah selamat bernikah & sanding...


Dila nak ucapkan " selamat pengantin baru my lady boss & husband" semoga bahagia selalu... cepat-cepat dapat baby tau... Nanti nak gomol-gomol baby akak... hihihi...


No comments:

Post a Comment