Sunday, 17 December 2017

Cerita disebalik lampu silling | Bumi bergegar Yogyakarta 2017

Gamba sekadar hiasan

Kalau ditempat orang atau pergi mana-mana mata Cik Dilla paling cepat nak lelap... Masa pergi Yogyakarta ada urusan kerja pun sama... Masa kat sini cepat je lelap ... Jam 9 malam pun terasa dah macam jam 12... hehehe.... Pada 15 Desember 2017 Cik Dilla pergi kesini atas urusan kerja...

Ni adalah pengalaman pertama Cik Dilla terasa gegaran bumi di Bumi Indonesia... Cik Dilla kalau tidur memang susah untuk tersedar,,, masa tu hampir jam 12 Cik Dilla tidur bersama bos Cik Dilla di rumah partner dia kat sini kami memilih untuk tidur diruang tamu ... Masa tu Dia kejutan Cik Dilla masa Cik Di bangun dia menunjuk kearah lampu silling sebenarnya masa tu keadaan kami dah bergoyang-goyang tapi Cik Dilla masa tu still dalam keadaan mamai-mamai lagi... Lalu cik Dilla cakap pada bos... " Akak tu Maybe kipas angin kuat sebab tu lampu tu bergoyang" . Dia pun masih tak berpuas hati Dlalu dia menunjukkan kearah lampu lain di arah dapur... Masa tu badan kami pun goyang-goyang tapi masa tu mamai tak abis lagi Ya Allah... Masa tu Auntie Tina , partner bos Cik Dilla keluar dari biliknya bersama anak-anaknya dia kata ada gempa bumi... lalu Cik Dilla bersama bos Cik Dilla bangun keluar kearah dapur takut kejadian gempa kuat...

Mada tu Tuhan je tahu Ya Allah macam nak balik Malaysia je...

Kami keluar kearah dapur untuk selamatkan diri masa tu still lagi rasa bumi ni bergegar dalam berapa saat je... Tapi tak teruk pun sebab gegar cuma dalam berapa saat... Hmmm taktahu macam mana perasaan masa tu sedih teringat kat Mak Ayah diMalaysia dalam hati berdoa je semoga dipermudahkan urusan sebab niat kami disini untuk bekerja....

Selepas tidak rasa lagi gegar kami masuk kedalam untuk sambung tidur... Tapi masa tu mata Cik Dilla dengan Bos dilla masih tak boleh lelap... Kami pun berborak seperti biasa ... dalam setengah jam macam tu Dilla sambung tidur dan bos Dilla masih tidak lelapka mata dia main telefon...

Pada pagi tu jam menunjukkan pukul 6 ...Kalau masa kat Malaysia baru pukul 7... Cik Dilla bangun dan dengar cerita daripada auntie Tina kejadian di Bandung Indonesia mengalami Gempa Bumi... Subhanallah ... Besar kuasa mu yang tidak mampu untuk kami lawan...

Alhamdulillah tak terjadi apa-apa masa di Yogya... Ini merupakan pengalaman pertama Cik Dill rasa Bumi bergegar seumur hidup Cik Dilla... Harap ia dapat jadikan untuk buka mata Cik Dilla dan semua pembaca betapa besarnya kuasa tuhan tentang alam... Ingatlah semua kita didunia ni hanya sementara dan semua yang ada disekeliling kita ni hanya pinjaman semata-mata....

Terima kasih Ya Allah...

No comments:

Post a Comment