Lifestyle, Beauty, Fashion & Food Blogger

Saturday, 18 March 2017

Lazada birthday contest Blogger




Siapa yang tak kenal laman web shooping Lazada... Dilla memang suka kalau shooping online ni sebab dapat jimatkan masa, kos dan tenaga untuk kitaberbanding berbelanja di shopping Mall... Kalau dah buka laman web Lazada memang abis juga lah 2 ke 3 jam mengadap pc end up nak beli 1 barang jadi lah 2 ke 3 barang... 

Memang semenjak dua menjak ni Dila memang rajin shooping online di Lazada sebab sales dia tengah gila-gila murah. Baru-baru ni juga Dila ada beli hadiah untuk cousin Dila yang tak lama lagi akan melangsungkan perkahwinannya. Disebabkan kekangan masa untuk keluar Dila lebih suka untuk berbelanja online tahu-tahu dah sampai kat depan rumah... Pada masa yang sama kawan Dila juga tumpang order nak beli telefon Redmi 4a.. Kita tolong promote sekali... hihihi


Kebetulan pula masa last week Dila ada pergi event Affiliate program & Celebrate birthday Lazada yang ke 5 tahun dorang ada mention mengadakan contest Lazada Birthday dengan blogger so dila amek peluang ni untuk join sekali... 

Buat semua rakan blogger juga boleh kalau nak join contest ni... Last date contest sampai 23 March 2017. Ada banyak masa lagi nak join...Boleh klik Lazada Birthday Blogger Contest untuk maklumat lebih lanjut.

Antara 3 produk yang terlaris di Lazada dan dila juga antara pembeli yang tegar di Lazada...


Kebiasaannya Dila akan cari hadiah untuk wedding ,Birthday , Gift mesti akan cari kat Lazada... Memang wajib beli kat Lazada sebab banyak hadiah yang menarik ... Antaranya Dila akan beli barang make up seperti brand chanel ... Dila suka sebab siap ada box , barang pun berjenama dan harga sangat berbaloi...


Telefon pintar Redmi 4a juga antara satu produk bila Dila promote mesti ada org tanya... Dila suka telefon Redmi beli kat Lazada... Memang murah dan original... Telefon yang lain seperti telefon lenovo , samsung pun ada...



Untuk kamera juga antara barang yang laku dan banyak pilihan yang ada kat Lazada...

Yesss... antara shooping online Dila memang paling suka belanja kat Lazada sebab kat Lazada memang banyak pilihan yang boleh pilih... Dari segi harga juga di Lazada antara harga yang termurah dan memang berbaloi... Paling best selalu dapat voucher dari Lazada tau... Service juga memang terbaik sangat memuaskan hati...

Cuma satu je Dila rasa Lazada patut cepatkan lagi untuk service penghantaran... Servis yang lain semua ok ...

Akhir sekali... Dila nak beri ucapan untuk Lazada Malaysia. Happy Birthday yang ke 5 Lazada... Hope terus menjadi laman web shooping online dan terus menawarkan servis yang terbaik...

Terima kasih juga nak ucapkan kerana selalu memudahkan pelanggan berpuas hati... Yang paling best terima kasih kerana atas kejutan kerana Dila juga antara pembeli tegar di Lazada Malaysia... Bila barang sampai tu rasa macam dapat serprise... Hihihi...

So , yaaa korang apa tunggu lagi , jangan lepaskan peluang berbelanja di Lazada Malaysia ya... Sempena birthday Lazada yang ke 5 ni terdapat banyak sales tau... Btw selamat bershooping... Berbelanja lah dengan cermat... :)

How to join– Lazada Birthday Blogger Contest


1.Contestbruns from 1st March until 23 March 2017

2.Each contestant (blogger) has to write a post until 23 March 2017 (11.59pm)

a.What do you love about Lazada Malaysia?
b.Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favourite products)
c.How do younthink Lazada Malaysia can improve?
d.What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

3. The Article must contain screenshoots for the three products mentioned in point 2 b (the "Top Product Pick" post).

4.Contestants are required to submit the link to their post vis e-mail to contest@lazada.com.my with the subject tittled : Lazada Birthday Blogger Contest

5. Contestants are welcomed to post the article in any language.

6.Winners will be selected at random.

Tuesday, 14 March 2017

Veet sensetive skin Trim | Hair removal



Kepada yang ada masalah rambut-rambut halus Dila nak share satu produk yang baru dilancarkan iaitu Veet Sensetive skin merupakan satu alat untuk menanggalkan rambut-rambut halus pada bahagian kening, ketiak dan bikini... Sebelum ni yang kita kenal dari produk Veet hanya ada Krim untuk menanggalkan bulu atau menggunakan pencukur... 

Dengan menggunakan pencukur lebih akan menjadikan kulit rosak malah rambut-rambut halus akan lebih kasar...Untuk lebih selamat kini Veet memperkenalkan produk terbarunya hanya bercukur menggunakan alat elektronik dijamin selamat untuk digunakan...

Sebagai perempuan harus menjaga penampilan diri menjaga kebersihat diri... Pasti dengan rambut-rambut halus kita tidak selesa dan kurang yakin...

Kini dengan Veet Trimmer sensetive skin korang boleh menggunakan untuk menanggalkan bulu halus pada ketiak dengan selamat... Sebab kalau menggunakan pencukur pasti kulit akan cedera...



Monday, 13 March 2017

D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam , Seksyen 13






Assalamualaikum...

Steamboat adalah antara Dila punya favourite lagi-lagi masa dinner sesuai sangat kalau kita makan steamboat sebab steamboat tak menggemukkan... ewah...Kali ni dah macam jalan-jalan cari makan mari kita ramai-ramai kita serbu Steamboat D'Kayangan , Shah Alam kat Seksyen 13...Tak syok lah kalau kita makan berdua je kan lagi ramai lagi best... 


Bila dah sampai Steamboat tengok menu jadi rambang mata macam masuk kat shooping mall pula... Macam-macam menu yang disediakan semua menarik dan tertarik... Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menawarkan lebih daripada 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Sape lah tak rambang mata kan dengan menu banyak-banyak ni... 





Dila suka sebab d Steamboat D'Kayangan boleh pilih sama ada nak kuah tomyam atau sup untuk rebusan steamboat... Dila pilih tom yam , Dila antara penggemar Tom yam yang rasa nya pedas-pedas gitu...  Kuah Tom yam dengan rebusan makanan laut lagi... memang terbaik ...Antara makanan laut yang disediakan adalah Udang besar, Ketam , Kupang, Kepah, Kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala... Terdapat juga pelbagai bebola , sayur-sayuran, aneka mee, dan fucuk...

Ditambah lagi dengan susasana kedai yang agak santai dan kedai yang luas selesa buat pengunjung yang datang untuk lalu lalang... Korang boleh pilih sama ada nak makan luar atau kat dalam... Kalau korang duduk dalam rasa air cond.Tapi kalau nak lagi amek feel  makan kat luar lah sambil berasap dengan tungku steamboat..hihihi... walaupun berpeluh-peluh macam lepas berlari gigih juga nak tambah lagi kalau boleh semua nak rasa... Sampai bergaduh-gaduh nak kopek ketam...hihihi...


Bukan tu saja ye.... Kat D'Kayangan Steamboat ni juga ada menu menarik di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Dan terdapat juga kuih muih, Buah-buahan , Kuih-Muih, Puding, Ais krim sebagai pencuci mulut... Memang menarik betul lah... Air Batu Campur juga turut disajikan... Nak buat Air Batu campur ke semua buat sendiri tau :)





Kalau korang nak tahu D'Kayangan pernah menjadi pilihan rancangan TV jalan-jalan cari makan (JJM)... Wow terbaik lah... Malah Nasi Lemak Kopi O, Astro dan sinar harian juga dah sampai kat sini tau... so dah terbukti memang D'Kayangan ni memang terbaik...Korang kalau nak cari steamboat Dila recommend korang pergi sini... Dengan harga murah-murah dan pelbagai menu yang disediakan korang makan lah sampai kenyang...

Senarai Harga Steaboat D'Kayangan 

Dewasa:
- Isnin- Khamis    : RM28.90 (Net)
-Jumaat - Sabtu    : RM33.00 (Net)
- Sunday Brunch' : RM24.30 (Net )
- Ahad                  : RM28.90 (Net)

Kanak-Kanak :
- Isnin - Ahad : RM9.90 (Net)

Warga Emas :
-Isnin - Ahad : RM24.00 (Net)

Waktu Beroperasi :
Isnin - Sabtu : 5.00 PM - 12.00 AM
Ahad : 12.00PM - 12.00 AM


D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Lokasi-  No.1,Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam , Selangor.

Email - dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

Tel - 03 55234979 | 012 2971091 | 017 507 6274



Sunday, 12 March 2017

Beli hadiah hanya di Lazada

 Disebabkan dengan kekangan masa bekerja Dila memang takde masa untuk keluar nak cari hadiah untuk pengantin yang tak lama akan berlangsung pada sabtu ni... Jadi dila lebih preffer untuk belanja di shooping online Lazada... Kerana mudah, jimat masa, jimat minyak ... Heee...

Ada banyak barang di Lazada korang boleh pilih je then add to chart... Hehehe... Tapi kan mesti lah kita nak bagi gift kalau boleh biar lah nampak eksklusif dan menarik...

Dah tu dila memilih untuk mengambil Perfume daripada brand Chanel... Siap ada box dia lagi jadi mudah untuk Dila balut...





Tadaaaa~~~ nah cantikkan? Korang tak semestinya nak bagi kat pengantin je macam ni... Nak bagi untuk orang tersayang pun boleh tau...Banyak lagi hadiah-hadiah menarik dari chanel antaranya macam make up, perfume... ada lagi lah... Tapi Dila tertarik dengan set ni...Harga pun murah je hanya RM79.90 sekarang tengah ada sales 60% harga sebelum RM199.90 ... haaa gila-gila kan dia punya sales....

Ni Dila share link kalau nak beli click je link ni ok :) http://bit.ly/2nd7WSu ...

Selamat bershooping !

Tuesday, 7 March 2017

Teringat zaman sekolah , Rindu semua (SMKTP)



Assalamualaikum hai...

Agak-agak apa korang buat sekarang? Lama sangat tak jumpa dah 6 tahun kot... Bila jumpa kita cuma hai hai bye bye je kan? Bila dah tamat SPM semua nya dah berubah, semua dah buat haluan masing-masing... 

Bermula abis je SPM... Aku dah start fikir... aku nak jadi apa lepas ni?
Macam mana aku nak membawa diri?
Aku nak buat apa ek?
Bermula disitu aku plan satu-satu nak buat apa...
Rasa macam berbeza lepas dah tamat SPM...

Hee... korang macam ni tak?
Haa overthinking sangat time tu sebab rasa macam takde masa depan... Tapi biarlah Allah aturkan semuanya... hahaha




Hai korang... Masa ni tahun 2010, berumur 16 tahun... bukan sekarang tau umur 16 tahun ... masa tahun 2010 k..,sekarang dah tahun 2017 lol Ya Ampun cepat je masa ... Masa ni akhir tingkatan 4 ada photoshoot antara kelas-kelas sempena nak masuk SPM kalau tak silap? betul tak? Dila kelas 4 bestari amek course akaun... Rindu nak share balik sebenarnya...Scrool-scrool gambar lama rasa macam rindu sangat nak pergi sekolah... Nak jumpa kawan-kawan , jumpa cikgu, rindu nak study group bila abis sekolah... huhhh...


Ok dulu chubby, berat badan masa form 4 48 kg boleh cecah 50 kg kalau tak boleh control... tapi start abis sekolah masa study berat badan turun mendadak sampai 8 kg... dulu gaya macam apa ni... ya Allah malu tengok gambar sendiri tapi nak share jugak... dengan kulit hitam lagi dulu balik sekolah suka jalan kaki tengah panas, bas masa tu nak tunggu lama end up naik bas sampai kat rumah.. gigih betul dari sekolah tinngi naik bukit... dah sampai depan sekolah kene naik tangga lagi tu... ok sebenarnya tu moment paling rindu nak pergi dan balik sekolah... Dila sekolah dulu kat SMK Tasek permai , Ampang... sekolah dila dulu terkenal dengan sekolah atas bukit.. tinggi weh... belum apa-apa dah berpeluh sampai kekelas... hehehe...


Bersama class mate Dila ... Masa  ni semua comel-comel je... hehehe... Kami semua satu kelas rapat semua satu kepala dan happening je... yang  paling kiri tu  Nabila, Farahika, Belakang Dila Yusratul, Mazraina, Syahida, Ika Malina , sebelah kanan Dila Lina Alfan... Cehh time ni semua nak posing maut kan... Bukan selalu nak acah-acah macam ni... tengok lah sampai sekarang Dila simpan gambar ni... dah bape tahun dok dalam pc...

Semua orang pernah rasa kan zaman sekolah adalah zaman kegemilangan buat semua orang, yang masa tu nak berkawan, study sama-sama, kene denda sama-sama, gossiiiipppp, buat perangai nakal-nakal dengan cikgu, tidur dalam kelas lah... hahaha tak lupa juga  ada nak g sekolah sebab ada crushhhh ekkk...  eh eh lawak betul masa tu... 

Teringat zaman masa zaman cinta monyet, ada yang sampai frusttt menonggeng ... hahaha... dulu kononnya nak sehidup semati, pergi dating lah, janji nak kawen lah... tapi masa tu kita masing-masing tak matang , masing-masing taknak tunjuk kalah zaman tengah hot ramai peminat kan... kalau macam tu memang tak sampai kemana... bila dah break masing-masing frusttt menonggeng menyesal bagai... lepas tu get back... lepas tu break balik banyak lagi lah penyambungannya... end up malas nak fikir baik move on... hahaha... oh kecik-kecik dah pandai berdrama...






Gambar kat atas ni semua gambar class mate Dila... huyaaa masing-masing comot masa ni.... tapi still nampak cute lagi.... hehehe...macam-macam gaya time ni... tapi kalau nak dibandingkan dengan sekarang mesti bergaya dan cantik...



Yang si cantik ni bestfriend Dila kitorang rapat since form 2 lagi  kelas sama... nama Dia Syahirah ... Dulu buat apa semua sama-sama memang macam belangkas lah orang cakap ,,, walaupun masuk form 4 dah tak sama kelas pun still rapat lagi dan bertambah rapat samai orang cakap kitorang ni kembar hehehe... semua nak benda nak sama.. kadang kadang tak plan pun boleh jadi sama... dah ada chemistry kan? hehehe... walaupun dah tak raat sekarang dila still anggap dia bff Dila tapi takde rezeki nak jumpa je sebab kita dah buat haluan masing-masing... 

With Ng Bee Yan

Bersama lengloy Tan Sue Pei...

With Anusha.. Masa nak spm selalu study dengan dia... hehehe... 

Hi Ina... Dari dulu sampai keharini still rapat dengan dia dan 7 orang sahabat... tapi takde gambar dah terdelete kot... Sorry guys...

Bersama cik sofi.. samai sekarang pun still rapat lagi,,, hehehe... Sekarang tengah sambung degree... Good luck dear..

With Yusra & Tan Sui Pei

Cute kan?




Ok ni kira semua gambar dah payung ... Jangan cakap aku tak ingat kat korang.... hehehe... Terima kasih guys untuk masa ni walaupun untuk sekejap je... Terima kasih sebab beri tunjuk ajar, pinjam kan semangat, ada rezeki kita jumpa... Hope semua dalam keadaan baik-baik... hewhewww dah ramai pun dah berumah tangga... 


Ikhlas dari sahabatmu...
Ada rezeki jumpa lagi...
Rindu kat semua...

Korang buat apa sekarang ? jangan lupa share di ruang komen tau :*

Monday, 6 March 2017

Jus D'ria Dan GGM (Gula Gula Magic) makanan tambahan baik buat semua

Sebagai wanita yang semakin meningkat dewasa, Dila sangat suka mengambil tahu tentang produk kecantikan luaran & dalaman... Of course lah sape taknak cantikkan... Lebih-lebih lagi dengan produk suplemen tambahan, dila lagi suka dengan mengambil produk supplimen tambahan sebab ia lebih mujarab untuk kita kekalkan cantik luaran dan dalaman...




Produk Keluaran Mediherba Solution:

Mediherba Solution sebagai pengeluar produk kesihatan GGM & Jus D'ria dalam menawarkan produk selamat , dan berkesan untuk digunakan oleh setiap lapisan umur kanak-kanak , remaja & dewasa pengguna tidak kira lelaki mahu pun wanita. Mediherba diterajui oleh pengasas Puan Roshaniza Rosly dan Suaminya Encik Shahrul. Sebagai pengasas utama, Puan Roshaniza Rosly sangat menitikberat tentang penjagaan kecantikan dan kesihatan.  Menurut Puan Puan Rohasniza Rosly, Kedua- dua produk yang di keluarkan oleh mediherba merupakan produk pertama di Asia Tenggara menggunakan bahan seperti buah-buahan,tumbuh-tumbahan, bunga dan pokok yang di gabungkan bersama pati herba.

Produk GGM dan Jus D'ria telah dipasarkan selama lapan bulan dijual secara langsung di seluruh kedai jamu seluruh Malaysia & dijual secara online.

Memang menarik betul tentang kedua-dua produk ni...




GGM (Gula Gula Magic) :

Waa memang magic lah... kunyah-kunyah lepastu cantik... Korang kene try lah baru tahu penanagan GGM ni macam mana....

GGM makanan tambahan yang berasaskan coklat, epal dan susu kambing serta campuran bahan-bahan sunnah merupakan makanan tambahan yang sangat bagus buat semua pengguna , perempuan ,lelaki, remaja dan dewasa juga sangat bagus mengamalkan makanan tambahan GGM ini...

Dila sangat galakkan semua untuk mengambil GGM sebab kandungan nya tanpa kolegen ya... Seperti mana kita tahu kalau pengambilan lebih kolegen juga tidak bagus untuk tubuh badan kita... Dengan adanya bahan sunnah pun dah cukup buat kita...


Sebelum ni juga Dila antara pengguna GGM yang sebelum ni Gula Gula Magic... Dila menerima kesan positif selepas mengamalkan GGM... Antaranya dapat menghilangkan stress  , menghilangkan sakit senggugut ketika haid...

Waktu yang sesuai untuk makan makanan tambahan ni ketika waktu pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur... Kalau rasa stress boleh kunyah perisa coklat tu.. Bahan bahan yang terdapat pada GGM adalah sumber yang amat diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan cantik sepanjang masa.

Terdapat 30 biji dalam 1 kotak jadi tahan sebulan lah.. dah abis boleh beli lagi.. Korang just makan secara konsisten je... Pasti dapat hasil yang memuaskan dan yang penting jangan lupa minum air masak dengan secukupnya...

Antara Khasiat GGM :

-Anti stress
-Anti-cancer
-kecerdasan minda
-Membekalkan tenaga
-Menurunkan berat badan
-Memutihkan kulit
-Meningkatkan kesuburan rahim
-Meningkatkan kekuatan tulang
-Menghilangkan rasa senggugut
-Menguatkan daya ingatan
-Memudarkan parut parut luka
-Mengawal selera makan
-Mencantikkan kulit




GGM dengan berharga RM69.00 (Semenanjung Malaysia) RM79.00 (Sabah Sarawak) setiap satu dan boleh dibeli melalui talian, stokis dan kedai-kedai jamu terpilih.

Boleh layari instagram @gulagulamagic dan @mediherbahq facebook GGM MARVELLES dan mediherba atau tinggalkan pesanan di talian MEDIHERBAHQ : +60186610104





JUS D’RIA (Ibu segala khasiat) :

Pernah minum jus? Jus epal, jus mangga, jus oren , jus kurma , jus delima dan macam-macam jus lagi... Dila selalu beli jus kat Boost tu... hehehe...memang suka amalkan Jus sebagai rutin harian Dila... semua orang tahu kan jus tu sangat baik sebagai makanan tambahan kita...

Baru-baru ni Dila diperkenalkan dengan satu jus yang sangat elok buat orang yang berpenyakit antaranya lelah dan asma iaitu Jus D'ria... Jus D'ria adalah Ibu segala khasiat yang berasaskan Aloe vera, delima , halia, madu, echinachea, oregano, bawang putih, dong quai( herba cina), akar manis, acai beri, camu-camu , vitamin C, Epal stemsel, Argan stemsel dan stevia.


Kandungan bahan ini dapat membantu merawat pelbagai penyakit antaranya dapat merawat masalah asma, lelah , resdung dan ekzema. Selain tu, dapat membantu merendahkan masalah kolestrol, menguatkan antibody  ... Aloe Vera yang diimport khas dari AFRICA yang berkualiti tinggi ,Aloe Vera dapat menyembuhkan luka-luka kecil . Malah dapat mencantikkan kulit dan melicinkan kulit.




Jus D'ria boleh diamalkan oleh perempuam dan lelaki... Kanak-kanak berumur 6 bulan juga boleh mengambilkan tetapi mengikut takat yang sesuai... boleh juga diambil peringkat remaja dan dewasa...

Jus D'ria ni tiada kandungan Gula dan warna... So memang dila yakin 100% produk ni memang bagus kerana dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP dan selamat digunakan buat semua...

Cara pengambilan mudah saja hanya 2 kali sehari iaitu 10ml waktu pagi dan 1oml waktu malam...

Untuk kanak-kanak hanya 3ml ke 5ml sahaja 2 kali sehari...

Bahan bahan yang terdapat pada JUS D’RIA adalah sumber yang amat diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan cantik sepanjang masa. Telah mendapat tempat di hari pengguna bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di Singapura dan juga Brunei.


JUS D’RIA dengan berharga RM88.00 (Semenanjung Malaysia) RM98.00 (Sabah dan Sarawak) setiap satu dan boleh dibeli melalui talian, stokis dan kedai-kedai jamu terpilih.

Boleh layari instagram @jusderiahq dan @mediherbahq .Facebook mediherba dan Jus D'ria atau tinggalkan pesanan di talian MEDIHERBAHQ : +60186610104

Bersama pengasas Mediherba, Puan Roshaniza Rosly



Yeay Emcee malam ni adalah Dj Sonic