Saturday, 20 January 2018

Teknik make up yang mudah by MUA Onie Yusof & MUA Nadia Zainol



Hi semua.... Cik Dilla pasti ramai wanita diluar sana yang suka make up.... Cik Dilla juga tak lepaskan peluang ni untuk hadir ke kelas teknik make up daripada dua orang MUA yang sangat berpengalaman iaitu MUA Onie Yusuf dan MUA Nadia Zainol di Bangi.... Oleh itu Cik Dilla sendiri tak lepaskan peluang ni untuk kongsikan dengan semua pengalaman belajar kelas make up bersama MUA ...


Cik Dilla rasa sangat teruja untuk terus belajar teknik make up yang betul walaupun hari-hari pergi kerja make up tapi Cik Dilla masih perlukan ilmu untuk belajar make up ... ha ha almaklumlah u ols kalau Cik Dilla sendiri yang make up selalu look  capuk asalkan pakai make up dah sudah lepas tu Cik Dilla akan frust sendiri bila tengok make up yang tak cantik selalunya selepas pakai make up Cik Dilla sendiri hadapi masalah kulit muka yang kusam... Maybe kalau pergi ke kelas make up sendiri MUA akan kongsikan tips untuk penjagaan muka sebelum make up... Tak rugi uols MUA Onie Yusof dan MUA Nadia Zainol sangat pakar dalam bidang make up oleh itu Cik Dilla nak kongsikan bersama korang semua pasal MUA yang sangat berbakat dalam make up...

Selain tu banyak juga tips yang ditongsikan oleh mereka.... Sampai hari ni Cik Dilla amalkan tips yang dikongsikan oleh MUA...

SESI PETAMA : MUA NADIA ZAINOL

Untuk sesi pertama kelas make up berlangsung yang diajar sendiri oleh MUA Nadia Zainol. Teknik yang diajar oleh MUA Nadia Zainol adalah teknik yang simple iaitu teknik "Natural Look". Teknik tersebut sangat sesuai digunakan  untuk daily make up ... Walaupun simple dah natural look tapi boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas make up...Cik Dilla suka teknik yang simple yang diajar sndiri oleh MUA Nadia Zainol... Yang paling penting bahagian mata tu memainkan peranan untuk kita kelihatan lebih anggun...

Memang Cik Dilla sendiri tak lepaskan peluang untuk belajar make up terutama nya make up pada bahagian mata,,, Sebab Cik Dilla sendiri mengalami masalah eye bag & eye circle...

Make up by MUA Nadia Zainol

Make up by MUA Nadia Zainol 





Ni hasil selepas make up oleh MUA Nadia Zainol.... Serious Cik Dilla suka kalau makeup look simple macam model ni... 

SESI KEDUA MUA ONIE YUSOF

Sesi kedua pula kelas make up diajar oleh MUA Onie Yusof... Kalini MUA Onie Yusof ajar teknik makeup iaitu Half Crease... Half Crease make up MUA tersebut memainkan peranan penting semasa make up dibahagian mata dan bermain warna eyeshadow...

Yang penting juga kalau nak make up cantik kena banyak praktis tau korang....
Make up by MUA Onie Yusof






Jum korang tengok video diatas ni.... Video ni hasil make up MUA Onie Yusof ...


 MUA bersama model... Cantikya hasil sentuhan mereka kan... 

Jum korang boleh follow MUA di Instagram :

Yeayyyy ... Kami dapat sijil kelas make up... Terima kasih kepada MUA yang sudi memberi tunjuk ajar dan ilmu make up... Selepas ni boleh lah cik Dilla cantik-cantik ye...

Part paling best bila dapat barang sponsor.... Terima kasih kepada pihak sponsor kelas Make Up pada harini .

Produk ditaja oleh : 

lmbeautycosmetics - Brush make up & sponge
zulaikhazulkifli - Baju Blouse
chadiyuaishah_shop - Eyeshadow
glowskin- Serum


Masa datang class make up sejujurnya muka Dila sangat lesu. Now Alhamdulillah Dilla dah start praktis make up dan nampak perubahan selepas pergi kelas make up.... 

Lets practise girl


Korang nak belajar make up? perlukan khidmat MUA yang sangat berpengalaman untuk hari bahagia korang? Boleh gunakan servis MUA yang Dila hadir kelas make up ni tau...

Lets practise girl !!!
Lama-lama praktis nanti ok lah make up... 
Jangan putus asa ~~~

Terima kasih kerana membaca ^^










Read More...

Wednesday, 17 January 2018

Sesi Greet & Meet bersama Armada Band 'Asal Kau Bahagia'



Greet & Meet Bersama Armada Band 'Asal Kau Bahagia' | Lagu ciptaan Armada Band Asal Kau Bahagia dari negara seberang antara lagu yang popular di negara Indonesia dan Malaysia.... Malah Video lirik Armada ''Asal Kau Bahagi'' merupakan video view terbanyak di You Tube Indonesia setelah sebulan ditayangkan. 

Lagu Armada Band ''Asal Kau Bahagia'' merupakan lagu yang menjadi trend terkini lagu tersebut selalu dimainkan dibibir anak muda mahupun dewasa malah lagu ini sering dimainkan di radio... Cik Dilla juga selalu layan lagu ni di Radio dan youtube... 


Kali ni Cik Dilla sangat teruja kerana diberi peluang untuk menghadiri sesi Greet & Meet bersama Armada Band di Quill City Mall , Kuala Lumpur... Rakan blogger yang lain juga turut terlibat serta. Ramai juga peminat Armada Band yang hadir bagi menyokong Artis popular tersebut... Semasa majlis dijalankan terdapat beberapa aktiviti dijalankan bersama artis Armada Band dan peminat.... Antaranya , peminat diberi peluang untuk menyanyikan lagu Armada di atas pentas... Selain itu,peminat berpeluang untuk bersua foto bersama artis tersebut... 

Sesi bersua foto bersama Armada & peminat

Kepada peminat Armada Band diluar sana korang juga berpeluang untuk pergi ke konsert ARMADA pada 17 Mac 2018 nanti... Sekarang ARMADA turun ke Malaysia bagi melancarkan album ARMADA "Maju Terus Pantang Mundur" dan Kosert "Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour" yang bakal dilangsungkan di KL Live @ Live Center.  Kini lagu ''Asal Kau Bahagia'' boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box , Green Box PLUS Karaoke Malaysia.

Dari kiri, Radha , Mai , Rizal & Andit


LATAR BELAKANG ARMADA BAND

Band ini beranggotakan 5 orang iaitu Rizal(Vokal) , Radha & Mai (Gitar) , Andit (Drum) & Endra (Bass) ARMADA terbentuk pada tahun 2007 dengan nama awal KERTAS dengan albumnya bertajuk 'Kekasih Yang Tak Dianggap'. Nama tersebut hanya kekal selama setahun , pada tahun 2008 Kertas bertukar menjadi ARMADA dan masih dalam ahli kumpulan yang sama. Album pertama daripada Armada adalah bertajuk 'Balas Dendam'. Lagu pertama nya turut mendapat sambutan dan nama ARMADA semakin meningkat naik dan dikenali. Kemudian ARMADA mengeluarkan lagu keduanya yang bertajuk 'Hal Terbesar' pada tahun 2009. Lagu tersebut juga mendapat sambutan . Terdapat dua single utama didalamnya iaitu lagu ''Mau Dibawa Kemana'' dan ''Buka Hatimu''

KUMPULAN ARMADA kini mencapai 5 juta orang yang mengikuti di Facebook Page . Malah pengikut mereka di Twitter seramai 170 ribu. Pada awal tahun 2017 ARMADA telah mengeluarkan album single baru yang bertajuk ''Asal Kau Bahagia''. Dengan lagu terbarunya kii melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia kemudian diteruskan pada Januari 2018 di Malaysia.

SINOPSIS LAGU ''ASAL KAU BAHAGIA''

“Lagu Asal Kau Bahagia yang diciptakan Radha, Mai dan Rizal ini  bercerita tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, dimana dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja, tapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.” Kata Radha menceritakan tentang maksud lirik “Asal Kau Bahagia”."Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia", adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri. Mengalah dan ikhlas juga merupakan bagian dari cinta.”, tambahnya lagi.



BIODATA AHLI KUMPULAN ARMADA

1. BIODATA RIZAL 

Nama asalnya Rizal Disandi dikenali sebagai Rizal Armada . Beliau dilahirkan di Solo , Jawa Tengah . Rizal dilahirkan pada 04 Januari 1986 yang merupakan seorang penyanyi kebangsaan Indonesia dan juga merupakan ahli vokal musik dari kumpulan Armada. 


2. BIODATA RADHA

Nama asalnya Andha Gusriandi dikenali sebagai Radha Armada. Radha brasal dari Paembang dan dilahirkan pada 29 Ogos 1985. Beliau merupakan gitaris daripada kumpulan Armada.


3.BIODATA MAI

Nama asal Andika Maihendra Yuda dikenali sebagai Mai Armada. Belian dilahirkan di Palembang , Indonesia. Dilahirkan pada 23 Jun 1985 dan merupakan gitaris dari kumpulan Armada.


4. BIODATA ANDIT 

Nama asal adalah Meri Yandi atau dikenali sebagai Andit Armada . Beliau dilahirkan di Palembang , Indonesia. Beliau merupakan drummer dari kumpulan Armada.


5.BIODATA ENDRA 

Nama asalnya Endra Prayoga dikenali sebagai Endra Armada. Beliau dilahirkan di Palembang , Indonesia . Dilahirkan pada 29 November 1893 . Merupakan bassis dari kumpulan Armada.


Kepada peminat-peminat ARMADA korang jangan lupa dapatkan tiket konsert berharga RM 109 (tiada cd), RM126 (beserta CD) dan VIP berharga RM194 (beserta CD) sudah mula dijual di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour



By the way Cik Dilla berasa bertuah kerana terpilih untuk menghadiri sesi Greet & Meet bersama Artis ARMADA BAND... Cik Dilla doakan semoga ARMADA BAND terus maju jaya dan mengeluarkan lebih album lagu yang menarik....Cik Dilla aka terus support ARMADA BAND...

All the best yaaa !!!

Indonesian All Time Record Breaking:
Most Viewed Lyric Video in A Month 
on YouTube
Song: Asal Kau Bahagia
Format: Lyric Video
Upload: February 2nd 2017
16 Millions++ views in a month

Kepada peminat ARMADA yang ingin mengikuti perkembangan ARMADA boleh layari :

Twitter: @band_Armada
Instagram:@armadaband
YouTube: Armada Band



Read More...

Tuesday, 2 January 2018

Resepi Spaghetti Carbonara

Hi guys... Rajin pula Cik Dilla nak main masak-masak harini.... So kat blog pun tak lupa nak share resepi Spaghetti Carbonara yang paling mudah...  Carbonara antara fav Cik Dilla... Korang nak try masak Carbonara boleh ikut resepi Cik Dilla ni tau...

Bahan-bahan pun mudah nak dapat... Boleh refer pada gambar kat bawah ni tau uall...


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

 Bawang merah dan putih dipotong dadu ( 1 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih)
1 paket Daging kisar
Minyak zaitun 
 Chesse 
1 tin Prego pasta sauce carbonara mushroom
Lada hitam
Susu Dutch Lady 
1 paket spaghetti 
Untuk topping u all boleh letak sausage , udang , ayam , daging or cendawan butang.


Btw Cik Dila masak untuk 4-5 orang makan... 



Cara-cara Membuat Spaghetti Carbonara :

Cara masak Spaghetti :
Mula-mula panaskan minyak zaiton... Seeloknya kalau nak sedap boleh gunakan Minyak zaiton...  Selepas minyak dah panas boleh goreng bawang merah & putih yang dipotong dadu tadi sehingga bau bawang tersebut naik. 

Kalau nak bawang tersebut tidak hangit jangan besarkan api ketika goreng bawang... 

Setelah selesai goreng bawang , Masukkan daging kisar 1 bungkus untuk 4 orang makan... Masak sehingga air daging sebati dengan daging. Kemudian masukkan sekaligus topping seperti sausage  dan udang. Topping-topping lain u all boleh masukkan ayam, cendawan butang or daging...

Kemudian , masukkan prego sos pasta mushroom carbonara dan gaulkan sehingga sebati . Masukkan juga susu Dutch Lady 1 tin prego sos sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa... 






Cara rebus Spahetti :
Panaskan air bersama dengan minyak zaiton... Fungsi minyak zaiton direbis dengan air untuk mengelakkan spaghetti keras. Ketika rebus spaghetti jangan terlalu lama juga. 


Kemudian toskan spaghetti sehingga sejuk dan kering... 
Masa nak hidangkan boleh tabur black paper yer guys !


Dah siap... Jemput makan guys !Bismillah ...















Read More...