Monday, 5 March 2018

Epy Boy Ayam Madu @ Rampai Night Bazaria | Ayam Madu Favorite



Assalamualaikum & Hi korang semua.... 

Begitu teruja kalini sebab lepas dapat makan Ayam Madu  yang paling sedap Dilla rasa kat KL ni... Jarang Dilla jumpa menu Ayam Madu di Gerai, kebiasaannya kalau nak makan masakan Ayam Madu Dilla selalu makan kat Nandos je...Kali ni Dilla makan Ayam Madu di Gerai tapi rasa dia sedap sangat...



EPY AYAM MADU @ Rampai Night Bazaria

Berkesempatan untuk Dilla merasakan keenakan Ayam Madu di Epy Boy Ayam Madu di Rampai Night Bazaria... Haaa buat orang Sri Rampai, Setapak or Gombak kalau pergi ke sini untuk jalan-jalan cari makan korang boleh lah singgah di Epy Ayam Madu di Rampai Night Bazaria ni... Memang rasa ayam madu ni sangat sedap menepati citarasa orang Melayu kita.... 

Untuk pengetahuan semua, Epy Boy Ayam Madu diilhamkan sendiri oleh usahawan muda yang berumur lingkungan 20-an yang sedang berjinak dalam perniagaan makanan... Memang dilla sangat kagum  bila tahu anak orang Melayu kita sendiri yang sedang menjalankan perniagaan secara aktif dan kreatif untuk mempromosikan perniagaan Ayam Madu...


KONSEP YANG DISEDIAKAN OLEH EPY BOY AYAM MADU :

Dilla sangat tertarik dengan konsep yang disediakan oleh Epy Boy Ayam Madu kerana ia sangat menekankan konsep hidangan makanan yang sangat kemas dan teratur dan menitik berat cara hidangan makanan dengan menggunakan sudu , garfu dan pisau daripada besi bukanlah plastik... Haaa memang bagus servis yang ditawarkan sebab kebiasaan kalau kita pergi di gerai selalunya menyediakan sudu dan garfu daripada plastik... Oleh itu, Epy Boy Ayam Madu sangat menitikberat tentang keselesaan pelanggan ketika makan ... Fuh dia punya servis dah setanding macam makan kat cafe or hotel... Harga pun berbaloi dah lah konsep pun ala-ala di Nandos...


Selain tu Dilla juga nak kongsikan tentang menu-menu yang ditawarkan oleh Epy Boy Ayam Madu ni... Berkesepatan untuk Dilla dan rakan Dilla rasa 3 menu dihidangkan sendiri oleh tuan empunya ... hihik... Semua sedap-sedap...


Antara menu yang Dilla sendiri dapat rasa daripada Epy Boy Ayam Madu adalah :

1. Grill Chicken Ayam Madu With Oglio Olio
2. Chicken Gill Madu with Sause Salad
3. Grill Chicken Ayam Madu with Rice

Grill Chicken Ayam Madu with Oglio Olio | RM11.90
Grill Chicken Ayam Madu with Oglio Olio berharga RM11.90. Ni antara top menu di Epy Boy Ayam Madu, kalau nak makan ala-ala western awak semua boleh cuba menu ni ok... Untuk pengetahuan , Ayam Madu Epy Boy ni merupakan ayam bakar berserta dengan madu yang dibuat homemade yang sangat sedap Dilla sendiri suka sangat dengan Ayam Madu masak western macam ni.... 

Grill Chicken Madu with Salad | RM9.90
Grill Chicken Madu with Salad juga antara menu favourite Dilla juga,,, Untuk korang yang teringin makan ala-ala western juga boleh cuba menu ni ok... Memang sedap French Fries makan sekali dengan Ayam Madu.... 

Grill Chicken Ayam Madu With Rice | RM8.00
Grill Chicken Ayam Madu with Rice antara antara top menu di Epy Boy Ayam Madu... Buat korang yang nak makan ala-ala masakan Melayu boleh try menu ni yer sedap bila dapat makan Nasi Ayam Madu dimakan campur dengan sup... 

Bersama classmate saya , Fauzan... Thanks sebab recommend  :)

Bersama rakan Dilla dan orang kuat Epy Boy 
 Nak tahu macam mana keenakan Ayam Madu Epy Boy , make sure korang kene datang sini dulu ye... Balik kerja nak lepak tepat chill chill dan nak sekali dengan dinner silakan untuk korang semua pergi ke Gerai Epy Boy Ayam Madu ni dan support business anak muda Melayu kita , abang-abang kat sini punya lah sporting melayan karenah kami asyik nak tambah sos Ayam Madu yang sangat sedap...

Apa pun semoga perniagaan Ayam Madu Epy Boy makin meluas dan dikenali oleh ramai orang ya...  Semoga dimurahkan rezei selalu...

Untuk maklumat lanjut :-

Lokasi : Rampai Bazaria Night Market
Masa : 8.00pm-12.00am
Hari Beroperasi : Selasa hingga Ahad
Contact number : 0178842033 / Hanafi

Media Sosial :-

Instagram : www.instagram.com/epyboy_ayam_madu

Facebook : https://www.facebook.com/Epyboy-GRILL-Chicken-MADU-419761185145785/
Terima kasih kerana membaca...

7 comments:

  1. sedapnya diela kalau dapat makan ayam madu.. terliur pulak tgk hehe.. price menu pun murah.. kena dtg cuba lain kali.. insyaallah

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menu semua menarik. Nak nak akak peminat makanan western, confirm nak cuba resipi epy boy ayam madu nih

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok ayam tu..mesti kuah dia pun sedp kan...tempat ni dekat kl ke mana..kalau kl bolehla cuba

    ReplyDelete
  4. Bazar ni kat mana? Sedapnya ayam madu teringin nak makan

    ReplyDelete
  5. Wah, menarik ni. Menu dia punn nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. terus kecur bila baca ayam madu paling sedap.kecur tauu..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  7. Amboih.. terliur TB tengok.. macam sedap je.. TB tak pernah rasa lagi ayam madu tu macam mana.. sedap ke? nantiboleh lah try makan kat epy boy ayam madu ni ..

    ReplyDelete