Friday, 18 May 2018

10 tempat menarik yang wajib dikunjungi di Padang , Sumatera Barat

TAHUKAH ANDA !!!

Terdapat tempat menarik yang wajib untuk anda kunjungi di Padang , Sumatera Barat Minang Kabau, Disini Dilla akan kongsikan 10 tempat menarik yang wajib untuk anda kunjungi . Haaa actuallly banyak tau tempat-tempat menarik di Sumatera Barat.... 

Selain tu , soon kepada sesiapa yang ingin untuk bercuti disini Dilla juga akan kongsikan tempat penginapan yang sangat murah...

Untuk 3 Hari 2 malam sempat untuk lawati 10 tempat yang menarik haaa best kan banyak tu 10 tempat yang kita boleh lawat untuk 3 hari je...

Antara Tempat yang wajib untuk Korang lawati disini adalah :





HARI PERTAMA :

KETIBAAN ANDA DILAPANGAN TERBANG DI MINANG KABAU :

Kehadiran anda di lapangan terbang akan disambut oleh pemandu pelancong yang akan bersama anda sepanjang masa anda berada di tanah Minang Kabau .

Untuk Jadual pertama anda akan dibawa untuk breakfast dahulu ... Nanti sampai je disana of course akan dibawa nasi padang . Dont Worry disini semua nya halal tau...

Selepas habis breakfast anda akan dibawa ke Bukit Tinggi . Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi Pasti anda akan nampak pemandangan yang cantik so boleh lah singgah untuk Snap picture ... 

LEMBAH ANAI , PADANG PANJANG :





RUMAH MINANG , PADANG PANJANG ( Pusat Sejarah Padang Panjang):

Hee kat sini nanti boleh lah pakai baju adat Minang.

SETIBA DI BUKIT TINGGI AKAN TERUS DIBAWA KE TEMPAT PENGINAPAN :

Di perenggan atas Dilla ada mention bagi tempat penginapan . Terdapat tempat penginapan yang cantik dan murah iaitu di BUNDA HOTEL .

Sesudah korang bersiap dan makan tengahari . Korang akan dibawa oleh pemandu pelancong disekitar Bukit Tinggi .

ANTARA TEMPAT MENARIK YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI ADALAH :

HARI ERTAMA 


1. JAM GADANG 



2. LUBANG JEPUN (ANTARA TEMPAT BERSEJARAH)

Untuk hari pertama sempat untuk melawat 2 tempat 

HARI KEDUA 


3. LAWANG PARK 

Lawang Park adalah satu puncak yang paling tinggi diantara rantaian Bukit Tinggi yang dikelilingi sebuah danau iaitu Danau Meninjau .

Setelah selesai di Lawang Park anda dibawa ke Danau Meninjau melalui Jalan Kelok 44


4. KELOK 44 

Diberi nama Kelok 44 kerana terdapat  44 selekoh di sepanjang jalan di kanan dan kiri terdapat juga pemandangan yang cantik disini.



5. DANAU MANINJAU 

Terletak di Nagari Sungai Batang , tempat kelahiran ulama terkenal Allahyarham Prof DR H Abdul Malik Karim Amrullah @ Buya Hamka

6. MUZIUM TEMPAT KELAHIRAN BUYA HAMKA 

Merupakan rumah dimana Buya Hamka dilahirkan sebelum berpindah ke Padang Panjang , Untuk pengetahuan semua , Malaysia pernah mengiktirafkan tokoh ilmuan ini sebagai anugerah Doktor Penyuratan Universiti Kebangsaan Malaysia , Pada tahun 1974.

Sebahagian dari ratusan karya dan kitab ilmu yang ditulis oleh Buya Hamka . Sehingga kini masih menjadi rujukan dan panduan.

Setelah selesai anda akan dibawa untuk makan tengahari,


7. PASAR ATAS DAN PASAR BAWAH BUKIT TINGGI 

HARI KETIGA 



8. ISTANA PAGARUYUANG 

Disini antara tempat bersejarah di Minang Kabau .. Okay yang penting setiba je sampai disini nanti korang boleh ambil gambar bersama baju adat Minang Kabau . 

Seterusnya akan pergi ke Kota Padag (Ibu Kota Bumatera Barat) Melalui Danau Sengkarak.

9. DANAU SINGKARAK 




10. PANTAI AIR MANIS (MALIN KUNDANG)


Haaa sape yang tak pernah dengar kisah Si Maling Kundang. Ni bukan dongeng tau ni adalah  real story ... Nanti boleh lah pergi sini....

Okay selepas melawat Pantai Air Manis nanti wajib untuk singgah makan ke Pondok Ikan Bakar kat sini menang sedap ikan bakar dia... 

Okay guys cukup untuk 10 tempat yang korang melawat.Setelah selesai boleh berangkat ke Hotel Bunda.

Untuk pengetahuan semua kepada yang ingin bercuti di Padang Sumatera Barat. Nanti boleh telefon 012 259 8815 untuk mendapatkan khidmat agen yang murah dan berbaloi.




No comments:

Post a Comment